Barakah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hai awak yang tengah baca ni. ^_^
Moga awak sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah.


Kadang kita nampak benda ni kecik dan simple je kan, tapi sebenarnya kesannya besar sangat dalam kehidupan kita. 

Pensyarah miza selalu pesan,

"Awak nanti nak ke dah kerja hasil kejayaan yang awak dapat tu sebenarnya dari hasil awak meniru? Orang pun tak nak respect walau setinggi mana kejayaan kita tapi kita menipu."

Sebab tu ada konsep 'tawakal'. Kita sudah usaha sehabis mungkin, sampai di dalam dewan periksa kita serahkan pada Allah moga Allah berikan kita daya ingatan yang kuat, tajam pemikiran dan diterangi hatinya.

Hari tu masa kelas Dinamika, puan nasihat

"Awak nanti kalau nak doa jangan mintak soalan mudah sebab kadang-kadang diberi soalan mudah pun kita tak boleh jawab. - Tapi doa minta kat Allah soalan yang keluar ni nanti semua soalan yang awak boleh jawab dengan mudah dan lancar dengan jayanya. Alamat doa tu kena betul." =)

Yes, bila time test, quiz, final exam kita memang tak boleh tengok buku langsung. Yela dah nama pun ujian. Memang kena gantung result exam la kalau kena tangkap. Silap hari bulan boleh masuk lokap. 

Tapi perasan tak kita ada satu ujian bila kita mencari jawapan dengan rujuk buku siap bincang dengan kawan tak ada siapa marah atau tegah kita. Malah makin disarankan lagi. 


Ini lah kitab yang apabila ujian diberi kita boleh merujuknya. Malah apabila ujian sedang kita hadapi, kita buka dan kita baca akan ada satu ketenangan meresap dalam jiwa sanubari kita. SubhanAllah. Ajaibnya! Bukan itu sahaja, jawapan ujian kita tu selalunya akan terjawab dalam kitab ni. 

Yang paling menariknya tentang kitab ini apabila kita sedang diuji. Bukalah mana-mana muka surat kat situ nanti akan ada jawapannya. Tak perlu kita cari. Ya Allah hebatnya mukjizat kitab ini.

Yaa kitab ini lah yang dinamakan Al-Quran nur qarim. Satu mukjizat ya Allah turunkan kepada Rasulullah saw sebagai petunjuk rujukan, rahmat buat sekalian alam. 

Dalam al-Quran Allah berfirman dengan jelas dan nyata,

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. [Surah Yunus, 10:57]
...(Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yusuf, 12:111]
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji. [Surah Ibrahim, 14:1]
...Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri(muslim) [Surah An-Nahl, 16:89]
Katakanlah, "Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan mejadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah) [Surah An-Nahl, 16:102]
Dan banyak lagi lah Allah rakamkan dalam Al-Quran. Complete.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis riwayat Muslim)

Malam tadi masa ceramah maulidurrasul ustaz cakap,

Orang Islam zaman sekarang kat Malaysia ambil al-Quran hanya untuk halau jin. #sentap #deep. Allah.

Padahal Al-Quran mengandungi sumber ilmu terpenting.

Sebelum miza akhiri penaipan entri kali ni nak ajak kawan-kawan yang sama-sama tengah study week ni atau di mana sahaja jangan pernah tinggal al-Quran walau sehari. InsyaAllah apabila kita baca al-Quran tiap hari ilmu itu akan mudah masuk kedalam jiwa kita.

Hal ini kerana Al-Quran merupakan cahaya buat kita.

Allah Yuftah Alaikum buat semua mahasiswa di seluruh Universiti di Malaysia. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, diberi ingatan yang kuat, diberi ketajaman akal fikiran, dilapangkan dada, diterangkan hati sebagaimana Allah terangkan hati orang-orang yang beriman, bertakwa dan orang-orang soleh yang Dia kasihi. Aamiin.

Bitaufiq Wannajah Fil Imtihan Final Sem. Moga berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Apa itu Geoinformatik ?

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalamualaikum semua and hai. =)

Field work yang ketiga: Survey by using stadia tacheometry. Alat tu namanya "Theodolite".

Hari ni miza nak share tentang kos yang miza ambil sekarang ni. Kebanyakkan orang tak tahu pun kos Geoinformatik ni. Bila orang tanya,

"Miza ambil kos apa sekarang ni?"
"Geoinformatik."
"Haa? Apa tu?"

Jujur dulu pun miza blur gak nak terang kat orang tentang kos miza ni. Dulu, miza mampu jawab

"Alaa kerja kat tepi jalan tu, yang ukur-ukur tu."

Actually, kos ni bukan kerja ukur jalan tu je huhuu. Bidang dia luas. Even baru 1 sem miza kat UTM ni, alhamdulillah la serba sedikit dapat pencerahan tentang kos ni dari pensyarah walaupun banyak lagi ilmu yang perlu miza dalami. And Yes makin hari makin jatuh cinta dengan kos ni. :*

"Semakin seseorang itu berilmu, semakin panjang akal fikiran dia, dan semakin banyak benda yang dia tidak tahu."
Apa itu Geoinformatik ?

Geoinformatik ini adalah GEO + INFORMATIK.

GEO = of or relating to space / kawasan bentuk muka bumi.
INFORMATIK = Maklumat.
Senang kata,

GEOINFORMATIK = Data bentuk muka bumi yang kita perolehi, kita transfer kepada sebuah maklumat dan maklumat itu kita sebarkan kepada pengguna.
Geomatik dengan Geoinformatik 2 benda yang berbeza. Masing-masing ada bidang tugas dan kepentinggannya. *Geomatik miza cerita lain la ea insyaAllah.

Geoinformatik ni kami more to technology. Senang kata macam waze, google maps, google street view is one of bidang kerja geoinfo ni.

Dalam kata lain, geoinformatik ni juga bidang kerjanya adalah penghasilan peta.

Dari bentuk muka bumi sebenar kita ambil data dia, lepas tu kita transfer jadi sebuah makumat dalam betuk peta menggunakan software.

Geoinformatik ni juga fokus kepada sistem GIS (Geographic Information System) dan RS (Remote Sensing).

Miza ingat lagi, masa matrik pensyarah miza cakap kalau nak masuk UTM pointer kena 3.50 above. Tapi miza alhamdulillah dapat 3.44 PNGK time tu. Alhamdulillah Allah pilih dan izinkan miza masuk kos ni dan kos ni adalah pilihan kedua miza. Pilihan pertama miza pilih Geoinformatik kat UTM juga.

Buat masa ni tu jela perkongsian yang miza nak share. Hope dapat la beri gambaran serba sedikit buat adik-adik SPM, matrikulasi, asasi, kawan-kawan akak akak abang abang diploma yang nak isi upu.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kat ruang comment ni. InsyaAllah miza cuba jawab and insyaAllah miza try untuk kosngsikan pengalaman sem 1 miza kat lain post.

P/S: Sekarang ni tengah study week. 29/12 dah start final. Doakan ea. Allah Yuftah Alaikum ^_^

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Call Ayah.

Bismillahirrahamanirrahim.

Hai korang. Maaf sebab lama sangat tak update blog ni. Lama sangat menyepi. ^^"

Hari ni nak cerita pasal ayah miza. Tetiba rindu kat ayah.



Hari tu miza call rumah, then yang angkat ayah. Miza jenis kalau ayah dah angkat, miza akan bual dulu dengan ayah lepas tu baru cari ibu. Hahahaha.

Sebab dulu pernah masa miza kat rumah, abang kakak asyik bila call je cari ibu. Sampai satu hari tu ayah merajuk. Alahai ayah kesayangan adik ni :') 

Then bual-bual la dengan ayah,

Miza: Ayah sihat?
Ayah: Adik sihat?
Miza: Alhamdulillah sihat.
Ayah: Alhamdulillah ayah pun sihat.

Miza: Ayah dah makan?
Ayah: Adik dah makan?
Miza: Alhamdulillah mimi dah makan dah tadi.
Ayah: Alhamdulillah ayah pun dah makan.

Miza: Ayah buat apa?

Ayah: Adik buat apa?
Miza: Adik tengah cakap dengan ayah la.
Ayah: Ayah pun tengah cakap dengan adik la.

Lepas agak dah puas cakap kat ayah, mula lah miza cari bidadari syurga buat ayah :*

Miza: Ayah... Nak cakap dengan ibu.

Ayah: Adik... Nak cakap dengan ibu.

Miza: Ayah.... Nak cakap dengan ibu.
Ayah: Ibu keluar la dik.


Ya Allah comel je ayah miza ni. Rasa macam time tu jugak nak balik rumah salam, peluk, cium ayah. Sejuk je setia kali tengok raut wajah ayah. Moga Ayah ibu sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah :') <3

Alhamdulillah dapat Universiti Teknologi Malaysia.

Bismillahirrahamanirrahim.


Syukur alhamdulillah 12 ogos 2015 hari tu keluar result upu. Keputusan upu diumukan pukul 12:00 tengah hari. Ya Allah nak cakap nervous tu confirm la ada kan. Tapi tak ada la nervous sangat, biasa-biasa je. Ingatkan nak hantar sms untuk buat semakan upu lambat-lambat sikit. So kita steady je dulu.

Hahaha. Memang tak sangka la kan. Masa pukul 12:03 p.m. tiba-tiba dapat sms dari 15888 mengatakan.
Tahniah, sukacita dimaklumkan anda telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UTM.
Serious tak hantar pun mesej kat upu lagi. Tapi tulah kuasa Allah. Terus lari peluk ibu kat dapur. Dengar tangisan kegembiraan ibu menitis jatuh membasahi pipi dia. Allah tapi ibu cover tak nak bagi miza nampak. Comel je ibu ni. ^_^

Sms dia tak bagi tahu kos, just bagi tahu U je. Miza memang berharap sangat nak masuk UTM. Sebab kos yang miza nak tu cuma ada kat 2 U je. Satu UiTM Arau, Perlis. Satu lagi kat UTM, Johor. Alhamdulillah ya Allah. Allah permudahkan segalanya. 

Kawan-kawan miza semua tahu yang miza nak sangat jadi astronomi ikut flow kos Geomatik. Tapi tu lah Allah bagi rezeki miza dapat Geoinformatik. Tak apa, saya terima dengan redha. Miza yakin pasti akan ada hikmah disebaliknya. 

Mana tahu ada rahsia yang ingin Allah tunjukkan. ^_^ Husnuzon sentiasa sayang. Tapi ok la alhamdulillah Geoinformatik dengan Geomatik still dalam fakulti yang sama iaitu Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (FGHT).

Apa pun miza nak ucapkan terima kasih sangat-sangat atas doa kalian semua. Ini semua atas berkat doa ibu ayah, cikgu, kawan-kawan dan juga mungkin awak yang doakan saya selama ini dalam diam. Jazakumullahu khairan semua. Miza sayang korang sangat-sangat.

InsyaAllah post akan datang jika dizinkan Allah miza akan cuba kongsikan kos miza ni pasal apa. Apa itu sains Geoinformatik dan apa beza dengan sains Geomatik. Nak cakap sekarang pun ilmu tentang tu baru tersangat sikit.

By the way, tahniah buat kawan-kawan semua yang dapat melanjutkan pengajian anda walau di mana anda berada. Positifkan minda, walau di mana kita dicampakkan.. di situ lah Allah ingin mengajar kita erti kejayaan. Apadahal ? Allah kan sentiasa ada dengan kita. 

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Esok tengah hari result keluar.

Bismillahirrahmanirrahim.

the owner

Cuma nak ucap "Semoga Berjaya kawan" seperjuaganku.

1. Semakan UPU. Link: Click.

Semakan keputusan kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2015/2016 untuk calon lepasan STPM/Setaraf boleh dicapai mulai 11 Ogos 2015 jam 12.00 PM sehingga 2 September 2015 jam 4 PM. 

atau melalui SMS:

UPU<Jarak>RESULT<Jarak>[No Kad Pengenalan] HANTAR  KE 15888.

Contoh: UPU RESULT 961121****** HANTAR KE 15888.

2. Semakan UM. Link: Click.


3. Semakan USM. Link: Click.

KEPUTUSAN PERMOHONAN
1.
Semakan keputusan Permohonan Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) - SALURAN PERDANA SIDANG AKADEMIK 2015/2016 boleh disemak mulai 11 OGOS 2015 (SELASA), jam 12.00 Tengahari.
2.
Sila masukkan No. Rujukan dan Katalaluan untuk menyemak keputusan.
PERHATIAN
1.Calon yang Berjaya mendapat tawaran ke USM perlu membuat pengesahanTERIMA/TOLAK tawaran SEBELUM 19 OGOS 2015.
2.Calon yang telah memohon dan gagal mendapat sebarang tawaran ke USM sahaja dibenarkan mengemukakan RAYUAN melalui aplikasi E-RAYUAN SEBELUM 19 OGOS 2015.

* * * * * * * * * * * * * * * *

Dalam seminggu ni miza busy sangat. Sebab uruskan perjalanan pergi balik untuk program MUHSIN Johor 2015. Tak sangka kena pikul tanggungjawab as AJK Pengankutan.Tapi ok la seronok sebab dapat belajar guna maps ni. Hahaha kesiankan ?

Walau dalam 2 hari ni asyik nangis sebab rasa macam tekanan. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan bantuan Allah. Support dari kawan-kawan and family. Sayang semunya. Muahciked :* Mana tahu ini permulaan miza main mapping. ^_^

Doakan miza eh. Huhuhu.. Hari tu mimpi dapat surat tawaran dari UTM and kat surat tu tulis miza dapat course Sains Geomatik. Mana tahu mimpi jadi nyata.

Allah. Berdebar rasa nak tunggu detik 12:00 P.M. Ahaks ~ 
Tu belum lagi internet server down. 

InsyaAllah dapat keputusan nanti miza bagi tahu. Doakan miza dengan kawan-kawan ea. Syukran Jazilan.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Rumah dah renovate baru.

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu lepas pagi-pagi bangun tidur, miza tengok bilik dah lawa gila ahh. Memang cun.

Makin luas, makin besar. Memang selesa la. Mungkin malam tu papa bertungkus lumus menyiapkan bilik dia ni.

Nak buat suprise lah katakan.


Pandangan dari pintu utama bilik papa.


Tak tahu apa function papa kopakkan dinding bilik dia ni. Mungkin nak tambah anak baru. Mungkin la. Ahaa.


Aucakkkkkkk ! Baaaaaaa !

Ohh papa kelihatan gembira dengan rumah baru yang dia design sendirian berhad. Nak jimat punya pasal. Aummmm.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Wordless Wednesday: Dapat jawab boleh balik.

Bismillahirrahmanirrahim.

Credit: Kampung Monyol - GIANTPOLAR.
HAHAHAHAHAHAHA. lolz~ Dulu tak pernah terpikir nak buat gini :shylaugh:
Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Wordless: Musim nak exam.

Bismillahirrahamanirrahim.


Haaha semua gangguan yang tak semena-mena XD

Allah Yuftah Alaikum !

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Sanah Helwah AYAH ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Mohd Idgihat.
Allah selamatkan kamu.

           
 Happy birthday~ Selamat hari jadi~ Sanah helwa~ Piranta naal valtukal~ Zhu ni sheng ri kuai le~ Saengil chuka hamnida~ Ayah kesayanganku, Mohd Idgihat bin Sabikin yang ke 53 tahun.

:125::101::125::101::125::101::125::101:

Semoga saki baki umur ayah diberkati dan dirahmati Allah.

Semoga ayah sentiasa kuat dalam menghadapi ujian yang Allah berikan.

Semoga ayah sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Semoga ayah sentiasa bahagia bersama ibu.

Semoga Allah akhiri kehidupan ayah dengan kalimah, "LaillahaillAllah."
Allahumma Aamiin. 


Gambar ayah yang the latest. Wuu ayah saya sangat handsome aww! Haha maknanya tu muka saya yang the latest juga la. *muka bahagia*. 
Yeaahhh this is my hero. Forever super duper beloved hero and my king in my heart. 

Ayah jugalah orang pertama yang risau kalau anak-anak dia demam ke sakit ke. Allahhuakbar. Besar pengorbanan ayah kepada kami sekeluarga. blogger-emoticon.blogspot.com
Ayah lah wira terhebat di hati adik. You're my superhero untill jannah, ayah. :107:

Gambar raya zaman dulu.  Time ni ayah masih sihat. Gambar sebelum ayah accident. 
*Rindu nak tengok ayah diri. Rindu nak tengok ayah berjalan.* 
Tapi apalah raya tanpa ibu dan ayah. Alhamdulillah saya masih punya ayah dan ibu. 

Dengan ini saya Nur Hamizah Binti Mohd Idgihat ingin mengucapkan,

"Taqabballahu minna waminkum."
"Minna waminkum taqqabbal ya kareem."

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Fi Hifzillah kawan-kawan semua.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .