Alhamdulillah dapat Universiti Teknologi Malaysia.

Bismillahirrahamanirrahim.


Syukur alhamdulillah 12 ogos 2015 hari tu keluar result upu. Keputusan upu diumukan pukul 12:00 tengah hari. Ya Allah nak cakap nervous tu confirm la ada kan. Tapi tak ada la nervous sangat, biasa-biasa je. Ingatkan nak hantar sms untuk buat semakan upu lambat-lambat sikit. So kita steady je dulu.

Hahaha. Memang tak sangka la kan. Masa pukul 12:03 p.m. tiba-tiba dapat sms dari 15888 mengatakan.
Tahniah, sukacita dimaklumkan anda telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UTM.
Serious tak hantar pun mesej kat upu lagi. Tapi tulah kuasa Allah. Terus lari peluk ibu kat dapur. Dengar tangisan kegembiraan ibu menitis jatuh membasahi pipi dia. Allah tapi ibu cover tak nak bagi miza nampak. Comel je ibu ni. ^_^

Sms dia tak bagi tahu kos, just bagi tahu U je. Miza memang berharap sangat nak masuk UTM. Sebab kos yang miza nak tu cuma ada kat 2 U je. Satu UiTM Arau, Perlis. Satu lagi kat UTM, Johor. Alhamdulillah ya Allah. Allah permudahkan segalanya. 

Kawan-kawan miza semua tahu yang miza nak sangat jadi astronomi ikut flow kos Geomatik. Tapi tu lah Allah bagi rezeki miza dapat Geoinformatik. Tak apa, saya terima dengan redha. Miza yakin pasti akan ada hikmah disebaliknya. 

Mana tahu ada rahsia yang ingin Allah tunjukkan. ^_^ Husnuzon sentiasa sayang. Tapi ok la alhamdulillah Geoinformatik dengan Geomatik still dalam fakulti yang sama iaitu Fakulti Geoinformasi & Harta Tanah (FGHT).

Apa pun miza nak ucapkan terima kasih sangat-sangat atas doa kalian semua. Ini semua atas berkat doa ibu ayah, cikgu, kawan-kawan dan juga mungkin awak yang doakan saya selama ini dalam diam. Jazakumullahu khairan semua. Miza sayang korang sangat-sangat.

InsyaAllah post akan datang jika dizinkan Allah miza akan cuba kongsikan kos miza ni pasal apa. Apa itu sains Geoinformatik dan apa beza dengan sains Geomatik. Nak cakap sekarang pun ilmu tentang tu baru tersangat sikit.

By the way, tahniah buat kawan-kawan semua yang dapat melanjutkan pengajian anda walau di mana anda berada. Positifkan minda, walau di mana kita dicampakkan.. di situ lah Allah ingin mengajar kita erti kejayaan. Apadahal ? Allah kan sentiasa ada dengan kita. 

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

18 comments:

  1. Baru je nak tanya apa beza geomatik dengan geoinformatik. Nanti bila dah start belajar, update la ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InyaAllah nanti miza cuba update untuk share pengalaman dan pengetahuan. ^_^

      Delete
    2. Good luck&all d best.....;-)

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah. Jazakillahu khairan kathira sayang ^_^

      Delete
  3. Replies
    1. Jazakillahu khairan kathira sayang ^_^

      Delete
  4. Salam awak. Saya pun dapat utm tp geomatik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Wahhh syukur alhamdulillah. Tahniah sayang. Tak apa, kita still dalam fakuti yang sama ^_^ InsyaAllah jumpa lah kita nanti. :D

      Delete
  5. Alhamdulillah.

    Semoga diberkati urusan dan jihadnya :)

    ReplyDelete
  6. baru terjah sini..apa pun moga berjaya dlm bidang yg diambil...kipidap!

    ReplyDelete
  7. tahniah miza. selamat mengerah otak menghadap assigment yang berlambak. hehehe. gudluck yea. :)

    ReplyDelete
  8. bila nak sambung menulis blog,?hahahaa

    ReplyDelete
  9. tahniah miza. semoga mendapat ilmu yg bermanfaat, belajar rajin-rajin dan semoga success selalu :)

    ReplyDelete
  10. rasanyaa dah lewat sangat akak nak wish nii. hahahaha dah 1 sem kan? apa apa pon tahniah miza :)

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥