Jun 30, 2016

Kawan yang kita ajar markah dia lagi tinggi?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hai awak yang tengah membaca tu.

Final sem 2.
5 Jun 2016 start paper. 
16 Jun 2016 habis paper. 
Peristiwa bawah ni berlaku 28 Jun 2016.

Tengah malam tadi around pukul 12 am, tengah lepak kat rumah.. Tiba-tiba member hantar mesej kat whatsapp group.
"Markah programming dah keluar guys".

Laju aku pergi aimsweb walau hati berdebar. Syukur tengok gred tu. Tak berapa minit member tadi hantar lagi mesej.
"Korang, gred untuk semua subject dah keluar. Tadi I ter-refresh. Semua markah keluar."

Miza pun apa lagi, dengan tenang tekan button refresh. Ambik kau! Cantik bersusun gred keluar untuk setiap subject sem ni. Tapi ni slip tampal. Belum keluar yang ori. Tapi dah tahu gred ofcourse la boleh kira GPA/PNG (Gred Point Average) bagi sem 2 ni. Kira guna apps UTM GPA Calculator je senang. Hahaha. 

Alhamdulillah syukur sangat naik 0.03 dari result sem 1. Even tak capai first class (UTM First class 3.67 ke atas). Alhamdulillah la walau still dalam range Kepujian Kelas Kedua (Tinggi). Tapi ni tak pasti lagi result final dari UTM secara rasmi macam mana. Rasanya lebih kurang je.

Janji Allah dalam surah Ibrahim, 14:07.
Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya,
"Dan (ingatlah) ketikaTuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Dan macam biasalah miza dengan sahabat-sahabat sekelas akan share result masing-masing. Malam tadi nangis gak la memula sebab result sahabat miza semua tinggi-tinggi dari miza. Sebak tu datang tiba-tiba kemudian dia terus mengalir deras. Tapi tak tahu la nangis sebab apa. Mungkin rasa bahagia dan bangga tengok sahabat berjaya.

Tapi tu la orang selalu kata, selalunya orang yang kita kongsikan ilmu dengan dia. Dia tu la yang markah akan tinggi dari kita. Kadang sebab faktor ni menyebabkan kita rasa kedekut nak kongsikan ilmu.

Tapi tadi dapat satu aura baru dalam diri miza. Ada akak ni share dengan miza.

"Memang biasa, kawan yang kita ajar dapat markah lagi tinggi. Ya, memang frust. Tapi cuba kita fikir macam ni.. 

Sepatutnya kita rasa gembira. Kita pernah ajar dia, kongsi ilmu denga dia, seikhlas hati kita. Sekarang markah dia tinggi. Maknanya kita dah ajar dia betul-betul. Maknanya kawan tu faham dan kita secara tak langsung bantu kawan tu untuk dapatkan something yang baik.

Kalau kita ajar dia.. Kita ikhlas, rugilah kalau kita ungkit sekarang. Hilanglah keikhlasan tu. 

Jangan ragu-ragu dengan rezeki Allah. Kita sebagai hamba Dia, tugas kita berikan usaha yang terbaik dan berdoa. Kalau Allah bagi rezeki yang kita minta, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, muhasabah diri semula. Mungkin ada silap kat mana-mana atau Allah sengaja nak uji kita.

Allah uji sebab Allah sayang. Mungkin Allah tak nak bagi kita alpa, tu yang Dia tak bagi result tinggi-tinggi sangat tu. Mungkin hari ni nampak result kita kurang daripada kawan-kawan, tapi siapa tahu dengan keikhlasan kita terus bantu kawan-kawan, dengan kesabaran kita terus usaha, Allah makbulkan impian kita?

Kita kena kuat. Jangan putus asa ok sayang. Teruskan usaha."

Yes Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Macam ada satu anologi ni.

Serious tak rugi beb. 


Nasihat dari Rasulullah,
"Sedikit kamu syukur lebih baik daripada banyak tapi kamu tak mampu nak pikul. Siapa yang tahu rahsia terbaik buat kita? Allah SWT."-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid-

Mana yang tengah final lagi tu, Allah yuftah alaikum buat korang semua.
Yang penting Allah tengok usaha kita bukan hasil. Try the best. 

P/s: Lagi seminggu beb nak raya. Make the best for this Ramadhan.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

18 comments:

  1. PERKONGSIAN TERBAIK
    https://belogs.blogspot.my/2016/06/archive.html

    ReplyDelete
  2. Jangan sekadar pandang result atas dunia, kita dah kongsi ilmu dgn kawan tu insyaALLAH dah jadi saham akhirat. Result kurang dari orang lain tak semestinya tak bagus. Yang paling penting pemahaman kita dan kebolehan kita nak aplikasikan dalam alam kerjaya/kehidupan nanti ^^

    ReplyDelete
  3. assalamua'alaikum miza. ehhh miza ni. #SyukurSelalu hihii. alhamdulillah result menaik kan tu! ^^ Okelah tu dear. lagi terbaik sebab miza pernah kongsi ilmu miza pade sahabat-sahabat miza. Mungkin markah miza tak sehebat and setinggi mereka. Tapi pahala miza daapat tu kan, setiap ilmu yang miza ajar dan sahabat apply sampai mati, pahale tu sentiase miza dapat. Inshaa-Allah. yang penting miza ikhlas! ^^ Jangan sedih-sedih taw miza. Doakan result atieqah jugak ye. Tengah bulan julai nanti keluar. huhuu :)

    ReplyDelete
  4. selalu jugak macam ni, tapi tajdid balik niat nak tolong orang kan. rezeki masing masing. i really dont mind kalau org yg kita ajar lagi tinggi marks nya tapi, orang sekeliling kadang kadang suka sangat, you know melaga-laga sampai kadang kita terfikir, salah ke kalau org yg di ajar lagi tinggi markahnya. but seriously, i really dont mind coz i put my trust and have faith on Him in sha Allah, Dia plan lagi baik untuk kita semua kan :) keep calm and fighting! may Allah swt blessed you for having a good heart ❤

    ReplyDelete
  5. qila selaluuuuuu get this jealous feeling sebab kitorang mcm bff and sama2 compete secara sihat gitu hihihihi but yeah alhamdulillah for everything! Tak jeles sgt pun dah hihi akan make me more struggle next sem! Chaiyuk mizah in everything :) <3 alhamdulillah for ur result! wuhuwwww

    ReplyDelete
  6. xpew.. miza boleh cuba lagi sem depan ! Fighting !!!

    ReplyDelete
  7. Terimbau memori Master zaman dulukala menunjuk ajar bebudak GIS coding... salah seorang daripada mereka is Mohd Faisal Khanan if u r familiar with his name. :)
    all the best n wish u luck

    ReplyDelete
  8. This is true. bagi ee, kita ajar dengan ikhlas. result tu rezeki Allah tentukan. Janji kita usaha and we did it!

    ReplyDelete
  9. teringat pulak zaman study dulu. sis pun amik programming dulu. memang struggle giler2 la. mental fizikal semua kena kuat. Btw, good luck awak! =D

    ReplyDelete
  10. tahniah kak miza dpt result yg cemerlang. yg penting kite ikhlas ajar ilmu utk kawan2, insyaAllah pahala berganda :D

    ReplyDelete
  11. paham sangat, haritu result keluar tetiba kawan yang selalu diajar lagi tinggi pointer dari nina. perasaan tu macam-macam ada.
    tapi bila pikir-pikir balik takpe la, tu rezeki dia. kena positif. next sem kena belajar lagi sungguh-sungguh gitteww.
    thank you miza for sharing pasal ni :)

    ReplyDelete
  12. tapi susah kot nak tak rasa jeles bila orang yang kita ajar dapat result lg elok dari kita

    ReplyDelete
  13. sy tak prnah rasa cmtu sebabnya sy jarang ajar org. kalau ajar pun normally rsult sy lagi ok tapi.... mmg susah kot nak buang perasaan jealous tu. manusia... biasalah. kena bijak pujuk hati.

    ReplyDelete
  14. hm.. jarang mengajar kwn.lebih pada perbincangan sebenarnya selalunya.

    ReplyDelete
  15. i felt u dear!

    tak nafi sedih jeles tu ada tapi just let go..long way to go lagi taw..ni mungkin masa dia dan next mungkin masa kita..yang lebih hebat maybe..

    ReplyDelete
  16. Jgn risau. Ada dpt 1st degree tp tak jadi lecturer tp yg jd lecturer yg dpt 2nd cls. sbb setiap perkara lahir dr hati. jika gred tak tggi tp niat tulus dan jelas nk kn sesuatu perkara pasti Allah akn bantu.

    ReplyDelete
  17. saya baca dan dan cari benda ni pada tahun 2021, harini result keluar. Kawan saya takstudy kaw-kaw pun saya yang ajar dia at the end dia punya result lagi gempak. Kecewa? biasalah manusia tapi kena pandai pujuk hatii

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥