Pelajaran dalam bidang Geoinformatics

Assalamualaikum dan hai semua yang sedang membaca blog ini.





Entri kali ni miza nak kongsikan apa yang dipelajari bagi mahasiswa Geoinformatics kat UTM ni. Oh ya, sebelum ni miza pernah share mengenai 'Apa itu Geoinformatics' tapi tak detail sangat la sebab masa tu baru first year student. InsyaAllah nanti miza share lagi..

Dekat utm ni bidang Geoinformatics dikenali sebagai bidang GIS (Geographical Information System). Sebenarnya ikutkan bidang ni dekat sangat dengan kita semua. Korang kalau pergi memana mesti pakai apps Waze, Google Maps untuk tahu direction, short path, mana jalan tak ada jammed apa semua. Betul tak? Haaa apps ni la salah satu dalam GIS. Ni secara gambaran la untuk korang tahu secara umum GIS ni apa.

Pengalaman miza jadi pelajar geoinformatics kemasukan tahun 2015/2016 hingga la 2019/2020 ni (actually 4 tahun je tapi miza ada tangguh 1 sem masa 2018 atas urusan keluarga yang tak dapat dielakkan) untuk pengajian ni miza sendiri bahagikan kepada 4 fasa.

Sebelum tu bagi sesiapa dari lepasan asasi, matrikulasi, stpm pengajian ni makan masa selama 4 tahun. Manakala, 3 tahun dari diploma ukur tanah atau GIS (di UiTM, uni lain tak pasti ada ke tak diploma gis) sebab dapat perpindahaan jam kreadit.

Untuk penerangan 4 fasa tadi adalah seperti di bawah;

Fasa 1: Asas & Praktikal
Tahun 1 (sem 1 & 2)
Tahun 2 (sem 1 & 2)


Pertama, miza kategorikan sebagai ilmu asas dan praktikal sebab fasa pertama ni jadual korang akan ada kerja lapangan. Di sini korang akan belajar asas ukur tanah seperti Travers, Levelling, Detailing, GPS, Photogrammetry. Senang kata fasa 1 ni banyak kepada cara kutip dan proses data.
Selain tu, ada juga belajar mengenai pengenalan GIS, pengenalan Remote Sensing (RS), mathematic on GIS (ni lebih kepada kaitan perkiraan bumi), asas programming (ni pun lebih kepada GIS dan mostly akan guna language Phyton sebab kalau ikut level programming yang kawan pernah share language ni selalu dipakai oleh orang-orang yang buat kajian berkaitan permukaan bumi), GPS (Global Positioning System).

Yang terakhir bagi fasa 1 ni adalah belajar mengenai cartografi iaitu cara-cara menghasilkan dan mempersembahkan penghasilan peta tu sendiri.


Khemah Latihan GIS 1
Untuk kem ni kira praktikal bagi apa yang kita dah pelajari secara keseluruhan bagi fasa 1 bermula dengan kerja lapangan GPS, traverse, levelling, detailing, fly drone, terrestrial laser scanner (TLS). Tapi ni based on pengalaman kem zaman miza la. InsyaAllah mungkin akan datang ada penambah baikkan.

Fasa 2: Analisis & advance
Tahun 3 (sem 1)

Bagi fasa ke-2 pula lebih kepada cara-cara menganalisis dan design data, sistem, proses data, simpan data dalam database yang melibatkan data-data berkaitan lokasi, ilmu berkaitan kadaster.


Khemah Latihan GIS 2

Untuk kem ni lebih relax sebab kebanyakkan masa duduk dalam lab. Macam zaman miza hari tu kita orang hasilkan sistem kecemasan kebakaran dengan sistem pengurusan fasiliti.

Fasa 3 kesinambungan dari fasa 2
Tahun 3 (sem2)
Fasa ke-3 pula akan belajar pasal analisis spatial, aplikasi GIS dan RS, cartographic design, ada sedikit pasal law (institutional & legal aspect subject ni 2 jam kredit masa zaman miza) dan penting sebab dari sini kita akan tahu apa yang boleh dan tidak.

Latihan Industri

Fasa 4: Advance
Tahun 4 (sem 1)
Tahun 4 (sem 2)

Untuk fasa ke-4 ni kita akan belajar mengenai GIS project management, projek sarjana muda 1 dan 2, dan lebih advance berdasarkan apa yang kita dah belajar pada tahun sebelum ni.

Rumusan flow pengajian:
Tahun 1 Sem 1
Tahun 1 Sem 2
Tahun 2 Sem 1
Tahun 2 Sem 2
Khemah Latihan GIS 1
Tahun 3 Sem 1
Khemah Latihan GIS 2
Tahun 3 Sem 2
Latihan Industri
Tahun 4 Sem 1
Tahun 4 Sem 2

So far ini la dia apa yang miza pelajari berdasarkan pengalaman. Untuk akan datang kemungkinan akan ada penambah baikkan dari masa ke semasa. Di sebabkan itu, miza bagi gambaran secara umum macam ni. 

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Geinformatics ni boleh la layari link di bawah;


Kalau korang ada sebarang pertanyaan boleh drop down di comment bawah atau boleh contact miza melalui email atau social media seperti di sidebar tepi entri ni. InsyaAllah selagi miza boleh bantu, miza bantu. Hee.
"Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya" - Laskar Pelangi. 
Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .
Lot of love,
miza idgihat.

3 comments:

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥