Kawan yang kita ajar markah dia lagi tinggi?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hai awak yang tengah membaca tu.

Final sem 2.
5 Jun 2016 start paper. 
16 Jun 2016 habis paper. 
Peristiwa bawah ni berlaku 28 Jun 2016.

Tengah malam tadi around pukul 12 am, tengah lepak kat rumah.. Tiba-tiba member hantar mesej kat whatsapp group.
"Markah programming dah keluar guys".

Laju aku pergi aimsweb walau hati berdebar. Syukur tengok gred tu. Tak berapa minit member tadi hantar lagi mesej.
"Korang, gred untuk semua subject dah keluar. Tadi I ter-refresh. Semua markah keluar."

Miza pun apa lagi, dengan tenang tekan button refresh. Ambik kau! Cantik bersusun gred keluar untuk setiap subject sem ni. Tapi ni slip tampal. Belum keluar yang ori. Tapi dah tahu gred ofcourse la boleh kira GPA/PNG (Gred Point Average) bagi sem 2 ni. Kira guna apps UTM GPA Calculator je senang. Hahaha. 

Alhamdulillah syukur sangat naik 0.03 dari result sem 1. Even tak capai first class (UTM First class 3.67 ke atas). Alhamdulillah la walau still dalam range Kepujian Kelas Kedua (Tinggi). Tapi ni tak pasti lagi result final dari UTM secara rasmi macam mana. Rasanya lebih kurang je.

Janji Allah dalam surah Ibrahim, 14:07.
Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya,
"Dan (ingatlah) ketikaTuhanmu memaklumkan, Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
Maka benarlah kata-kata Allah Yang Maha Agung.

Dan macam biasalah miza dengan sahabat-sahabat sekelas akan share result masing-masing. Malam tadi nangis gak la memula sebab result sahabat miza semua tinggi-tinggi dari miza. Sebak tu datang tiba-tiba kemudian dia terus mengalir deras. Tapi tak tahu la nangis sebab apa. Mungkin rasa bahagia dan bangga tengok sahabat berjaya.

Tapi tu la orang selalu kata, selalunya orang yang kita kongsikan ilmu dengan dia. Dia tu la yang markah akan tinggi dari kita. Kadang sebab faktor ni menyebabkan kita rasa kedekut nak kongsikan ilmu.

Tapi tadi dapat satu aura baru dalam diri miza. Ada akak ni share dengan miza.

"Memang biasa, kawan yang kita ajar dapat markah lagi tinggi. Ya, memang frust. Tapi cuba kita fikir macam ni.. 

Sepatutnya kita rasa gembira. Kita pernah ajar dia, kongsi ilmu denga dia, seikhlas hati kita. Sekarang markah dia tinggi. Maknanya kita dah ajar dia betul-betul. Maknanya kawan tu faham dan kita secara tak langsung bantu kawan tu untuk dapatkan something yang baik.

Kalau kita ajar dia.. Kita ikhlas, rugilah kalau kita ungkit sekarang. Hilanglah keikhlasan tu. 

Jangan ragu-ragu dengan rezeki Allah. Kita sebagai hamba Dia, tugas kita berikan usaha yang terbaik dan berdoa. Kalau Allah bagi rezeki yang kita minta, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya, muhasabah diri semula. Mungkin ada silap kat mana-mana atau Allah sengaja nak uji kita.

Allah uji sebab Allah sayang. Mungkin Allah tak nak bagi kita alpa, tu yang Dia tak bagi result tinggi-tinggi sangat tu. Mungkin hari ni nampak result kita kurang daripada kawan-kawan, tapi siapa tahu dengan keikhlasan kita terus bantu kawan-kawan, dengan kesabaran kita terus usaha, Allah makbulkan impian kita?

Kita kena kuat. Jangan putus asa ok sayang. Teruskan usaha."

Yes Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Macam ada satu anologi ni.

Serious tak rugi beb. 


Nasihat dari Rasulullah,
"Sedikit kamu syukur lebih baik daripada banyak tapi kamu tak mampu nak pikul. Siapa yang tahu rahsia terbaik buat kita? Allah SWT."-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid-

Mana yang tengah final lagi tu, Allah yuftah alaikum buat korang semua.
Yang penting Allah tengok usaha kita bukan hasil. Try the best. 

P/s: Lagi seminggu beb nak raya. Make the best for this Ramadhan.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hai readers!

Memandangkan tiba-tiba miza rasa pening kepala dan tekak ni rasa loya nak muntah. Mungkin sebab makan ketam time buka puasa tadi kot. Lately ni kalau makan seafood ada je yang tak kena. Padahal sebelum ni memang tak ada alergic terhadap makanan pun. blogger-emoticon.blogspot.com

Memang tengah tak larat nak menaip panjang. InsyaAllah esok kalau dah sihat miza update. But for tonight miza nak ajak awak yang sedang baca ni untuk join peraduan duit raya ni.

Mana tahu ada rezeki buat kita dah nak raya ni. Bukan sikit reen nak bagi tu. Kalau bagi miza yang tengah belajar ni duit RM 1 pun sangat la berharga. hee. :crazy:

Just click pada banner bawah ni untuk ke blog penganjur. Allah yuftah alaikum. blogger-emoticon.blogspot.com

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

#supportmember #goodluck #jomlajoin.

p/s: 9 days left. :sadder:

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .