Feb 11, 2014

Mari fahami maksud surah Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Insyaallah video ni memudahkan kita mahupun anak-anak kecil untuk memahami dan mengingati sekali terjemahan surah Al-Fatihah ni. Aamiin. Jom bernasyid. Comel je suaranya =D
Apa khabar wahai iman dan hati ? Semoga iman dan hati kita sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin.

Insyaallah jika kita cuba memahaminya, kita akan belajar untuk memberi tumpuan (khusyuk) dalam solat. Yup mulut berbicara sama Allah dalam bahasa arab, hati pula cuba memahami apa yang dibicarakan. Insyaallah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahhuakbar !:felido:

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitab kerana merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

8 comments:

  1. thanks sbb berkongsi..lepas ni bolela amalkan :)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tq share :)
    good luckk :)
    singgah sini lg..hehe :)

    ReplyDelete
  3. masa ee pergi ikram teens ada jugak dia explain pasal surah al fatihah ni.
    hehehe. thanks miza for sharing this.

    ReplyDelete
  4. inshaaAllah boleh kita amalkan pasni.. sbb surah selalu kita baca kan..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. semoga entry ni bermanfaat bg kita semua.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.perlu sangat fahami :)

    ReplyDelete
  7. masa kecik2, hafal la makna dia... tu pun, sebab kena paksa.. bila dah besar, dah lupa.. ingat pun, makna dua baris pertama je... rugi betul rasanya sia2kan apa yang dihafal masa kecil2... terima kasih sebab kongsi video ni :)

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥