Feb 17, 2014

What i want to be. The ambitions.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Saat malam sepi aku mendongkkan kepalaku ke langit bertemankan kucing-kucingku yang sentiasa setia menemaniku, Nomel dan Kontot. Aku melihat bintang-bintang dan bulan terang menerangi kegelapan malam, aku teringat cita-cita yang aku pendam selama ini.

' Cita-citaku bukan lah untuk menjad seorang ustazah. Tapi lebih kepada menjadi seorang Astronom Fizik. Tak perlu sampai ke bulan. Cukup sekadar mengkaji ciptaan Allah di bumi berlandaskan Al-Quran dan hadis. Insyaalllah Aamiin. '

Terasa kuat dalam diri nak ceburkan diri dalam bidang tersebut setiap kali membaca Al-Quran lalu Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 15,
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (dikembali setelah dibangkitkan)
Tapi apabila mohon borang UPU dan SPA tak tahu dalam bidang apa astronomi ni. Haih. Huhuhuu. Siapa tahu yang sudi membantu ? ^_^ Bila baca balik firman Allah tu ada pasang niat nak jadi seorang pengembara. Eheee. Doakan ea. 

Sejak jaga ayah selama 28 hari di hospital terdetik nak jadi pegawai perubatan. Ingatkan nak ambil fisioterapi sebab bila tengok doktor Hafiz bin Hassan yang handsome tu hari-hari datang ajar ayah buat pergerakkan. Mihmihmih. K kidding. Ahaks.

Hmm tapi apabila fiki-fikir balik macam nak ambil perubatan dalam bahagian Midwifery (Pebidanan) ala yang sambut kelahiran bayi tu atau pun nak ambil bahagian Obstectrics & Gynaeology (Perbidanan & Sakit Puan).

Erk ! Kenapa ambil tu ? Tak takut ke ? 

Tahukah anda bahawa bidang perubatan tersebut dikuasai oleh ramai kaum lelaki ? Bila nak bersalin doktor lelaki yang sambut. Bila kita alami kesakitan pada bahagian sulit wanita doktor lelaki yang periksa. Ada kaum perempuan yang menceburi bidang ni tapi tak ramai. Dapat bayangkan tak ? Ngahaaa blogger-emoticon.blogspot.com

Allahhuakbar. Hati ni seolah-olah ditarik oleh Allah untuk menceburinya. Ni pun perasaan sepeti ditarik-tarik bila kakak miza cakap itu ini pasal perempuan. Seolah-olah diriku dipanggil-panggil untuk jadi doktor perbidanan / sakit puan. Allah.

aziyan:

Surah Al-Insyiqaq: 19
" Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)"
Begitu satu-satu proses.
Beruntung mereka yang menjadikan Allah sebagai paksi, dan hati yang mahu mengambil pelajaran dari setiap kejadian.
Kadang aku bisu, memilih susun-susun kata untuk disuarakan pada Tuhan.
Tapi aku tahu, Tuhan lebih dulu tahu apa yang ada di dalam hati manusia.
Lagi, tanpa noktah..tanpa rahasiah, hati itu sering berbicara sama Tuhan. 
selamat menempuh segalanya dengan tabah dan matang, jiwa.

kemuliaan itu tidak bersama mereka yang merasakan diri mereka sudah cukup baik, tapi kemuliaan itu bersama mereka yang sentiasa mencoba untuk menjadi yang lebih baik.

Semoga bashirah kita tidak terhijab, bahkan melihat setiap penciptaan dan aturan sempurna Tuhan - dengan iman. 
alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Hm. Masih dalam dilema. Astronomi ? Fisioterapi ? Perbidanan ? Sakit Puan & Perbidanan ? :face16:

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

17 comments:

  1. bagus cita-cita akak. mesti akak pandai sains kan? xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tak la sayang. akak biasa-biasa je ^_^ Ehee doakan ea adik farah. moga Allah balas kebaikanmu sayang ;)

      Delete
  2. how about perbidanan? sekarang, susah nak cari bidan perempuan.. kat hospital kerajaan, ramai bidan lelaki.. just a suggestion.. apa2 pun, semoga berjaya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak zizie. Baru-baru ni terfikir juga ingat nak ambil pebidanan atau sakit puan. Huhu tulah bila fikir-fikir ramai lelaki macam tertarik nak mohon. apa-apa pun. insyaallah miza cuma mampu merancang Allah yang tentukan. Terima kasih kak atas semangat dan cadangan tu :D

      Delete
  3. Replies
    1. Muehehe samalah dengan miza T_T Tapi tak apa, kita kan ada Allah :'))

      Delete
  4. <3 thanks tau. Qila suka ah post miza sbb islamic <3333
    cute sangat. Terima kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhuakbar. ehh qila. biasa je la sayang. ^_^ Jazakillahu khairan kathira sayang <3

      Delete
  5. baru ni ada kawan mak Ee duk cakap. jangan ambik doctor buat masa sekarang. sebab doctor terlalu ramai. doctor dijangka tak byk peluang pekerjaan menjelang 2016. i dunno. tapi dia ada suggest ambik pharmacy. entahlah. depends on result. uhuks. all the best miza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm akak miza ada juga suruh ambil pharmacy. Tapi tapi melibatkan kimia Y____Y Kalau salah dos macam mana ? Ahahahaaks Insyaallah. all the best juga ee sayang :')

      Delete
  6. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  7. kalau miza amik pakar perbidanan o O+G akak sokong sangat! betul.. ramai doktor lelaki sambut ibu bersalin.. jadi aurat kita sbg wanita islam bagaimana kan.. lgpon kalau kat hos gov macamner la nak pilih2 doktor..

    ReplyDelete
  8. Apply semua ... Insya Allah pasti akan sangkut antara nya nanti... Yg pntg usaha...all the best...

    ReplyDelete
  9. perbidanan. sound interesting. hihi.
    insyaallah minta yg baik-baik, pilih yang baik-baik. Allah pun akan bg kita yang baik2. :)
    wish u luck miza ;)

    ReplyDelete
  10. saya selalu terfikir nak jadi apa. konon nak amik medic tapi sekali tengok luka... pengsan.


    sebelum nie cita cita dr sakit puan tapi rasa macam x tercapai hmm

    ReplyDelete
  11. Moga Allah berikan yg terbaik buat awk..Insha Allah..:)

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥