"Bila nak ambil lesen?".

Bismillahirrahamanirrahim.


Cerita semalam, 5 Julai 2015, jam 8 pagi lebih kurang. Perjalanan ke pasar senggarang lalu parit botak. Hahahaha. Buat-buat tahu je k. Just imagine ~

Entri semalam yang tak habis taip. So, ni miza just sambung je la nakk eh.

* * * * *

Suasana pagi tadi memang sejuk la. Alhamdulillah hujan tak lebat tak gerimis. Sedang-sedang aja. Pagi tadi pergi pasar setelah kena paksa dengan ibu dengan kakak.. Yela aku tukang angkat barang kut. Ok stop mengeluh.

Alasan malas ikut sebab malas nak iron tudung. Yela nak pakai tudung sarung yang cantik tu ibu tak bagi. K ahhh padahal pergi pasar ikan je pun. Aduhh. Hahaha.

Sepanjang perjalanan pergi entah kenapa aku jadi hyper sangat. Mulut tak reti duduk diam. Ada je yang benda nak cakap. Mungkin setelah aku tahu maksud 'Hamizah' itu seorang yang 'Periang, Gembira, Bijaksana' tu yang semakin hyper super duper banyak cakap plus aktif. Ahaks.

Tiba-tiba akak bersuara,

"Ibu, budak pendek ni dari asyik tidur je kat rumah baik kita hantar dia pergi ambil lesen."

"Mimi nak ambil lesen motor. Yela nanti kat U nak bawak motor lagenda tu pergi sana. Weee."

"Akak nak kau ambil lesen kereta. Nak suruh kau pula hantar ayah pergi dialysis. Pergi pasar ke."

"Nak ambil lesen motor dulu. Tu je kenderaan yang mimi ada sekarang ni. Ngeh ngeh ngeh."

"Alaaa yelaa.. Kita ambil sekali motor dengar kereta sekali."

"Macam tak sempat je. Tiggal 2 bulan je lagi. Bulan 7, bulan 8.. Bulan 9 dah masuk U. InsyaAllah."

* * * * *

I don't know why, setiap kali cuti panjang macam cuti sekolah atau habis matrikulasi ni ada je ujian yang Allah hadirkan. Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun. Ok don't forget say "Alhamdulillah" too.

Dulu masa habis SPM ingat nak pergi ambil lesen, tapi ayah accident pula. Jaga ayah kat hospital 28 hari plus kat rumah lagi. Time tu hanya aku dengan ibu. Kakak study abang study. Dua dua study kat belah utara. Sorang Perak sorang lagi Perlis. Time kakak abang balik dia orang ada jaga gak. Gilir-gilir. (2014)

Sekarang ni habis matrik, ayah masuk hospital lagi hari tu sebab jantung and ibu jari kaki ayah kena potong. Diabeates. Genap 10 hari jaga ayah kat hospital. - Hari ke 10 balik. Tak ada ganti-ganti macam tahun lepas, sebab ibu tak berapa sihat time ni. Abang praktikal kat Kedah. So, akak dengan ibu just datang tengah hari sampai waktu isyak. Berpuasa di hospital aww. Ok satu moment yang takkan dilupakan. (2015)

Apa pun Alhamdulillah. It's mean Allah masih sayang kami kan. ^_^

Sahabat aku cakap, Faris. Ujian yang macam ni, ujian senang Allah turunkan buat hamba-Nya. Kekayaan dan kesenangan hidup tu pun satu ujian. Tapi berapa ramai yang jatuh ? Macam Firaun, Qarun laknatullah tu. Nauzubillah min zalik.

Gambar masa puasa ke-3 / ke-2 tak silap. XD
Sejarah pertama aku bawak motor dari rumah ke bandar tanpa lesen. Semua ni demi abang yang tercinta. Nak pergi poskan motor dia ni dari Johor ke Kedah pakai pos laju. Perjalanan aku, Ayer Hitam - Batu Pahat Memang mengucap jela nakk sepanjang perjalanan. Takut kot kalau-kalau ada roadblock. 

Actually tu pergi dengan kakak. Aku rider, dia duduk belakang peluk aku erat-erat. lolz ~ Hahahaha. Ibu follow pakai kereta. Yela kalau tak acane nak balik ke rumah. Time ni terasa macam tengah racing dengan ibu pun ada. Ahaks XD.

Alhamdulillah. I know, Allah always with us. Allah akan sentiasa bantu hamba-hamba-Nya. Robbi Yassir Wala Tu'asir. Segala-Nya berlaku atas izin-Nya. :)

owner
Doakan miza moga Allah permudahkan untuk ambil lesen eh. ^^,
Jazakumullahu khairan kathira. :*

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

23 comments:

  1. mizaaaaa. moga dipermudahkan urusan miza nanti. dah dapat lesen mai johor kita jenjalan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Jazakillahu khairan adda. Hahaha kite memang johor pun la awak XD

      Delete
  2. moga dipermudahkan. orang johor ea? meh ahh datang muar.hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin. Jazakillahu khairan kathira Raihana. Hahaha insyaAllah. Alaaa tapi xdak lesen ahh. T_T Emm emm.. meh la datang ayer hitam, batu pahat. Muahahahaha

      Delete
  3. Takziah atas keadaan ayah. Akan ada kebaikan di sebalik semua ujian tu, in sha Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallahu khairan kathira abang anas ^_^ Aamiin. InsyaAllah :')

      Delete
  4. setiap masalah ada hikmah dia, akak pon ada pengalaman mcm ni , both parents pernah masuk icu, alhamdulillah semua ok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Alhamdulillah :')
      Betul lah kak. Setiap masalah itu pasti ada hikmahnya. Lain orang lain ujiannya. Akak lagi hebat ujiannya. Allahhuakbar.

      Delete
  5. terus tabah dan kuat. Allah uji tanda Allah sayang.

    ReplyDelete
  6. gudluck buat lesen nanti. dulu masa buat lesen pun bulan puasa gak.. pergh dahaganya mmg terasa. dgn tgh2 panas lagi training dalam litar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallahu khairan kathira abang lee. Hahaha kita pun tak pasti lagi sama ada nak ambil lesen bulan ramadhan ni. Huhuhu.. Tak apa bang, satu kenangan yang takkan dilupakan kut. Tahniah abang lee :D

      Delete
  7. ujian dari Allah tanda Allah sayangkan kita..kan? btw, all the best utk lesen nanti..hihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Betul tu. Alhamdulillah ^_^ Hihihi jazakillahu khairan kathira mimi sayang :D

      Delete
  8. Replies
    1. Aamiin. InsyaAllah kak mudah-mudahan. Jazakillahu khairan kathira kak yui :D

      Delete
  9. miza goodluck eh amik lesen nanti. inshaaAllah Allah permudahkan nanti =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khairan kathira haziqah sayang. ^_^ Aamiin ya Allah. InsyaAllah mudah-mudahan. :D

      Delete
  10. inshaaAllah miza..moga dipermudahkan amik lesen nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. InsyaAllah kak. Jazakillahu khairan kathira kak azizah ^_^

      Delete
  11. kalau ada masa, amek je dua2 lesen.

    ReplyDelete
  12. moga dipermudahkan segala urusan miza :) kesenangan dan kesusahan itu mmg ujian . cuma bila dpt kesenangan kita cpt lupa :) kan . nanti dah rasa masa tu tepat nak ambil lesen , ambil laa :) kalau rajin bt latihaan apa semua , mmg boleh cpt abes buat lesen :D

    btw, keep strong syg :*

    ReplyDelete
  13. hahahah akk pon xamek lesen lagik tauu. igt nak amek lepas raya. nt taun dpn leh la pindah tempat keje.hahaha *angan-angan tak tahu menjadi ke tak -.-'

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥