Doa apabila dianiaya dan dizalimi.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Creadit : Owner
Hari ni miza nak kongsi sedikit pengalaman. Ada satu hari tu handphone miza hilang kena curi. Apa perasaan kita apabila benda paling kita sayang dicuri orang ? 

Mesti rasa first nangis tu dah pasti bagi perempuan. Confirm akan ada terculit rasa nak marah, maki dalam maki doa biar orang tu ditimpa bala (kena petir, dilanggar lori, dll)

Betul atau tidak ?
Tak perlu jawab di sini, tetapi tepuk dada tanya iman dalam diri. 

Yaaa, seriously benda yang sama terjadi pada miza. Kita manusi biasakan kadang iman kita naik, kadang iman kita turun. 

Miza dapat suatu ilmu daripada pengalaman yang miza lalui hari demi hari sekian lamanya hidup menumpang di muka bumi Allah swt ini.

Ada ustaz ni kata masa program Usrah Nurani di ikim.fm
"Adakah kita memperoleh MANFAAT dengan mendoakan keburukan kepada sang penganiaya apabila kita dianiaya?"

*Lidah kelu untuk berkata-kata*
*Otak giat menggerakkan neuron-neuron untuk bersambung dengan lajunya untuk berfikir*

Allahhuakbar.
Benar apa yang dikatakan. Cuba bayangkan apabila kita doakan 'pencuri' itu mati dilanggar lori contohnya. Adakah pencuri tu akan dapat kembalikan barang yang kita sayang tu ?

Pastinya tidak.
Tak ada manfaat apa pun. Rasa puas hati ? Lama-lama akan dikesali. 
3 golongan yang berdoa pasti doanya akan dimakbulkan Allah :
1. Doa orang yang dizalimi.
2. Doa orang yang sedang bermusafir.
3. Doa orang tua untuk anaknya.
-Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibn Majah-
Tepuk bahu sikit.
"Heyy ! Kata nak masuk syurga sama-sama."

Ok jom kita tukar mind set jadi positif. Ambil peluang keemasan ini untuk berdoa mohon pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa.

Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah : 155-157,
Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," 
"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)" 
"Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
Apa yang kita perlu buat apabila ditimpa ujian seperti ini ?

1. Lazimkan lidah untuk menyebut kalimah "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun"

2. Muahasabah diri. Fikir positif bahawa setiap benda yang ada pada kita hatta nyawa dibadan kita sekalipun adalah HAK milik kekal Allah swt bukan milik kita. Kita hanya peminjam.

3. Istighfar banyak-banyak.
Boleh jadi ianya adalah teguran Allah buat kita yang sering alpa dalam mengingati Allah.

4. Banyakkan berdoa agar dia diberi hidayah untuk kembali kepada Allah.

5.. Bersangka baik pada Allah bahawa ini adalah teguran daripada Allah untuk kita kembali kepada Allah.

6. Menangislah dihadapan Allah, cuba sedaya upaya ukirlah senyuman dibibir mulusmu itu. Jangan pernah memendam rasa kelak diri akan merana.

10. Buat laporan sebagai ikhtiar. Jangan putus asa. InsyaAllah Allah akan bukakan jalan kesulitanmu itu ^_^

Janji Allah dalam surah Al-Insyirah : 5-6,

Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya,
"Maka sesungguhnya BERSAMA kesulitan ada kemudahan, Ku tegaskan sekali lagi sesungguhnya BERSAMA kesulitan ada kemudahan."

Creadit : Owner
Credit : Owner 
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad

17 comments:

  1. nice sharing. terima kasih cik chokie (:

    ReplyDelete
  2. Nice sharing. Terima kasih atas perkongsian. Sesuai dijadikan peringatan untuk diri sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak farah. Peringatan untuk diri miza juga. Benda dah berlaku dekat diri. Hope pisan tak buah dua kali :')

      Delete
  3. nice sharing miza.. smoga diberi pringatan kite smua.. jaga kata2..

    ReplyDelete
  4. terbaek. .doa org teraniaya selalu blh makbul. .drpd kita doakan yg jahat2. .bgs kita doakan yg baek2. . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup that's true. Just keep the 'peluang keemasan' ni untuk banyakkan berdoa. Doakan kawan dapat dekan ke, 4flat ke, dapat suami/isteri yg baik, diri jadi anak yang soleh/solehah ^_^

      Delete
  5. bestnya entri ni Miza :) terima kasih tau sudi share

    ReplyDelete
  6. Sykran ya ukhti :)
    i love all ur posts hm.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  7. Btw may allah shower all His blessings to u sister hiks.

    Hehe may kita semua dpt kejayaan di dunia dan akhirat !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhuakbar. Speechless. Allahhummaaamiin :')

      Jazakillahu khairan kathira sayang. May Allah bless you too.

      Aamiin Ammin ^^

      Delete
  8. Empon akak pernah hilang. Call terus tak dapat. That time aku speechless giler. Jalan macam orang takde pasaan. Tak menangis tak ape. Paling best akak selit rm50 dekat belakang casing empon tu. Da lah waktu tu memang tengah kering. takde duit dah. Kalau tak silap rm50 tu lah satu satunye amount paling besar yg ade waktu tu. Lepastu pandang langit terus rase sebak. Waktu tu terus cakap kat diri, bukan rezeki aku. Alhamdulillah terus rase lega walaupun ade siket rase terkilan. Doakan je semoga orang yang ambil tu cepat cepat bertaubat.

    opss sori terpanjang pulak. Macam nak buat entry dekat sini haha

    ReplyDelete
  9. Setakat hp ..benda kecik kot..suami saya sampai skrg gaji belum diberi..dari 5hb...sampai dah 23hb...gaji mmg tak cukup hanya 2k sebulan...bossnya pun diam je langsung tak tanya org ada makanan kat rumah ke, bil2 dah bayr ke...yg plg sedih...sekolah pulak dah nak bermula...saya sungguh sedih..memandangkan boss suami org kuat kerajaan....mcm ni ke org atasan menisdas pekerja..takkan gaji 2k semata tak mampu nak bayar...apa2 pun alhamdullilah je mampu diucapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Innalillahi Waa Inna Ilaihi Rojiun. Allah. Moga Allah temukan jalan penyelesaian dan mudahkan jalan buat akak sekeluarga.. Jangan putus asa akak. Maaf sebab hanya mampu kirimkan doa. Moga akak jadi lebh tabah and bos suami akak jadi manusia yang lebih tanggungjawab. La Tahzan InaAllaha Ma'naa.

      Umpama ubat yang pahit menyembuhkan penyakit.

      Segala musibah, dugaan, fitnah, bala dan bencana semua itu adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan manusia.

      Andai berjaya laluinya dengan kesabaran dan takwa , ia jadi penawar dosa dan meningkatkan darjat.

      InsyaAllah.

      Delete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥