Barakah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hai awak yang tengah baca ni. ^_^
Moga awak sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah.


Kadang kita nampak benda ni kecik dan simple je kan, tapi sebenarnya kesannya besar sangat dalam kehidupan kita. 

Pensyarah miza selalu pesan,

"Awak nanti nak ke dah kerja hasil kejayaan yang awak dapat tu sebenarnya dari hasil awak meniru? Orang pun tak nak respect walau setinggi mana kejayaan kita tapi kita menipu."

Sebab tu ada konsep 'tawakal'. Kita sudah usaha sehabis mungkin, sampai di dalam dewan periksa kita serahkan pada Allah moga Allah berikan kita daya ingatan yang kuat, tajam pemikiran dan diterangi hatinya.

Hari tu masa kelas Dinamika, puan nasihat

"Awak nanti kalau nak doa jangan mintak soalan mudah sebab kadang-kadang diberi soalan mudah pun kita tak boleh jawab. - Tapi doa minta kat Allah soalan yang keluar ni nanti semua soalan yang awak boleh jawab dengan mudah dan lancar dengan jayanya. Alamat doa tu kena betul." =)

Yes, bila time test, quiz, final exam kita memang tak boleh tengok buku langsung. Yela dah nama pun ujian. Memang kena gantung result exam la kalau kena tangkap. Silap hari bulan boleh masuk lokap. 

Tapi perasan tak kita ada satu ujian bila kita mencari jawapan dengan rujuk buku siap bincang dengan kawan tak ada siapa marah atau tegah kita. Malah makin disarankan lagi. 


Ini lah kitab yang apabila ujian diberi kita boleh merujuknya. Malah apabila ujian sedang kita hadapi, kita buka dan kita baca akan ada satu ketenangan meresap dalam jiwa sanubari kita. SubhanAllah. Ajaibnya! Bukan itu sahaja, jawapan ujian kita tu selalunya akan terjawab dalam kitab ni. 

Yang paling menariknya tentang kitab ini apabila kita sedang diuji. Bukalah mana-mana muka surat kat situ nanti akan ada jawapannya. Tak perlu kita cari. Ya Allah hebatnya mukjizat kitab ini.

Yaa kitab ini lah yang dinamakan Al-Quran nur qarim. Satu mukjizat ya Allah turunkan kepada Rasulullah saw sebagai petunjuk rujukan, rahmat buat sekalian alam. 

Dalam al-Quran Allah berfirman dengan jelas dan nyata,

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. [Surah Yunus, 10:57]
...(Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yusuf, 12:111]
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji. [Surah Ibrahim, 14:1]
...Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri(muslim) [Surah An-Nahl, 16:89]
Katakanlah, "Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan mejadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah) [Surah An-Nahl, 16:102]
Dan banyak lagi lah Allah rakamkan dalam Al-Quran. Complete.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis riwayat Muslim)

Malam tadi masa ceramah maulidurrasul ustaz cakap,

Orang Islam zaman sekarang kat Malaysia ambil al-Quran hanya untuk halau jin. #sentap #deep. Allah.

Padahal Al-Quran mengandungi sumber ilmu terpenting.

Sebelum miza akhiri penaipan entri kali ni nak ajak kawan-kawan yang sama-sama tengah study week ni atau di mana sahaja jangan pernah tinggal al-Quran walau sehari. InsyaAllah apabila kita baca al-Quran tiap hari ilmu itu akan mudah masuk kedalam jiwa kita.

Hal ini kerana Al-Quran merupakan cahaya buat kita.

Allah Yuftah Alaikum buat semua mahasiswa di seluruh Universiti di Malaysia. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, diberi ingatan yang kuat, diberi ketajaman akal fikiran, dilapangkan dada, diterangkan hati sebagaimana Allah terangkan hati orang-orang yang beriman, bertakwa dan orang-orang soleh yang Dia kasihi. Aamiin.

Bitaufiq Wannajah Fil Imtihan Final Sem. Moga berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

10 comments:

  1. thank you mizah :)
    qila pun CUBA tak tinggal Quran every each day ehe.
    Tp tula, mcm senang but for me sadly it's quite hard tho :(((((

    qila selalu bc lps maghrib nk tunggu isyak. but cm tak best jgk centu kan huhu.
    best kalau rajin bc EVERY each lps solat fardhu mcm nampak lagi wow kan hehe.
    But still, thank you :) <3

    Bittaufiq wannajah mizah!!!!! <3

    ReplyDelete
  2. Betul kalau kita tiru, then dapat result bagus pun tak berkat. Buat apa bangga bila orang nampak kita pandai tapi sebenarnya kita tak jujur pun. Oh, saya pun setuju dengan kak miza. Kena sentiasa baca alquran. InsyaAllah Allah bantu kita dalam apa jua urusan.. :)

    ReplyDelete
  3. sebab tu takot sangat nak meniru, impaknya besar tanpa kita sedar. insyallah sem2 nanti Huda nak ubah skit sikap. btw huda follow blog comel ni :D

    ReplyDelete
  4. ermm betul tu saya ada jugak tiru2 sikit...
    lain kali x akan buat
    cuba dengan usaha sendiri

    ReplyDelete
  5. saya sangat strict kalau bab2 bincang masa quiz. even quiz pun saya strict dan saya akan elakkan dpd duduk dengan kawan yg suka bincang2 time quiz ni.

    ReplyDelete
  6. Thank you for this post, Miza :)

    ReplyDelete
  7. standard lah tu.tiru,bincang,toyol..tompang kaki assigment kawan.budak U semua mesti buat punyalah.Mana ada budak U yg baik mcm malaikat zaman sekarang ni? Lagi2 yg dapat 3.98-4.00 tu.dekan tiap2 taun.Huh! Dah tgk semua 'drama' tu masa zaman blaja lg.

    Tp xsemualahkan..mostly.Halal haram pun xtahu lah.Allah je tahu

    ReplyDelete
  8. miza.. lama xjenguk miza kat sini.. hehe.. akak dulu pun ada buat jugak.. tapi part "toyol" tak reti la. rasa tak tenteram nak jawab exam.. huhu.. good luck miza with ur final exam :)

    ReplyDelete
  9. bagus budak tu.. hmm kalau i jd lecturer mmg i akan target budak2 jenis copy paste, jenis tiru dlm test/ exam pastu jgn harap nk bagi markah tinggi. sbb i memang anti plagiat n anti tiru meniru ni.. nasibla tak jd lecturer..

    ReplyDelete
  10. betul tu... ee takutnya duit haram, jadi darah daging.. :(

    Jemput join segmen Nurrul
    http://youismysoul.blogspot.com/2016/05/giveway-topup-by-nurrul-2.html

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥