Melupakan bukan kerana membenci.

Assalamualaikum. . .


Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Apa khabar iman kita hari ini ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Assif jiddan kepada semua yang hadir ke blog miza ni jika tiada entry yang akan diupdate. Harap dapat dimaafkan. 
"Aku melupakan bukan kerana aku membenci,
tetapi aku melupakan kerana aku punya tujuan,
iaitu aku ingin mencapai kejayaan yang cemerlang." 
Masih ternigiang-ngian ditelinga apabila sahabatku sendiri berkata,
Siapa lagi yang nak kembalikan kegemilangan Islam 
dan
mengegakkan syiar Islam kalau bukan diri kita ?
Ayuh, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Allahhuakbar !
Paling penting apabila sudah hampir menjelang waktu peperiksaan ni dekatkan diri kepada Allah, jauhkan maksiat, jauhkan perkara yang sia-sia, banyakkan latihan. Insyaallah Allah akan bantu. Niat itu penting, niat bukan untuk peperiksaan, tetapi niat kerana Allah.
Yakin pada diri, yakin pada Allah, bersangka baik kepada Allah kerana Allah pernah berfirman "Sesungguhnya aku mengikut sangkaan hambaku"
 JANGAN MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN YA KAWAN-KAWAN !

Hanya sia-sia saja kalau meniru. Sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Biarlah result kita macam mana sekalipun, asalkan result kita tu diredhai Allah ^◡^

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
 Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan cemerlang + Kejayaan yang diredhai Allah. 
 Insyaallah kejayaan milik kita. 

Ok la kawan-kawan semua, miza mohon maaf ya sebab miza dah buat keputusan buat masa ni miza nak lebih utamakan SPM yang hanya sekali dalam hidup. Doakan kejayaan miza dan kawan-kawan seperjuangan yaa. Jazakumullah khairan kathira. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua.

Kepada yang membenci, ku kirimkan doa agar dirimu sentiasa dirahmati dan diberikan hidayah oleh Allah. Maafkan segala salah silapku yang pernah aku lakukan sama ada sengaja mahupun tidak.

Kepada yang menyayangi, ku berdoa agar dirimu sentiasa disayangi dan dicantai Allah yang maha pengasih lagi maha penyang.

Kepada yang merindui, ku titipkan salam buat dirimu yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Semoga Allah menambatkan perasaan rindu dan sayangmu yang kuat kepada Allah dan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW di dalam hatimu.

Kepada yang sentiasa mendoakan dalam diam, ku berdoa agar Allah sentiasa memimpinmu ke jalan yang diredhainya. Amin ya Allah.

Aku tidaklah sejahat yang kamu katakan, dan bukan pula sebaik yang kamu fikirkan. Aku hanya insan biasa, hamba Allah yang sangat lemah. Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Allahhuakbar. 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah. 
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat. Amin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

12 comments:

  1. Wsalam wbt. Bittaufiq wannajah syg. Moga Allah redha dan berkat setiap usahamu, moga beroleh jannah Allah. In shaa Allah. :)

    ReplyDelete
  2. Assalam =) sma2 muhasabah diri dan berubah kearah kebaikan..trima kasih atas nsihat ni..Amin atas doa tu.. smoga semuanya dipermudahkn Allah ye..Belajar elok Miza..buat yang terbaik utk dri sndri dan kluarga..smoga sntiasa dalam keredhaan Allah selalu..smoga berjaya dalam setiap bidang yang diceburi..Amin

    ReplyDelete
  3. kak jijah doakan miza berjaya dengan cemerlang dlm SPM nanti.. ini masa depan kamu syg~ buat yg terbaik k.. akak doakan miza terus success :)

    ReplyDelete
  4. salam.. semoga berjaya di dalam peperiksaan nanti. In Shaa Allah :)
    terima kasih ya sudi follow. sy follow awk =)

    ReplyDelete
  5. good luck dik . byakkan berdoa . kejayaan menantimu :)

    ReplyDelete
  6. assalamuikum singgah snie jap, sambil2 nk folow,....nak cari kenalan bru....senang2 adik meh lah singgah blog akk.....moga pershabt yg terjalin sampai ker syurga.....jgn luper komen dan folow syg,,,hehhe

    ReplyDelete
  7. salam kenalan dik mizah....akk singgah sambil folow....semoga kite sentiasa dalam rahmat allah

    ReplyDelete
  8. all d bez buat adik2 yg bakal menjalani spm
    moga dpt result yg cemerlang

    ReplyDelete
  9. betul yang penting niat kerana allah
    usaha kemudian tawakkal :)

    ReplyDelete
  10. Haiii.. cakkk...
    Done follow sini no. 1412,
    Jom follow me back.. salam kenal.. heee..

    http://tengkubutang.blogspot.com/

    n my 2nd blog
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥