Segalanya aku ada Allah. Ada masalah ke ?

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Hmm ada kawan aku ni tanyakan kepadaku

"Sekarang couple dengan siapa"

"Allah dan rasulullah"

"Serious boleh tak ?"

"Allah dan Rasulullah"

"Hmm."

"Hati aku terasa sudah jatuh cinta. Cinta kepada yang maha Agung, Allahhuakbar. Moga cintanya diserapkan di hati kau juga"

"Hm boleh percaya ke ?"

"Terpulang. Aku tak memaksa =)"

Dan bla bla bla tiba-tiba ayat herdikkan dushhh ! Kena panahan di wajahku.

"Kau ingat kau baik sangat ke ?"

"Entah, aku tak kata apa-apa. Tapi, aku sentiasa merasa diriku hina di hadapan Allah. Aku sedar diri aku penuh dengan dosa. Kau nak dekat dengan diri aku pun sebab dengan belas kasihan Allah telah menutup keaiban aku. Dan aku sentiasa merasa diriku tak layak akan syurga Allah tapi aku tak sanggup nak menanggung seksaan neraka Allah"

*menitis air mata*

"Sudah la kau"

"Tak apa la, apa yang aku selalu mengharap moga hatimu dilembutkan agar mudah menerima hidayah Allah :')"

"Macam mana nak tahu kita terima hidayah ?"

"Ustazah aku kata, seseorang yang mudah dengar nasihat tu dia dah dapat hidayah Allah la. Wallahua'lam"

Moga kita semua diberi hidayah Allah dan sentiasa dalam lindungan kasih sayangnya. Amin :')

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

8 comments:

  1. Oh terima kasih sharingnya :)

    Lma ye tak update . hati saya cakap rindu pda adik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe afwan ya akak sayang <3

      Baru habis exam SPM akak sayang. Alahai sayunya rasa apabila akak cakap macam ni. Hihi i love you mama bolat :'D *peluk kak bolat

      Delete
  2. takpe..kita jangan jemu nasihatkan org.. in shaa Allah moga ada hidayah buatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Insyaallah kak, hati kena kental. Tadi terkesima juga la apabila di hentam macam tu. Huhu cuma bersangka baik. Dia sama seperti miza yang masih jahil :')

      Delete
  3. Innallah ma'ana.. :) semoga kita semua sentiasa dilimpahkah hidayah Allah..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhuakbar. Insyaallah kak, Allah sentiasa bersama kita kalau kita ingat kat dia. ^_^ Aamiin ya Allah.

      Delete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥