Dec 19, 2013

Peristiwa PMR 2011

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


*pandang ke langi biru*

Tersenyum melihat awan-awan yang cantik di pagi hari. Subhanallah indahnya kan ciptaan Allah. Tenang je.

Hari ni kita semua tahu adik-adik yang ambil PMR akan memperoleh keputusan mereka. Tertunduk senyum miza dibuatnya. Allah malu, sebak, hiba apabila terkenang masa zaman miza ambil reult PMR pada tahun 2011. Malu pada Allah apabila mengingati kembali riaksi pada masa tu.

Bukan nak riak atau apa, cuma nak kongsikan pengalaman yang ada. Moga kita semua dapat menjadi hamba Allah yang dikasihinya dan diredhainya. Inysallah mudah-mudahan. Aamiin :')

Pagi tu miza agak tenang juga la, tapi dalam hati ada la juga rasa berdebar. Sebelum pergi ke sekolah miza buat dulu solat hajat.Tapi tu lah, masa tu tengah jahil. Tak tahu malu. Yela mana tak nya. Solat fardu 5 waktu tak pernah cukup. Hidup dipenuhi dengan gelombang dosa. Astghfirullahalazim. Allahhuakbar. *menitis air mata* *tertunduk senyum*

Tapi meminta-minta pada Allah tanpa taubat. Rasa malu sekarang ni bila teringat. Yaa lah, masa tu cuma fikir dalam kepala siapa lagi kita nak mengharap, kalau bukan hanya kepada Allah. Miza yakin, Allah maha pemurah lagi maha pengampun. Berserah 100% pada Allah.

Pagi tu juga, banyak kali cakap dengan ibu.

"Ibu... ibu redhakan walau apa pun keputusan adik nanti ? Ibu terimakan ketentuan Allah ?"

Berulang kali miza ucapkan ayat itu masa pagi tu. Ayah Allah takdirkan masuk hospital sebab sakit buah pinggang. Abang, kakak pula dekat Universiti masing-masing. Jadi miza bertemankan Allah dan ibu ke sekolah.

Sampai sahaja di sekolah, miza tak dapat ambil lagi sebab diarahkan ke library. Biasalah kalau ada record tak pulang buku memang kena tahan. Allah, tiba-tiba kawan-kawan yang lain kebanyakkannya dah tahu result mereka. Rasa gembira jugalah apabila dapat tahu mereka ramai yang dapat 8A dan 7A.

Lepas dah urusan di library, miza kembali ke dewan nak tahu keputusan. Ada budak kelas miza dari jauh jerit.

"Miza ! ! kau dapat 5A"

"Kau berapa ? Aku dapat 7A"

" Ouhh tahniah"

Allahhuakbar, tak dapat nak gambarkan masa tu. Air mata berderai jatuh dari kelopak mata. Walau ditahan sekuat mungkin. Betul-betul tak mampu nak menahan. Masuk je dewan ibu cakap, kenapa lama sangat. Miza terus menuju ke meja guru kelas miza.

Dia hulurkan result PMR miza sambil mengucapkan "Tahniah awak dapat 5A 3B" dan kata-kata semangat beliau. Walauapa pun alhamdulillah Matamatik dan Sains miza dapat A. Syukur.

Balik tu miza dengan ibu bersiap-siap nak pergi ke hospital lawat ayah. Sepanjang perjalanan tu ramai juga la yang call nak tahu keputusan. Tapi itu la, memang sedih, betul-betul sedih.

Sepanjang perjalanan ibu membisukan diri. Siapa tak sedih apabila ibu sendiri tak nak cakap dengan kita. Sampai hospital Batu Pahat miza nangis tak henti. Ayah pula tengah cuci darah masa tu kat Hospital. Jadi tunggula.Lepas zuhur ayah siap.

Ayah tanya kat ibu, kenapa adik nangis. Tak ingat jawapan ibu. Lepas tu ayah pujuk, ayah ucapkan tahniah. Miza tahu ayah memahami. Yaa dalam hati bukan nak apa-apa cuma mengharapkan ayah dan ibu ucap tahniah, itu sudah cukup bagi miza. Allah. hari tu juga ayah dah dapat pulang ke rumah.

Syukur alhamdulillah. Keesokan harinya, ibu masih berdiam diri. Memang miza menangis tak henti dari semalam. Petang tu hujan. Miza nak keluar dengan sahabat karib miza, Anis. Yelaa jiwa remaja mana tak memberontak. Dalam kepala fikir nak luahkan segala-galanya. Tapi ibu tak izinkan masa tu.

Miza degil, tak nak dengar kata. Bentak-betak tanda protes. Lepas tu ayah balik, ayah izinkan. Miza pergi la rumah anis, kita orang plan pergi satu tempat ni. Sepanjang perjalanan miza luahkan apa yang terbuku dihati.

"Bodoh sangat ke aku ni ? Teruk sangat ke result aku ? Memang tak bagus ke kalau dapat 5A je ?"

Allah, time tu betul-betul jahil. Tu la, padah lawan cakap ibu kan Allah dah murka. Dalam perjalanan tu miza ditakdirkan accident. Masa tu bawa motor LC abang baru beli yang miza guna sekarang ni. Anis cuma tergolek ke tepi jalan. Miza pula kena sagat atas jalan raya dan kaki pula kena hempap motor.

Ada la abang ni bantu angkat motor tu. Mujur tak teruk sangat dan Allah masih bagi peluang kedua. Miza dengan anis pergi la ke tepi parit basuh luka yang ada. Masa tu kepala tengah mamai, macam ingat tak ingat. Allah, anis bagi tahu yang miza masa tu banyak merapu.

Lepas tu sebok tanya result dah keluar ke. Dapat berapa A. Hahaha lucu pula bila ingat kembali. Masa tu tak berani nak balik rumah terus, takut kena marah. Jadi ambil keputusan pergi rumah Anis. Mak anis sapukan minyak gamat kat luka-luka ni. Lepas tu dia tolong call kan ibu ayah miza.

Adoii, memang lemah semangat. Dah dekat maghrib ayah ibu datang ambil. Motor pula tinggal rumah dia dulu. Sah kena bebel. Sampai rumah minta maaf kat ayah dengan ibu sambil nangis-nangis. Takut weyh kalau jadi anak derhaka. Tak cium bau syurga tu. Nauzubillah min zalik. Memang tak bahagia la jawabnya. Apa taknya kalau Allah dah murka.

Dah reda lepas solat Maghrib, ibu suruh buat solat taubat. Jadi pergi la buat, minta ampun pada Allah. Malam tu pula rasa macam dagu ni bukan luka biasa. Sekali rupanya koyak. Allah. Tengah malam ayah ibu bawak pergi klinik untuk jahit. Lepas tu pihak klinik bawak ke hospital naik ambulance.

Ibu dengan miza je pergi. Kesian pula tengok ibu, sanggup korbankan masa. Dalam ambulance bual-bual dengan apa tah orang panggil lupa namanya. Miza kena tahan wad satu malam. Esok balik.

Tu lah, padah apabila kita derhaka dengan ibu atau ayah. Allah pasti murka. Alhamdulillah Allah bagi lagi peluang untuk jadi hambanya yang lebih baik :')

Moral of the story, walauapa pun keputusan yang diberi, jadilah hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Jangan jadi manusia seperti tiada agama. Redha, kita dah usaha yang terbaik. Itu dah keputusan yang terbaik Allah beri. Pasti ada hikmah yang tersembunyi dan jadilah anak yang taat akan ibu bapa.
Keredhaan ibu bapa merupakan keredhaan Allah. Ingat tu :')
Gagal sekali bukan gagal selamanya jika kita bangkit kembali ! 
Allahhuakbar !

Buat adik-adik yang ambil result PMR hari ni, cuma nak cakap kalau boleh walauapa pun result adik terima nanti cuba-cuba lah, pujuk diri buat sujud syukur kepada Allah. Apa-apa pun redha. Allah dah tetapkan yang terbaik. Jangan jadi buta. Syukur, fikir setiap apa yang Allah beri itu merupakan ujian. Allah nak lihat Adakah kita menjadi hambanya yang bersyukur ?  Tepuk dada tanya iman. Wallahua'lam.

Semoga mendapat result yang diredhai oleh Allah  Aamiin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

21 comments:

  1. Kak Nini PMR 2010,hehe..
    Btul tu,gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
    Kegagalan tu lah yang akan mmbantu kita utk mencapai kejayaan pd masa akan datang. (^-^)
    Kalau tak pernah gagal,manalah kita nak hargai apabila kita berjya,betul tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouhh hehe laaa kak Nini atas miza je rupanya. Ekeke. Betul tu kak, sokong 100%. Kerana kegagalan dahulu tu lah miza berazam form 4 dengan form 5 nak buat yang terbaik. Tapi itu lah, masa form 5 terbabas sedikit X'D Hihihi. Insyaallah sekarang ni cuma tawakal je la dan berserah kepada Allah dengan berbekalkan doa ^_^ Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur :') Aamiin.

      Delete
  2. kita dah berusaha kan,.. yg lain Allah tentukan.. redha dgb keputusan yg dterima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kak, masa ni tengah jahil. Huhu, insyaallah SPM miza terima dengan redha. Yakin dengan pemberian Allah :')

      Delete
  3. sedih..berair mata baca.. :'(
    miza budak baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahhuakbar. Segala puji-pujian hanya bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Aamiin. Insyaallah. Moga Allah serapkan dan suburkan rasa cinta dan sayang abang sollehudin kepada Allah dan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW. Aamiin :')

      Delete
  4. Tapikan adik sayang bersyukur dapat 5A , dri org yg A takbyk , takda lgsung . bersyukur sgt2 . buat apa nak down . awk buat org yg takda A or kurang dri A tu mcm rendah sgt .

    hmm , skrang dh hbis spm la kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ya Allah, miza bersyukur sangat-sangat kak. Allahhuakbar, nauzubillah min zalik. Allah, akak.. miza tak ada niat pun nak buat siapa-siapa tu down. Niat miza, miza cuma nak kongsikan pengalaman miza. Masa ni, hati dah redha apabila dapat tahu. Tapi apabila ibu sendiri masa tu mendiamkan itu ini lepas tu salahkan takdir. Siapa yang tak kecewa kak ? Sungguh miza betul-betul tak ada nak kenakan siapa-siapa. Lillahi taala miza buat entry ni.

      Lagi pun cuma nak ingatkan diri mizaa sendiri yang sering alpa ni. Tengoklah apabila miza lawan cakap ibu miza dan jadi anak derhaka, Allah jadi murka. Allah turunkan peringatan buat miza. Allahhuakbar. Maafkan miza jika entri miza ni buat akak tersinggung. Maaf sangat-sangat :'(

      Moga Allah lembutkan hati akak dan akak sekeluarga sentiasa dalam lindungan kasih sayang dan rahmatnya :') Aamiin

      Miza sayang sangat kat akak ♥ Alhamdulilah haah :') Tengah tunggu result.

      Delete
  5. Saya PMR tahun 2005 dik... hahaha.. tua dah saya nie.. PMR boleh la cukup-cukup makan. Tp kena ingat PMR bukan penentu kejayaan kita .. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouhh. Hehe tak apa la, at least walaupun luaran tua janji hati biar muda ^_^ Aamiin. Mudah-mudahan :) Alhamdulillah syukur tapi sekarang abang dah berjayakan ? Mudah-mudahan Allah berikan abang hafiz rezeki yang melimpah ruah. Aamiin. Yup Betul tu bang. Sebenarnyakan bang, miza terfikir penentu sebuah kejayaan itu adalah apabila kita berjaya mentaati segala perintah Allah dan menjauhi larangan Allah :') Waallahua'lam ♥

      Delete
  6. PMR 5A jer? Hehehe. Sama la jugak macam saya dulu :-) Dapat PMR 5A pun, relax je sebab bukannya pernah masuk tuisyen hapa pun. Buku rujukan PMR pun tak pernah beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. huhu haah 5A. Alhamdulillah. Semoga abang sylarius terus berjaya dalam rahmat dan keberkataan Allah. Aamiin ^_^

      Delete
  7. A bukan penentu. inshaaALLAH jika rezeki itu ada yg byk C pun tak mustahil boleh lebih mampu berjaya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Allah. Result bukanlah suatu penghalang untuk kita berjaya pada masa hadapan. Rezeki ditangan Allah. Jika kita redha dan berserah diri serta yakin pada Allah. Insyaallah berjayalah. Jika tidak di dunia, pasti kejayaan akhirat menanti. Wallahu A'lam ^_^

      Delete
  8. mantap la tu 5A..huhu sy dulu lg la ke laut result..tp betul..gagal sekali bukan gagal selamanya..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..Allah masih sayang kita.Tahniah untuk result PMR awak 2011 tu ye.Kena study smart untuk lagi untuk exam akan datang ye :)

    ReplyDelete
  10. tahniah miza...Buat yg lebih baik utk SPM nnti.

    ReplyDelete
  11. bagus dapat 5A 3B. result baik tu

    ReplyDelete
  12. tqvm..:)

    http://www.hafizhafizol.my/2014/01/update-senarai-bloglist-2014.html

    ReplyDelete
  13. salam.. singgah dan follow sini :-) follow me back?? http://aliyahsyofia.blogspot.com/

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥