BERSAMA kesulitan ada kemudahan.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan 
Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Seriously i love too much to hear his voice. SubhanAllah.

Hari ni miza nak kongsi sedikit dan membongkar rahsia The Power of Surah Al-Insyirah ni. Perkongsian kali ni pun melalui pengalaman apa yang miza lalui.

Surah Al-Insyirah atau dikenali sebagai surah As-Syarhi atau Alam Nasyrah.

Miza suka sangat surah ni. Benar ya Allah apa yang Allah firmankan. Tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan.

Allahhuakbar, Sebenarnya kita boleh nampak sendiri dan boleh rasa sendiri setiap kesulitan yang Allah hadirkan tu sebenarnya ada kemudahan.

Sering kali kita sebagai manusia merasa berat menanggung sebuah ujian sehingga kita meninggalkannya dan lari daripada masalah. Padahal jika kita bertahan dan bersabar hingga ke akhir ujian, Allah swt telah menyediakan untuk kita sebuah kemudahan dan kemanisan hidup. Maka jika kita lari sebelum masalah itu selesai, tentulah kita hanya berasakan pahitnya sahaja tanpa pernah merasakan kemanisannya.

Ada hamba Allah ni bagi tahu.
"Sebab tulah Allah hadirkan kesulitan kerana sebenarnya Allah nak hadirkan kemudahan buat kita. Cuba bayangkan kalau kita sentiasa berada di 'zon selesa' pasti kita takkan merasai kenikmatan untuk merasai kemudahan disebalik kepayahan itu"

Kalau Allah sendiri yang bagi jaminan terhadap kita. Siap Allah ulang dua kali dalam surah ni. Apa lagi yang kita nak risaukan kata masalah tak boleh diselesaikan ?

'Aku lebih yakin dengan janji dan jaminan Allah daripada matahari yang janji akan terbit keesokkan harinya'

Antara bersama kesulitan yang miza sendiri rasa dalamnya bersama kemudahan semasa peristiwa rumah miza terbakar 13 Disember 2012. Boleh baca kisahnya di entry ini. SubhanAllah sungguh Allah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dan banyak lagi lah. Time exam. Terlalu banyak pertolongan Allah. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Allahhuakbar :')
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?
-Ar-Rahman-
Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
-Al-Baqarah : 186-
Ada satu malam ni miza dengan kawan-kawan buat satu discussion time LDK. Then tiba-tiba i lost my idea to tell them. My friend told me to read surah Al-Insyirah.

"Miza cuba istighfar, selawat and baca surah Alam Nasrah"

I do what she told me. And it's amazing ! Like a magic ! SubhanAllah. Alhamdulillah tak sampai 2 minit atas izin Allah ingat balik idea apa yang nak diluahkan.

My friend smile to me and yeap Islam is very wonderful religious 

My father always told and remember me that
"Kita untung sangat hidup dalam islam sebab kita punya Allah yang sentiasa bersama kita"

Kata kuncinya, NEVER GIVE UP dengan apa jua rintangan dan ujian yang Allah hadirkan. YAKIN dengan janji-janji Allah bahawa pertolongan Allah tu sentiasa ada bersama.

Jangan pernah ragu-ragu walau sekecil zahrah dalam hati mengenai Allah. Kalau ada terdetik cepat-cepat. Istighfar.

Astghfirullahalazim.


Asbabun Nuzul.

Dalam sebuah riwayat, dinyatakan bahawa ketika turun ayat keenam daripada surah ini, Rasulullah SAW bersabda: "Bergembiralah (hai orang Mukmin) kelak akan datang kemudahan bagi kamu, kerana satu keulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan."


Sumber : Siri Bacaan Ana Muslim (Al-Quran Pertamaku -Juzuk Amma)

Credit : The Owner
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

12 comments:

  1. Betul.
    Qila pun Alhamdulillah dh hafal lepas nenek Qila ckp surah ni untuk terang hati baca before study, baca buku, etc wiwiwwi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah besar pahala nenek qila ^_^

      Betul betul. Miza pun tngh try baca surah ni bila mula belajar.

      Delete
  2. Terima kasih atas perkongsian ni ya Miza :)

    ReplyDelete
  3. nice sharing dear ^^
    stiap ksulitan ade hikmahnya. bsabarla :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul tu kak. yakinkan diri dengan janji-janji Allah :)

      Delete
  4. nice sharing.. bila dihayati betul2 surah ni. rasa macam nak nangis.

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang bermakna..
    manusia ni kandang2 selalu mengeluh jika di timpa sedikit kesukaran dalam menempuh hidup..
    peringatan untuk diri sendiri juga ini.. ada masalah tu renung balik apa hikmah disebalik semua itu

    ReplyDelete
  6. Merdu sangat suara die. Ya Allah :'(

    NIce sharing dear..

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥