Mimpi pelik.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat serta dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Tahun baru 1.1.2014 sebenarnya keluarga miza Allah beri ujian. Pagi tu dalam pukul 10 lebih kurang dapat panggilan banyak juga la and ada la juga yang datang rumah bagi tahu ayah miza accident depan kampung Parit Haji Ali, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Accident motor dengan kereta.

Ayah naik motor, then ada kereta keluar sempang ayah tak dapat nak elak sebab sebalah kanan ayah ada lori traler. Nak tak nak terpaksa hentam kereta tu

Nasib masa tu adik beradik miza ada. So kami semua terus pergi ke hospital dekat wad kecemasan.

Teruk tak teruk la. Tulang rusuk kiri patah macam retak la 4 batang dengan kaki kiri patah (open fracture).

Tapi alhamdulillah dah balik rumah dah. 4 minggu genap dekat hospital. Hari selasa, 28.1.2014 balik.

-----------------------------------------------

Masa hari pertama ayah masuk hospital, 1.1.2014  abang dengan ibu yang jaga ayah kat hospital. Miza dengan kakak balik.

Malam tu dah siap mandi, solat Isyak, ambil wuduk terus tido. Time tu miza tido kat ruang tamu bentang tilam sorang, kakak dalam bilik. Dekat pukul 11 atau 12 la miza tidur.

Dalam mimipi tu miza rasa macam dekat hospital. Miza dekat dalam sebuah bilik. Sunyi sepi, tak ada siapa-siapa. Hanya ada miza dengan seorang bayi. Ada seorang bayi then miza pegang. Miza dukung dia. Lepas tu miza letak dalam katil bayi yang selalu kita tengok dekat hospital tu. Nasib tak susukan. Allah.

Dah letak miza pergi mana tah lagi sebuah bilik, jalan.. ada rasa macam seram sejuk la. 

Allahhuakbar, bangun-bangun dalam pukul 1 ke 2 ke 3, tak berapa ingat, pandang cermin dapur macam nampak benda putih. Terus baca apa-apa ayat.

Ingatkan pada hati, "Kau hanya boleh takut pada Allah ! Allah sahaja ! Allah ! Allah SAHAJA yang dapat melindungi kau"

Then terus masuk bilik sambung tido. Esok pagi kakak tanya kau perasan tak abang balik semalam ? Miza cakap Tak.

Siap-siap pergi hospital cerita dekat ibu dengan abang. Ibu tanya,

Dia ada menyusu dekat badan ke ?

Tak ada.

Kalau ada bahaya, sebab ustaz cakap benda tu masuk dalam badan.

Abang malam tadi masa balik rumah nak ambil baju untuk esok dalam peralanan macam ada benda ikut and ada rasa meremang gak. Wallahhu A'lam.

Ustaz ada cakap kalau kita mimpi ular, bayi tu adalah jin. Wallahu A'lam. Tapi alhamdulillah dah tak ada mimpi apa dah. Allahhuakbar =')




Ada ustaz ni pesan pagar diri kita daripada ini semua sebelum tidur, 

1. Ambil wuduk
2. Baca ayat 3 Qul ( Surah Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
3. Baca ayat Qursi
4. Baca doa tido.
5. Mengucap 2 kalimah syahadah

And jangan lupa surah surah Al-Mulk =)

Insyaallah, dengan izin Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

6 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Penah jugak mimpi macam ni. Mimpi ular kejar lah mimpi main dengan budak2. Takut. Kadang 2 sampai ke subuh baru sedar. Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Semoga ayah Miza cepat sembuh. Lepasni tidur lah berteman, semoga keluarga kamu sentiasa dilindungiNya :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah . Nizam tak pernah lagi mimpi buruk mcm ni .

    http://belogcapnutella.blogspot.com/2014/01/beza-abc-dulu-dan-sekarang.html

    ReplyDelete
  4. ee pernah baca yang kalau mimpi budak budak menyusu etc tu. ada somethg like sihir etc nak dtg dekat kita.
    wallahu.
    look after yrself miza =)

    ReplyDelete
  5. moga Allah lindungi diri miza dan keluarga :)
    dan moga miza tabah hadapi ujian Allah :)

    ReplyDelete
  6. Semoga kite terhindar dari jin jin semua.
    Akak pernah mimpi ular. And mimpi ngeri 4 hari berturut turut

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥