Masih punya harapankah aku ?

Bismillahirrahmanirahim.
owner
Allah berfirman dalam surah Az-Zummar, ayat 53, maksudnya:
Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya kecuali dosa syirik. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Betapa Allah nak tunjuk kasih sayang-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 43, maksudnya:
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahhuakbar. 

Moga Allah akhiri kehidupan kita dengan kalimah

"LaillahaillAllah."

Moga Allah redha.
Moga Allah pimpin kita pulang kembali ke jalan-Nya.

"Jangan pernah engkau rasa putus asa dari rahmat Allah."

"Kadang hidayah Allah dah sampai depan mata kita tapi kita yang mengsia-siakan kedatangannya."

"Ambil peluang. Jangan tunggu sampai esok."

"Kehidupan kita yang paling besar ialah untuk redha Allah. Itu penentu segala-galanya. Orang boleh nilai kita, kita boleh nilai kita, orang boleh perasan diri kita, kita boleh perasan diri kita. 

Tetapi satu keputusan di akhirat, redha Allah atau tidak kepada kita, tentukan siapa kita. Siapa diri kita? Saya boleh bercakap boleh menulis apa saya nak cakap nak tulis. 

Tapi kat akhirat satu keputusan Allah penentu hidup kita. 

Sebab itu jangan pernah kita hidup, buat apa jua sekalipun selain kerana Allah. Tujuan hidup kita kerana untuk kita dapat redha Allah. 

Sebab itu tanam sungguh-sungguh kehidupan kita ialah untuk dapat redha Allah, untuk Allah sayang kita, untuk Allah terima kita. Itu tujuan kita. Allahua'lam"-Ustaz Ebit Lew.

Allah berfirman dalam surah Al- Fajr, ayat 27-30, maksudnya:
Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya Maka  masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.
Moga ramadhan yang berbaki ini kita rebuti untuk mengambil peluang bertaubat kepada-Nya.
Moga kita semua sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Fi Hifzillah kawan-kawan semua.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

4 comments:

  1. Semoga allah permudahkan segala urusan miza syg.. selamat hari raya sayang. kosong2..hehe

    ReplyDelete
  2. Aamiin. InsyaAllah sayang. Moga buat dirimu juga. Allah Yuftah Alaikum. ^_^ Ehh belum raya lagi k :P

    ReplyDelete
  3. inshaallah.. semoga apa kite buat salu dpt kredhaan ALLAH. aminn :)

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥