Macam mana nak jejak kalau tak ada kesan langsung ?

Assalamualaikum. . .

Apa khabar iman kita hari ni ? Moga sentiasa dalam lindungan Allah. Amin. 

Hari ni nak meluahkan perasaan yang tak terluah bila melihat gelagat pengunjung yang datang bertandang kemudian belah macam tu je. Nasib ini tempat bukan tempat beli kemudian belah. At least dapat la keunutngan. kehkhekhe $_$

Yaaa miza sedih, sedih dengan sikap segelintir pengunjung. Dah terang lagi bersuluh siap kat header tu dah pasangkan lampu kasi terang tak kan gelap lagi ? Terang terang tulis :
"Mohon sertakan NAMA dan URL BLOG kawan-kawan ya. Terima Kasih."
 Awak tahu tak kalau berlaku macam ni, macam mana miza nak jejak awak balik ? Ya Allah sedihnya rasa 

Miza akui miza ada singgah blog saudari ni. Alhamdulillah dia sudi membalas kunjungan. Tapi macam mana miza nak membalasnya ? Kalau dah sekali buka laman web sampai 4,5,6,7 tab dibuka kemudian tutup tanpa mengingati tadi buka apa. Mana la nak ingat =,=" 


Nampakkan perbezaan diantara Dila, pykah, Cik Chokie dan Izzaty ? Nama Dila dan pykah tiada line dibawahnya ini bermaksud tiada URL BLOG disertakan. Maka miza tak kan dapat balas kunjungan. By the way Jazakillah khairan kathira, terima kasih sebab sudi follow =')

Walau macam mana pun miza tetap akan cuba sedaya upaya untuk menjejakinya kembali namun gagal! 


Nampakkan perbezaan di situ ? Dekat Shoutbox tak ada jejak malah dekat maklumat di followers pun tiada LINK BLOG/URL BLOG. Pening memikirkan macam mana nak balas jasa baik yang telah dilakukan.  

Huhu hanya mampu berdoa Semoga Allah membalas jasa baik kawan-kawan yang sudi singgah serta memberkati dan merahmati kawan-kawan bersama keluarga tercinta. Amin. =')

Miza harap sangat selepas ni tiada lagi berlaku seperti ini lagi. Semak betul-betul tau lepas ni. 


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

33 comments:

  1. betul2.. akak selalu terkena.. nak jejak balik xde link.. n lagi satu yg pakai google pnya tu susah la nak detect url blog dorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah kita kak, apakan daya. Hanya mampu mendokan yang terbaik sahaja la. Moga-moga Allah membalas jasa baik mereka ^___^ Huhu miza pun kadang-kadang pening nak detect ada blogger yang suruh pakai tapi miza tak nak. Lebih selesa yang biasa :) Huhu

      Delete
  2. hu3..biasa la 2 =) sy pn pernah kena camni dn pernah bt entri sal ni..hu3 kalau dh cari2 xjumpe..nk buat mcm mn kn..xfollow back la jwbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar saja la ^___^ sebenarnya selama ni biarkan je. Tapi nak luahkan jugak apa yang terpendam. :')

      Delete
  3. cer google nama dia.. kadang2, jumpa gak.. tapi, acap kali MIA... hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang dah google tapi susah nak detect yang mana satu ^^" Terima kasih atas informasinya. MIA ?? Apa itu ?

      Delete
  4. kan? rasa sedih gila bila tak dpt nak follow dan singgah balik blog org yang dtg blog kita... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi semoga Allah membalas jasa baik mereka =)

      Delete
  5. selalu juga jaid mcm ni... hihi^^

    ReplyDelete
  6. aah..sama la
    moga mereka perasan n bubuh link pd nama profile

    jemput baca & komen entry yumida:

    http://umikasum.blogspot.com/2013/08/jom-komen-blog-jejaka-jambu-aka-mr-nan.html

    pengomen bertuah bakal memenangi hadiah..jemput la singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Nanti ada kesempatan miza singgah. Terima kasih atas jemputannya. Ni pun mungkin online kejap =')

      Delete
  7. miza jgn sedih2..i'm olwes bw here ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi terima kasih pyka sudi singgah ^___^ Akhirnya datang juga tuan punya badan. Jazakillah khairan kathira :D

      Delete
  8. miza jgn sedih2..i'm olwes bw here

    ReplyDelete
  9. Alahai...kalau akk , geram juge dibuatnye..tapi
    akak buat donno je la kalau jd macam tu...
    sebab, dia suruh follow tapi x tinggalkan link blog dia...

    then...bio je la..hahaha :d

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkihkih amboii akak . Mana tahu dalam diam-diam dia hadir kembali :D heee

      Delete
  10. Pernah dan selalu jugak kena begini U.U

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar.. sabar.. hanya mampu jadikan iktibar kepada diri sendiri ^_^

      Delete
  11. selalu gak cmni..so takleh nak buat apa.huhuh

    ReplyDelete
  12. salam cik chookie...tq msukkan blog sy dlm list...blog cik pun dh ada d blog sy...kwn2 yg lain nk join pun bleh :)

    blog sy
    Azim Aris

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh. Sama-sama abang azim. ^_______^

      Delete
  13. yes betul tu! ini masalah paling besar. haha
    selalunya mmg susah nak follow balik sbb tak dpt nak track link blog org yang follow blog kita.

    oh ya, yang sync guna acc google+, harap sangat letak link blog sendiri kat detail contributor tu. tak pun ping je entri2 baru kat acc sendiri. hehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tapii kadang-kadang kita yang singgah confuse mana satu link blog dia bila dia ping entry disitu :')

      Delete
  14. Replies
    1. mungkin ^___^ Bersangaka baik saja lah ;)

      Delete
  15. dia terlupa nak taruk link la tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul. positifkan minda. Bersangka baik :)

      Delete
  16. Tak pernah pulak alami sebegini XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bagus lah kalau macam tu :D

      Delete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥