Barakah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum and hai awak yang tengah baca ni. ^_^
Moga awak sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah.


Kadang kita nampak benda ni kecik dan simple je kan, tapi sebenarnya kesannya besar sangat dalam kehidupan kita. 

Pensyarah miza selalu pesan,

"Awak nanti nak ke dah kerja hasil kejayaan yang awak dapat tu sebenarnya dari hasil awak meniru? Orang pun tak nak respect walau setinggi mana kejayaan kita tapi kita menipu."

Sebab tu ada konsep 'tawakal'. Kita sudah usaha sehabis mungkin, sampai di dalam dewan periksa kita serahkan pada Allah moga Allah berikan kita daya ingatan yang kuat, tajam pemikiran dan diterangi hatinya.

Hari tu masa kelas Dinamika, puan nasihat

"Awak nanti kalau nak doa jangan mintak soalan mudah sebab kadang-kadang diberi soalan mudah pun kita tak boleh jawab. - Tapi doa minta kat Allah soalan yang keluar ni nanti semua soalan yang awak boleh jawab dengan mudah dan lancar dengan jayanya. Alamat doa tu kena betul." =)

Yes, bila time test, quiz, final exam kita memang tak boleh tengok buku langsung. Yela dah nama pun ujian. Memang kena gantung result exam la kalau kena tangkap. Silap hari bulan boleh masuk lokap. 

Tapi perasan tak kita ada satu ujian bila kita mencari jawapan dengan rujuk buku siap bincang dengan kawan tak ada siapa marah atau tegah kita. Malah makin disarankan lagi. 


Ini lah kitab yang apabila ujian diberi kita boleh merujuknya. Malah apabila ujian sedang kita hadapi, kita buka dan kita baca akan ada satu ketenangan meresap dalam jiwa sanubari kita. SubhanAllah. Ajaibnya! Bukan itu sahaja, jawapan ujian kita tu selalunya akan terjawab dalam kitab ni. 

Yang paling menariknya tentang kitab ini apabila kita sedang diuji. Bukalah mana-mana muka surat kat situ nanti akan ada jawapannya. Tak perlu kita cari. Ya Allah hebatnya mukjizat kitab ini.

Yaa kitab ini lah yang dinamakan Al-Quran nur qarim. Satu mukjizat ya Allah turunkan kepada Rasulullah saw sebagai petunjuk rujukan, rahmat buat sekalian alam. 

Dalam al-Quran Allah berfirman dengan jelas dan nyata,

Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Quran) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman. [Surah Yunus, 10:57]
...(Al-Quran) itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya, menjelaskan segala sesuatu, dan (sebagai) petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yusuf, 12:111]
Alif Lam Ra. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang Mahaperkasa, Maha Terpuji. [Surah Ibrahim, 14:1]
...Dan Kami turunkan Kitab (Al-Quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri(muslim) [Surah An-Nahl, 16:89]
Katakanlah, "Rohulkudus (Jibril) menurunkan Al-Quran itu dari Tuhanmu dengan kebenaran, untuk meneguhkan (hati) orang yang telah beriman, dan mejadi petunjuk serta khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah) [Surah An-Nahl, 16:102]
Dan banyak lagi lah Allah rakamkan dalam Al-Quran. Complete.

Hadis Nabi Muhammad s.a.w : “Aku tinggalkan kalian untuk dua perkara, kalian tidak akan sesat selama berpegang padanya, iaitu kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah s.a.w. (Hadis riwayat Muslim)

Malam tadi masa ceramah maulidurrasul ustaz cakap,

Orang Islam zaman sekarang kat Malaysia ambil al-Quran hanya untuk halau jin. #sentap #deep. Allah.

Padahal Al-Quran mengandungi sumber ilmu terpenting.

Sebelum miza akhiri penaipan entri kali ni nak ajak kawan-kawan yang sama-sama tengah study week ni atau di mana sahaja jangan pernah tinggal al-Quran walau sehari. InsyaAllah apabila kita baca al-Quran tiap hari ilmu itu akan mudah masuk kedalam jiwa kita.

Hal ini kerana Al-Quran merupakan cahaya buat kita.

Allah Yuftah Alaikum buat semua mahasiswa di seluruh Universiti di Malaysia. Moga Allah permudahkan segala urusan kita, diberi ingatan yang kuat, diberi ketajaman akal fikiran, dilapangkan dada, diterangkan hati sebagaimana Allah terangkan hati orang-orang yang beriman, bertakwa dan orang-orang soleh yang Dia kasihi. Aamiin.

Bitaufiq Wannajah Fil Imtihan Final Sem. Moga berjaya dan bahagia dunia akhirat.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Apa itu Geoinformatik ?

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalamualaikum semua and hai. =)

Field work yang ketiga: Survey by using stadia tacheometry. Alat tu namanya "Theodolite".

Hari ni miza nak share tentang kos yang miza ambil sekarang ni. Kebanyakkan orang tak tahu pun kos Geoinformatik ni. Bila orang tanya,

"Miza ambil kos apa sekarang ni?"
"Geoinformatik."
"Haa? Apa tu?"

Jujur dulu pun miza blur gak nak terang kat orang tentang kos miza ni. Dulu, miza mampu jawab

"Alaa kerja kat tepi jalan tu, yang ukur-ukur tu."

Actually, kos ni bukan kerja ukur jalan tu je huhuu. Bidang dia luas. Even baru 1 sem miza kat UTM ni, alhamdulillah la serba sedikit dapat pencerahan tentang kos ni dari pensyarah walaupun banyak lagi ilmu yang perlu miza dalami. And Yes makin hari makin jatuh cinta dengan kos ni. :*

"Semakin seseorang itu berilmu, semakin panjang akal fikiran dia, dan semakin banyak benda yang dia tidak tahu."
Apa itu Geoinformatik ?

Geoinformatik ini adalah GEO + INFORMATIK.

GEO = of or relating to space / kawasan bentuk muka bumi.
INFORMATIK = Maklumat.
Senang kata,

GEOINFORMATIK = Data bentuk muka bumi yang kita perolehi, kita transfer kepada sebuah maklumat dan maklumat itu kita sebarkan kepada pengguna.
Geomatik dengan Geoinformatik 2 benda yang berbeza. Masing-masing ada bidang tugas dan kepentinggannya. *Geomatik miza cerita lain la ea insyaAllah.

Geoinformatik ni kami more to technology. Senang kata macam waze, google maps, google street view is one of bidang kerja geoinfo ni.

Dalam kata lain, geoinformatik ni juga bidang kerjanya adalah penghasilan peta.

Dari bentuk muka bumi sebenar kita ambil data dia, lepas tu kita transfer jadi sebuah makumat dalam betuk peta menggunakan software.

Geoinformatik ni juga fokus kepada sistem GIS (Geographic Information System) dan RS (Remote Sensing).

Miza ingat lagi, masa matrik pensyarah miza cakap kalau nak masuk UTM pointer kena 3.50 above. Tapi miza alhamdulillah dapat 3.44 PNGK time tu. Alhamdulillah Allah pilih dan izinkan miza masuk kos ni dan kos ni adalah pilihan kedua miza. Pilihan pertama miza pilih Geoinformatik kat UTM juga.

Buat masa ni tu jela perkongsian yang miza nak share. Hope dapat la beri gambaran serba sedikit buat adik-adik SPM, matrikulasi, asasi, kawan-kawan akak akak abang abang diploma yang nak isi upu.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kat ruang comment ni. InsyaAllah miza cuba jawab and insyaAllah miza try untuk kosngsikan pengalaman sem 1 miza kat lain post.

P/S: Sekarang ni tengah study week. 29/12 dah start final. Doakan ea. Allah Yuftah Alaikum ^_^

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Call Ayah.

Bismillahirrahamanirrahim.

Hai korang. Maaf sebab lama sangat tak update blog ni. Lama sangat menyepi. ^^"

Hari ni nak cerita pasal ayah miza. Tetiba rindu kat ayah.



Hari tu miza call rumah, then yang angkat ayah. Miza jenis kalau ayah dah angkat, miza akan bual dulu dengan ayah lepas tu baru cari ibu. Hahahaha.

Sebab dulu pernah masa miza kat rumah, abang kakak asyik bila call je cari ibu. Sampai satu hari tu ayah merajuk. Alahai ayah kesayangan adik ni :') 

Then bual-bual la dengan ayah,

Miza: Ayah sihat?
Ayah: Adik sihat?
Miza: Alhamdulillah sihat.
Ayah: Alhamdulillah ayah pun sihat.

Miza: Ayah dah makan?
Ayah: Adik dah makan?
Miza: Alhamdulillah mimi dah makan dah tadi.
Ayah: Alhamdulillah ayah pun dah makan.

Miza: Ayah buat apa?

Ayah: Adik buat apa?
Miza: Adik tengah cakap dengan ayah la.
Ayah: Ayah pun tengah cakap dengan adik la.

Lepas agak dah puas cakap kat ayah, mula lah miza cari bidadari syurga buat ayah :*

Miza: Ayah... Nak cakap dengan ibu.

Ayah: Adik... Nak cakap dengan ibu.

Miza: Ayah.... Nak cakap dengan ibu.
Ayah: Ibu keluar la dik.


Ya Allah comel je ayah miza ni. Rasa macam time tu jugak nak balik rumah salam, peluk, cium ayah. Sejuk je setia kali tengok raut wajah ayah. Moga Ayah ibu sentiasa dalam pelukkan kasih sayang dan rahmat Allah :') <3