Saya mahasiswi KMJ.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Nak diikutkan memang jumaat minggu lepas, 6 jun 2014 gerak pergi uitm perlis. Tapi hari tu juga keputusan rayuan matrikulasi keluar. Tak jangka pun ni semua. Tapi ibu kata ibu lebih redha miza ke kmj sebab dekat.

Bila difikir-fikirkan tiada yang kebetulan di dunia ni. Semuanya Allah dah tentukan. Allah lebih tahu mana yang terbaik buat hambanya. Tinggal kita untuk terima dengan redha dan menjadi hambaNya yang bersyukur. Redha ibu ayah tu penting untuk kita menuju kejayaan. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Kalau ayah ibu tak redha tak kemana kejayaan kita tu. Allahhuakbar :')

Esok pagi-pagi lepas subuh insyaAllah gerak pergi KMJ dekat Tangkak, Muar. Ambil masa inysaAllah dalam dua jam dari rumah. Doakan miza ye sahabat-sahabat semua. Nebess kot. Allah. Orang kata kmj ni strick sikit. Disiplin dia ketat macam sbp. But i don't care, insyaAllah suatu pengalaman buat miza. Hope gua kuat. Sadokan hati miza. Qawi lillahi ta'laa. takbir. Allahhuakbar !

I'll miss uolls. Salam sayang dan rindu dari mija omey <3 Hahaha. Jazakumullahu khairan kathira. Moga Allah permudahkan segala urusan, Moga Allah redha. Aamiin. :'DDDD

Aamiin ya Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Tips: Cara jawab fizik kertas 3 spm - Bahagian B

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Memandangkan miza dikirakan masih fresh (SPM'er 2013) So nak share ilmu cara jawab kertas 3 fizik spm bahagian B (eksperimen) untuk bantu adik-adik yang ambil subjek fizik lahir tahun 1997 above. Daripada ilmu tu hilang macam tu baik kongsikan. Chill. Fizik senang. Betulkan mindset ok :))) 

Kalau ada apa-apa boleh tanya. Ilmu milik Allah ni miza dapat daripada cikgu-cikgu miza dan ketua penanda kertas fizik masa kem ibnu sina. Korang boleh rujuk kat cikgu-cikgu korang ye.

Actually kalau adik-adik perhatikan soalan-soalan spm tahun-tahun lepas, bentuk soalannya sama je. So korang dah boleh aim jawapannya. Miza sarankan korang beli buku spm tahun lepas yang bentuk soalan (year by year). Miza tak galakkan korang beli chapter by chapter nanti korang susah nak tengok bentuk soalan spm macam mana. But depends on you. This just suggestion. Ok we go through. ^^"

Sebelum tu miza minta maaf sebab tak dapat terangkan bahagian A sebab tengah buntu macam mana nak terangkan dalam blog ni. So miza hanya dapat kongsikan cara jawab bahagian B terdiri daripada soalan 3 dan 4 (soalan pilihan). Pilih experiment mana yang nak jawab. 

Kebiasaannya soalan 3 daripada experiment form 4. Soalan 4 daripada experiment form 5. So korang dari sekarang dah boleh target nak pilih yang mana. Kalau miza ofcourse ambil form 4 punya. Senang nak ingat bagi miza. 

Peringatan : Cara pemarkahan kertas 3 bahagian B fizik, kimia, biologi adalah tidak sama !
Mohon bukak buku soalan-soalan tahun lepas untuk buat rujukan bagi faham. Ni miza terangkan berdasarkan SPM 2013 tau. So korang tengok soalan 2013 punya soalan nombor 3 miza pilih. (hasil simpanan soalan-soalan spm aku XD) hahaha sayang punya pasal.

P/S : sorry tak dapat nak upload soalan spm 2013 TT____TT. Tengok la pinjam fon akak miza nanti. Kalau boleh upload miza upload.

-----------------------------------------------------------------------
*Warna biru tu contoh jawapan miza masa spm 2013 ^_^ Boleh tunjuk kat cikgu korang. Hihi
*Warna hitam diboldkan tu wajib ada masa jawab kertas 3 fizik bahagian B ni.

BAHAGIAN B FIZIK KERTAS 3.
Soalan 3. - Soalan mengenai depth and pressure.
- Diberikan 2 gambar situasi yang berbeza untuk kita kaitkan dengan konsep fizik yang kita dah belajar

Based on the observation:
a) Inference :
RV depends on MV

The pressure depends on the depth.

b) Hypothesis :
Increase MV, increase RV.
atau
Decrease MV, decrease RV.
atau
Increase MV, decrease RV (atau sebaliknya)

Increase the depth, increase the pressure.

c) With the use of apparatus such as a thistle funnel, U-tube, container, rubber band, rubber sheet and other apparatus, describe one experiment to investigate the hypothesis stated in 3(b).
 *dalam ayat ni dia ada nyatakan apparatus apa yang digunakan dalam eksperimen. So ini dikira clue untuk korang tahu eksperimen mana yang kena jalankan*

i. Aim :
To investigate the relationship between MV and RV.

To investigate the relationship between the depth and the pressure.

ii. Variables:
Manipulated variable (MV) : yang berubah-rubah
Responding variable (RV) : seuatu yang bertindak balas
Fixed variable (FV) / constant variable (CV) : bacaan yang tetap (jangan tulis the type of..., the brighness... sebab terlalu umum)

Manipulated Variable : The depth
Responding Variable : The pressure
Fixed Variable : The volume of water.

iii. List of apparatus :
- tuliskan dulu apparatus yang dia dah tulis kat ayat C.
- mesti ada alatan untuk dapatkan / alat mengukur MV dan RV.
- mesti ada alat yang menyebabkan eksperimen ni berlaku.

Thistle funnel, U-tube, container, rubber band, rubber sheet, meter rule, retort stand, water, water colour.

iv. Arrangement of apparatus (gambar rajah) :
- Lukis berdasarkan apparatus.
- Biar tak cantik, free hand pun tak apa janji LABEL.
- WAJIB LABEL !
gigih kau, aku lukis benda ni. Nasib ada paint tool sai XD Lebih kurang macam ni la lukisan miza lukis masa spm hari tu. Ehh memang gini la miza lukis. hahaa.
v. Procedure :
1. How you using manipulated
2. How you get responding variable.
3. Repeat experimen.

Skema jawapan procedure
1. Start the experiment with use 20cm the depth of water.
2. Using the meter rule to measure the levels of liquid in the U-tube and record the readings.
3. Repeat the experiment using 40cm, 60cm, 80cm, 100cm the depth of waterr.
*Korang just tulis macam ni. Tak perlu tulis berjela macam kimia dengan bio. Dah dapat full mark untuk procedure korang.
*Nilai tu boleh ikut suka korang nak letak berapa. 
*Nilai kesemuanya mesti ada 5 campur nilai kat nombor 1 dan nilai kat nombor 3.
*Boleh ikut ayat miza yang blodkan tu. Hafal je yang tu. Yang tak blod tu korang ganti dengan MV, RV, nilai, alat untuk mengukur.

vi. Tabulate data :
          MV                   RV
the depth / cmthe pressure / Pa
20
40
60
80
100
*kotak belah kiri untuk MV. Kotak belah kanan untuk RV
*ruang kotak RV tinggalkan kosong.
* UNIT wajib letak (m / kg / s / K / A)

vii. Graph :

*Tak perlu plot. Tinggalkan kosong macam tu je.

p/s : kalau korang perasan. Soalan ni mcam couple. Sama je MV dengan RV dia. Just tak ada time number iii, iv je. Senangkan ? :DD
-------------------------------------------------------
Alhamdulillah. Wallahu a'lam. Kalau ada kesalahan tegur la. Kalau ada yang tak faham tanya. InsyaAllah miza cuba bantu adik-adik miza ni ^___^

Semoga berjaya buat adik-adik yang akan menduduki SPM 2014, SPM 2015, SPM2016, dan seterusnya. Bitaufiq wannajah fil imtihan ! Akak doakan moga adik-adik akak ni dapat keputusan yang cemerlang dunia akhirat.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

p/s: Hari jumaat ni dah gerak pergi uitm arau perlis. Doakan miza ye kawan-kawan. Moga Allah redha :'))

Wordless #4 : Teka-teki paling deep !

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Dah jom pi solat.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.