Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Subahanallah. Maha Suci Allah.
Alhamdulillah. Segala Puji Bagi Allah.
Allahhuakbar ! Allah Yang Maha Besar.
Seperti mana kita semua sedia maklum bahawa pada 20 Mac 2014, Khamis maka diumumkan keputusan SPM bagi calon-calon SPM 2013, batch's 96. Alhamdulillah miza salah seorang daripadanya. Hihi.
Apa pun syukur sangat walaupun result biasa-biasa. Tapi Alhamdulillah sebab miza tahu usaha, dan kemampuan miza takat mana. Walaupun hanya sederhana, peristiwa PMR 2011 tidak berulang. Time dapat, Alhamdulillah kelihatan tenang, ibu ayah terima dengan redha. Allah bahagia sangat sebab dapat rasa keberkatan dan keredhaan Allah itu ada bersama. Allah Allah Allah. Luasnya rahmatMu ya Allah.
Nak tahu ke ? Syukur Alhamdulillah result SPM miza biasa je. Apa pun ini semua rezeki Allah beri. Dengan atas izinNya, Allah bagi miza 3A 1A- 2B+ 2C+ 1C 1D ^_____^
Alhamdulillah sedikit sebanyak terubat hati, apabila ada seorang ustazah ni bagi tahu dalam hadis rasul, Rasulullah Sollallahu A'laihi Wa Sallam bersabda, mafhumnya :
Aku kagum dengan seorang mukmin apabila dia mendapat kebaikan lalu dia memuji Allah dan bersyukur. Dan aku kagum dengan seorang mukmin apabila menadapt keburukan dia memuji Allah dan bersabar. Moga kita semua memiliki 2 sifat ni. Sntiasa bersyukur dan bersabar. Allahhuakbar ! ='))
Kepada diri dan kawan-kawan yang ambil keputusan SPM hari tu, Jangan kecewa atau sedih jika dapat keputusan yang kurang memberansangkan, tabah dan redha lah. Flashback masa lalu, keputusan itulah hasil usaha kita. Tapi yakinlah Allah lebih Maha Mengetahui segala-galanya. Jangan bersangka buruk pada Allah. Allah lebih Maha Berkuasa.
Dalam surah Ar-Rahman, Allah mengulangi ayat ini sebanyak 31 kali. Allah berfirman,
Bismillahhirahmannirahim.
Maksudnya : "Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan ?"
Sodaqallahul `Azim. Maka, benarlah kata-kata Allah itu. Pujuk diri, pujuk iman, pujuk hati jadilah kita hamba Allah yang sentiasa bersyukur. Sesungguhnya Ilmu Allah itu Maha Luas jika dibandingkan dengan kita yang cetek ilmu ini.
Tapi ingat, jika kita dapat 12A sekalipun, cemerlang mana sekalipun, kalau tak solat, tak tutup aurat, tak puasa di bulan Ramadhan, derhaka kat Mak Bapak, 12A tu layak dicampakkan dalam loji najis je. Betapa hinanya seorang muslim itu kalau derhaka pada Allah dengan melakukan laranganNya. Biarlah kecemerlangan dunia dan akhirat itu seiring.
Pesanan guru big brother Syapik Hassan :
Berjaya ilmu dunia, gagal ilmu akhirat = gagal dunia dan akhirat.Nampak ? Ilmu akhirat (ilmu agama, fardhu ain, dan amalan ibadah) adalah lebih utama.
Berjaya ilmu akhirat, gagal ilmu dunia = berjaya dunia dan akhirat
Berjaya ilmu akhirat dan ilmu dunia = berjaya dunia dan akhirat
Moga kita semua menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Aamiin.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam


congratz kak mizah. mesti result gempak ni ^^
ReplyDeletewoah..bpe?nk tau jgk..well,tahniah!!!
ReplyDeleteHi akak, Taufiq singgah sini ye :)
ReplyDeleteJemput singgah blog Taufiq awksweetgitu.blogspot.com :)
nak berjaya dunia dan akhirat!!!!!!!!!! <3
ReplyDeleteheee congrats mizaaaaaaaaa wow banyak gila AAAAA tuu oiii hihihi <3
Subhanallah. :D Betul, tapi kan miza. Family qila kan..............
Hm. Abah dan umi ok cuma yang pakcik makcik tu.....
Haih. Bila qila dapat result teruk. Kemain lagi kutuk qila...
Tapi bila anak dia Allah nak tunjuk kuasa Allah. Anak dia tak berapa nak ada A,
Terus diam. Pastu dan dan lah cakap, buat apa mengejar Straight A's. Bla bla bla.
Bukan apa, manusia selalu tak mengaku kesalahan sendiri. Selalu sedap kan hati je kan miza?
Thank you so much. Entry ni mmg sangat bagus, redha dengan keputusan allah.
Tahu kenapa Allah tak bagi :)
Qila pun menyesal buat dosa dosa dulu. Astaghfirullahal'azim :((
alhamdulillah :) terima kasih miza, hope that we can be friends! Lillahi ta'ala :D
Alhamdulillah. Tahniah miza :-D
ReplyDeleteTeruskn usaha yea.
dah comel tu result mizah. tahniahh :)
ReplyDeletetahniah miza.. after this, kerja keras lagi.. semuanya dah berlalu.. nice sangat kata2 dr ustazah tu :)
ReplyDeletetak semestinya berjaya di dunia akan berjaya di akhirat (:
ReplyDeleteresult tu kira ok la..y penting usaha kita..
ReplyDeletesemoga berjaya dunia akhirat :D
ReplyDeletesalam miza , nama sy miza jgak . hihi dahla result sama . im newbie . bru pndai berblogging . you have a nice blog :) keep it up dear :) penulisan pun menarik tau :)
ReplyDeleteassalamulaikum miza , accidently , nama kita sama . im miza too . hihi . result pun sama . anyway jangn putus asa , insyaAllah rezeki ada kat mana2 . you have a nice blog n penulisan yg bagus n mnarik . keep it up dear :)
ReplyDeleteTahniah miza... alhamdulillah dgn keputusan tu..
ReplyDeleteTahniah dear :D Dalam quran pun ad sebut kan . Sometimes , sesuatu yg buruk itu baik bagi kamu dan begitulah sebaliknya ;)
ReplyDeleteԌood post however I was աondеrіng if you cߋuld wrіte a litte morе օn
ReplyDeletethis subject? I'd be very thankful if you could elaborate a little
bіt morе. Thanks!
Also visit my weblog: removal quote
awak kite pun 4A :) jgn putus asa tau :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Hamizah :)
ReplyDeleteQuite sometimes we expected too high .. but actually, Allah gives us what we need. Insha Allah, there is still foreseeable future. Don't be sad. Allah always with us. Keep it up, ok?
Pandang apa yg Allah beri, bukan apa yang Allah tidak beri. Disinilah, kita akan mengamati apa itu erti syukur. Bersyukurlah walaupun ia sedikit. Apa yg pasti, Allah pandang pada usaha, not the attainment .... From love <3
ayat mendalam yg sangat menusuk hati ni bila baca...
ReplyDeletemenangis baca.. TT^TT
ya Man Jadda Wa Jadda.. and always remember yg Allah tu Maha Merancang ^__^
He know everything that we know and we didn't know.. :D
Tahniah, takpe dik it's ok. Akak punya result cukup-cukup makan juga. Takpe adik sangat motivated, akk dulu mau pengsan tengok keputusan..hehe iman tak kuat masa tu. kejayaan atas grade peperiksaan bukan jaminan kejayaan sebenar.. gd luck 4 ur future, May Allah bless.. ^_^
ReplyDeletetahniah ! let's do our best . banyak lagi nak kena tempuh =D
ReplyDelete