Dec 14, 2013

Hari ni genap setahun rumahku terbakar

Assalamualaikum. . .
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


*Angin sepoi-sepoi bahasa membasahi pipiku bersama embumnya*

Hmm nyamanya pagi-pagi ni kan. Saat aku bersendirian di malam hari, aku teringat akan sesuatu. Suatu peristiwa yang tak kan pernah aku lupa. Yaa suatu kejadian yang berlaku depan mataku sendiri. Seperti tak percaya yang berlaku ini semua adalah terhadap diriku dan keluargaku

Hari ni 13 December 2013. Maka genaplah suatu tragedi hitam yang tak dalah menghantui sangat sebab miza sendiri terima dengan redha. Tragedi hitam yang telah membakar rumahku. Dalam kira-kira jam 11.00 pagi.

Time tu miza tengah tidur dalam bilik miza berhampiran dapur. Ibu di depan dekat ruang tamu. Miza terjaga pun sebab terbau hangit. Ibu kata ibu nak buat air gula a.k.a ibu sirap untuk ayah.

. Allahhuakbar, bangun-bangun pergi dapur api tengah marak. Biasalah kalau kita hanya perempuan sahja dekat ruamh confirm panic teramat sangat.

Nampak je api panggil ibu. Dalam kepala tong gas. Yaa tong gas kena bawa keluar. Wajib ! Mula-mula angkat satu tong gas ni. Lepas angkat yang tu terus dail 999. Alahai banyak pula dia soal tme time tengah emergency. Masa tengah call, miza bagi ibu miza. Miza pergi angkat tong gas lagi satu.

Cemas sangat sangat cemas yang dapat digambarkan. Alhamdulillah time tu Allah nak selamatkan pintu  gate pula tak berkunci. Kalau tak mungkin kita dah tak jumpa lagi. Tiada lagi Nur Hamizah bt. Mohd Idgihat ni. Dah rentong beb. Tapi itu la, jiran kiri kanan pula tiada sebab dia orang semua kerja.

Nasib time tu ada pak cik ni lalu, dia tolong panggilkan bomba swasta. Sebab miza punya ni dari Yong Peng. Ada la dalam 10 minit berlalu dia sampai. Miza dengan ibu miza diri depan rumah. Menangis tak tentu hala. 

Dalam kepala hanaya ingat Allah, Allah, dan Allah. Yaa hanya Allah dapat bantu. Teringat sesuatu. AZAN ! Sekuat hati miza, miza laungkan azan. Ada ustaz kata api tu juga merupakan Jin. Macam Ribut, That's why la kita disuruh Azan :')

Allahhuakbar, tak dapat nak digambarkan saat itu. Dapur la paling teruk. Ayah ? Ayah kami tak bagi tahu, sebab ayah tengah cuci darah (Hemodalysis). Ibu kata takut ayah kena serangan jantung. Jadi kami biarkan lah sampai dia balik. Nasib Allah masih tinggalkan tempat teduh dekat ruang depan sekali.

Kakak abang miza masing-masing dekat Universiti. Semua orang ibu tak bagi tahu, yang sebar-sebarkan pun mak cik pak cik miza. Hanya Allah yang dapat balas segala bantuan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga. Allahhukbar.

Ni rumah masa kebakaran. Allahhuakbar. Allah uji kerana Allah sayang. Tapi miza syukur kerana Allah uji sebegini lah. Alhamdulillah kini miza lebih mendekatkan diri kepadanya. Moga cinta yang miza rasai ini Allah serapkan kepada blogger-blogger dan para pembaca semua. Aamiin :')
Ruangan hala ke dapur. Ni dah time kemas-kemas. Kemas pun kami sekeluarga. Tak apa Allah ada :)

Ni nak kongsi sikit ilmu dari sahabat miza sendiri. Amalkan la ni jika kita sedang berduka cita atau ditimpa musibah. Insyaallah Allah hadirkan sesuatu yang kita tak jangka ^_____________^

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam. 

29 comments:

  1. sabar sis,be strong,Allah tak uji kita melebihi kemampuan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu, sebab kan Allah tahu miza sekeluarga boleh hadapi, sebab tu dia uji :') Moga hati dan iman ni semakin teguh ^_^ Aamiin.

      Delete
  2. semoga terus tabah..terbayang sndri andai diri ini dalam situasi miza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Aamiin. mudah-mudahan. Nauzubillah min zalik. Moga dijauhkan la daripada ditimpa akak :')

      Delete
  3. sabar yaa. kuatkan semangat. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, bersyukurlah masih hidup hingga sekarang. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sayang. Betul tu, setiap sesuatu pasti ada hikmah tersendiri ^__^ Alhamdulillah :)

      Delete
  4. Allah! teruknya kebakaran tu.. syukur miza dan keluarga selamat.. itu yg penting,,

    ReplyDelete
  5. ya Allah. nasib baik miza dgn mak selamat. Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, teruk jugak bahagian dapur itu. betul, dugaan yang Allah beri itu nak bagi kita jadi lagi tabah. thanks post!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Alhamdulillah dengan ujian yang Allah beri. Allah uji kan tanda Allah sayang pada kita Dia nak tengok sejuauh mana kita ingat akan Dia . I am right ? ^___^ you're welcome.

      Delete
  7. Ya Allah...besarnya hadiah Allah buat miza....

    http://nurabez.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Ya Allah...besarnya hadiah Allah buat miza sekeluarga...mg tabah...
    http://nurabez.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyaallah. Hehe insyaallah miza akan cuba sedaya upaya untuk balas kunjungan ^___^ Jazakillahu khairan kathira kerana sudi singgah dan comment serta follow. :D

      Delete
  9. Takziah ya sis...mesti ada hikmah semua ni jd dlu... Semoga terus tabah dlm mengharungi apa jua dugaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillahu khairan kathira my dear :') Yup betul tu. Amin ya Allah. Mudah-mudahan insyaallah.

      Delete
  10. Banyakkan bersabar dan kuatkan semangat. Takut juga bila pikirkan diri sendiri di situasi macam itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah sayang. Nauzubillah min zalik, moga Allah jauhkan saudari dengan ujian sebegini :')

      Delete
  11. Alhamdulillah.Allah masih meminjamkan nyawa.takpe harta benda rosak kalau nak dibandingkan dengan nilai nyawa..apa yang jadi ada hikmahnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tu lah kak, orang kata barang boleh dicari. Kalau nyawa ? Tak kan boleh diganti. Allah hadap la alam barzah tu. Allah. Seram pula jadinya. Tula masa kebakaran pun ramai cari miza takut mati lemas :') Allah. Betul tu kak. Semuanya ada hikmah.

      Delete
  12. salam ziarah....

    done follow...

    selamat maju jaya ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih sangat-sangat abang alif. ^_________^ Aamiin ya Allah. Insyaallah :D

      Delete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥