Jul 13, 2013

Kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum. . .

Salam Ramadhan al-Mubarak kepada para pembaca yang sedang membaca mahu pun yang hanya melihat. Ehh hidup lagi kau mijah ye, lama betul membawa diri. *Bermonolog sendirian. 

Nak bagi tahu ni, inilah ENTRI PERTAMA aku PADA tahun 2013, ulang taip ENTRI PERTAMA 2013. Hahaha saje nak kalahkan blog Rasukan Kentut Gua *gelak bangga. Ehh Astghfirullah sesungguhnya Allah membenci akan orang yang riak, angkuh, bongkak, dan sombong. Nauzubillah.

Sejak sejak ni kan tak tahu lah kerap pulak mija (miza) tidur. Ini bukan mija menghidap penyakit insomia. Tapi kerap tidur. Senang cerita kuat tido la. Pagi petang malam tidur memanjang. Tapi mija tak de la sampai macam beruang kutub tu -,- Melampau sangat. kahkahakah

Tapi gua rasa ini hampir-hampir dengan beruang // BERWANG XD

Al-kisah ~
Dengan penuh rakus mija kunci jam lonceng pada pukul 5petang sebab memang mengantuk sangat. 
Dengan penuh yakin mija mengharap akan terjaga, *tit tit* Penghawa dingin dihidupkan, mata dipejamkan lalu dibuai arus mimpi yang indah ~ akhirnya . . .

Bukan pukul lima dah, pukul dua belas tu haa katako XD Adoii terlajak habis. Nasib esoknya cuma gerak gempur BM. Pukul 12 tu memang bangun lepas tu pergi mandi dan study. Hahaha tengah tengah study komsas dengan karangan terus tertidur. Kuikuikui

Nasib keesokan harinya dapat jawab, Alhamdulillah. Ohh yaa, gua time ni mc jangan nak kata gua langgar solat.

Tak sangka tidur mati rupanya Y.Y Bukan sekali, tapi dah acap kali berlaku. SPM tinggal beberapa bulan saja lagi ianya sangat hampir, seronok sangat mungkin ? Ehh ada pulak macam tu. Hahaha

Tadi baru mija sedar, patutlah kenapa aku ni kerap tidur. Ni haaa . . . Y.Y Wuhuuuu ~
I NEED MORE SLEEP
Kerana mulut badan binasa, kerana tertulis aku terlena.
Ambik kau ! Nak sangat "need more sleep" kan. Kan dah tidur memanjang nasib belum tidur untuk selama lama lama lama lamanya je. Hahaha tsk tsk tsk :'( Sampai ada itu hari mija pergi kaunselor untuk selesaikan masalah ni. Mula-mula ok la, mula-mula je. Selepas tu kembali semula. 

Ada sebarang tips untuk atasi masalah tidur berpanjangan ni ? Y.Y

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.

10 comments:

  1. hahah. terbabas. nak tanya, awak asal mana? memang sebut loncen daripada locen ke? sebab tunang saya pun sebut macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi miza orang Johor , lupa pulak eja loceng XD *tutup muka maluuuuu .

      Delete
  2. Haha~ Nak jadi sleeping beauty ke dik >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha entah la kak. Tengah cuba untuk atasinya X'D

      Delete
  3. ee pernah jugak jadi camni. bila terjaga. ahh rasa ruginya masa sia-sia camtu je. hahah

    ReplyDelete
  4. hahaha kadang2 jijah pon terbabas gak gitu...

    ReplyDelete
  5. ala comel.. hahaha...kite dulu pun kuat tido. penah tido 24 tak sedar. masa sekolah menegah.. hahaha

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥