Niatkan diri nak balas jasa ibu ayah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Ehh ni bukan abah miza ye. Credit kt kawan-kawan fb yang share benda ni. ^^"
Maaf semua sebab tak bagi tahu pun miza sambung belajar kat mana. Alhamdulillah miza dapat tawaran UiTM, Arau Perlis dalam course Sains Geomatik. InsyaAllah nanti miza akan bagi tahu kenapa miza pilih course tu dan apa itu sains geomatik.

Memandangkan minggu depan dah lapor diri, 7 Jun 2014 sebab Perlis jadi tuan rumah Sukma. InsyaAllah gerak dari Johor ke Perlis hari Jumaat (6 Jun 2014) pukul 9 malam naik bas sebab ibu ayah tak dapat hantar. Tak apa la kan. Belajar berdikari. Lagi pun ada abang dan paling penting Allah sentiasa bersama :') Doakan miza ya kawan-kawan.

Miza harap terutamanya buat diri miza sendiri bila dah belajar jauh, telefon mak ayah bukan semata-mata nak minta duit. Dan insyaAllah cuba sedaya upaya untuk berjimat. Kita tak tahu dalam kita bersenang, bergembira, berenjoy mereka sanggup mengikat perut, membanting tulang demi kita. Demi ingin melihat kita berjaya. Allah :'(

Mana yang niat nak masuk U tu nak cari jodoh ke apa ke. Tangguh dulu. Balas jasa mak ayah. Percayalah kalau kawin sebelum kerja entah sempat atau tak ibu ayah kita nak merasa hasil duit, hasil gaji kita.

Mari kawan-kawan kita betulkan niat kita untuk pergi belajar kerana ALLAH. Untuk mencari keredhaanNya. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberikan kita kejayaan yang cemerlang dalam redha dan keberkatanNya. Aamiin. 

Redha, restu, kebertan dari ibu bapa sangat penting kerana di situlah letaknya redha, keberkatan dan restu Allah. Sebelum berangkat jangan lupa peluk, cium ibu ayah kita. Minta redha, keberkatan dan restu. Minta maaf dan minta mereka doakan kejayaan kita.

Mari kita berazam untuk balas jasa mereka. takbir. Allahhuakbar ! :'))

*Peingatan buat diriku terutamanya.


Pesan imam Al Ghazali, tanda-tanda seorang anak tu nak ke arah menjadi anak derhaka, apabila mak yang mulakan dulu menghubungi dan tanyakan khabar anaknya.

Nauzubillahminzalik

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

18 comments:

  1. sedihnya...berbaktilah kpd mereka sblm mereka tiada..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Kita nak balas kembali setitis susu ibu kita pun tak termampu kak :'(

      Delete
  2. semuga kita dapt berbakti pada mak abah sebaiknya

    ReplyDelete
  3. Betul mizaa. Kita tau meminta, mereka pula berusaha memberi sampai sanggup bersusah payah. InsyaAllah. Sama2 kita berusaha membalas jasa kedua ibu bapa kita.

    ReplyDelete
  4. suka gambar pertama. nak buat kat anak2 nnt cool :)

    ReplyDelete
  5. hihi lawak lah ayah kak miza.
    tahniah ye kak sebab dapat masuk u :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, tu bukan ayah akak la. Mihmihmih

      Jazakillahu khairan khathira sayang ^_^

      Delete
  6. miza,tahniah ye dapat uitm!!! kak nini doakan semoga miza berjaya dalam bidang tu,good luck!

    ReplyDelete
  7. miza, tahniah dapat UiTM ! kita sama. tapi hazy UiTM Puncak Alam .
    hazy daftar 2 Jun. gyaaa. kenapa miza punya lambat lagi? grrr...
    jauh kemain mizah merantau. johor ke perlis tu ... hehe

    ReplyDelete
  8. alhamdulilah . tahniah miza :) dri johor ke perlis . amboi jauhhh tuu . hehe . hati2 taw miza :) nanti ddk dekat u rajin2 kol mak dgn ayh :) nanti dkt u miza akan jumpa org2 yg snggup ikat perut demi nak beli barang kesukaan depaa laa , demi nk shopping baju tu laa ini laa . mcm2 ... kalau akak better perabih duit utk makan drpada beli bnda2 yg akak rasa xbrape pntg :) jaga kesihataannn kat sanaa .. love u dikk :*

    ReplyDelete
  9. tahniah dpt uitm! :)) nice entry, harap sempat balas jasa mak abah..

    ReplyDelete
  10. owh...miz dari johor ker??jauh gak merantau tu...hehehe..tapi bak kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pemandangan..hehehe..semoga sukses dalam study yer.. :D

    Regards.
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. Subhanallah, kadang-kadang kita terasa freedom dan keseronokan duduk U sampai terlupa orang tua kita di rumah kan?

    P/s: Mabrook! Tahniah dapat uitm.

    ReplyDelete
  12. tahniah miza. akk rajin jugak jalan2 perlis bile free. kedah ke perlis dekat sangat. heee :D
    and all the best. belajar elok-elok yea. :D

    ReplyDelete
  13. betul..
    qila pun sebab umi n abah <3
    and of cs, lilla hi ta'ala :D
    heheehee
    terima kasih mizah
    selalu ingaatkan diri ini <3
    yg lalai sentiasa....

    ReplyDelete
  14. wowww sains geomatik tuu? tahniah2.. belaja rajin2 tawww. muahh ^_^

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥