Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.
![]() |
Ehh ni bukan abah miza ye. Credit kt kawan-kawan fb yang share benda ni. ^^" |
Maaf semua sebab tak bagi tahu pun miza sambung belajar kat mana. Alhamdulillah miza dapat tawaran UiTM, Arau Perlis dalam course Sains Geomatik. InsyaAllah nanti miza akan bagi tahu kenapa miza pilih course tu dan apa itu sains geomatik.
Memandangkan minggu depan dah lapor diri, 7 Jun 2014 sebab Perlis jadi tuan rumah Sukma. InsyaAllah gerak dari Johor ke Perlis hari Jumaat (6 Jun 2014) pukul 9 malam naik bas sebab ibu ayah tak dapat hantar. Tak apa la kan. Belajar berdikari. Lagi pun ada abang dan paling penting Allah sentiasa bersama :') Doakan miza ya kawan-kawan.
Miza harap terutamanya buat diri miza sendiri bila dah belajar jauh, telefon mak ayah bukan semata-mata nak minta duit. Dan insyaAllah cuba sedaya upaya untuk berjimat. Kita tak tahu dalam kita bersenang, bergembira, berenjoy mereka sanggup mengikat perut, membanting tulang demi kita. Demi ingin melihat kita berjaya. Allah :'(
Mana yang niat nak masuk U tu nak cari jodoh ke apa ke. Tangguh dulu. Balas jasa mak ayah. Percayalah kalau kawin sebelum kerja entah sempat atau tak ibu ayah kita nak merasa hasil duit, hasil gaji kita.
Mari kawan-kawan kita betulkan niat kita untuk pergi belajar kerana ALLAH. Untuk mencari keredhaanNya. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberikan kita kejayaan yang cemerlang dalam redha dan keberkatanNya. Aamiin.
Redha, restu, kebertan dari ibu bapa sangat penting kerana di situlah letaknya redha, keberkatan dan restu Allah. Sebelum berangkat jangan lupa peluk, cium ibu ayah kita. Minta redha, keberkatan dan restu. Minta maaf dan minta mereka doakan kejayaan kita.
Mari kita berazam untuk balas jasa mereka. takbir. Allahhuakbar ! :'))
*Peingatan buat diriku terutamanya.

Pesan imam Al Ghazali, tanda-tanda seorang anak tu nak ke arah menjadi anak derhaka, apabila mak yang mulakan dulu menghubungi dan tanyakan khabar anaknya.
Nauzubillahminzalik
Nauzubillahminzalik
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam