Mar 7, 2014

Hala tuju lepasan SPM

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

 
Matriks
-Under kerajaan - Tak perlu bayar. Siap dapat elaun lagi. (Pro)
-Nak masuk susah (Contra)
-Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
-Subject yang compact dan pembelajaran yang laju (Contra)
-Kurang praktikal (Contra)
-Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)
-Matrik, korang dapat 3.5 pun belum tentu boleh pergi jauh. (Super Contra)
-Lepasan Matrik tak boleh di gunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
Asasi / Foundation
-Kalau under IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa. Loan or Pinjaman PTPTN dan MARA mostly not available. (Contra)
-Nak masuk susah (Contra)
-Cepat tamat pengajian - Terus masuk degree. (Pro)
-Kurang praktikal (Contra)
-Perlukan result yang gempak. Or else, akan di tendang. (Contra)-Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrik. (Pro)
-Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)
Diploma 
-Masa pembelajaran yang panjang - Mostly 3 hingga 4 tahun. Tapi sambung degree dengan hanya 2 tahun. (Not so contra)
-Lebih praktikal dari Asasi dan Matrik dan Form 6 etc. (Pro)
-Lebih peluang kerja - Matrik + Ijazah vs Diploma + Ijazah, Diploma + Ijazah akan menang. (Pro)
-Ilmu lebih banyak dari Asasi dan Matrik - Diploma, kadang-kadang minor course lagi banyak dari major. (Pro)
-Pembelajaran lebih relax. (Pro)
-Mungkin melekakan. (Contra)
-Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrik dan Asasi.
Tahmidi (USIM)
-Ini yang orang paling tak tahu maksudnya. Aku pun tak berapa tahu. Tapi apa yang aku tahu, ianya sama macam matrikulasi dan asasi.
-Tapi khas untuk lepasan sekolah agama sahaja mungkin.
-Perlu power bahasa arab.
Form 6 (Pra-U) 
-Tempoh pengajian yang singkat (Pro)
-Pembelajaran yang sukar, cepat dan compact. (Contra)
-Korang score 4 flat dalam kelas aliran sains, sure korang boleh masuk apa course sains yang korang nak. (Super Pro)
-Nak fly ke mana-mana pun tak der hal bila result 3.5 science stream. MARA sure sayang korang. (Super Pro)
-STPM adalah peperiksaan yang paling sukar di asia. (Pro? Contra?)
-STPM candidates akan sentiasa di dahului berbanding Matrik. (Pro)
-STPM science stream, korang dapat pointer dalam 2.75 pun korang mungkin dah boleh kalahkan matrik yang pointer 3.2-3.4 (Pro).
Sijil
-Pra- U (Contra)
-Sijil boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan. Tak seperti Asasi, Foundation dan Matrik. (Pro)
-Tempoh pengajian yang lama. Ambil sijil dalam 3 tahun, then kalau nak sambung -Diploma dalam 2 or 1 1/2 tahun. Then sambung degree 2-3 tahun. Tempoh pengajian 6 tahun minima. (Contra)
-Sesuai untuk orang yang nak masuk dalam bidang yang baru. Contohnya, korang kelas science then korang nak cebur dalam bidang Account, korang patut ambil Sijil Account.

Sumber : Group 1996.



P/S : Kadang miza sendiri bingung. Mana tahu yang sudi kongsi pengalaman or nasihat dipersilakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kawan-kawan semua.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

7 comments:

  1. Apapun pilih sebaik mungkin hala tuju kita :)

    ReplyDelete
  2. erm , apa kata ambik diploma....lepas tamat sambung pengajian..ambik degree ke.. :)

    ReplyDelete
  3. uishh banyaknyaa. pening kepala farah hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha. sebenarnya ambik kira yang pro je. kalau nak pikir contra banyak benauuu. ee prefer matrik or asasi. haih mintak mintak lah ada rezeki. emm.

    ReplyDelete
  5. first kena tau kebolehan kita..mcm saya struggling for 3 years utk dip..then another 3 years utk deg..mmg amik masa yang lama tapi sy puas hati..sbb sy tau kemampuan sy..if kamu yakin kamu boleh utk masuk matrix or foundation then just proceed...yg penting tahu kemampuan kita...

    ReplyDelete
  6. Kalau nak masuk bidang perubatan mcm mana ye? Saya baru je habis spm.

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥