Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Nah Kad raya untuk awak =D
Miza buat sendiri untuk awak.
Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri sepuluh jari miza susunkan memohon ampun dan maaf kepada kamu semua, sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. miza mintak maaf if miza ada lukakan hati korang, terguriskan hati korang dengan kata-kata miza yang buat korang tak senang, sombong dengan korang, tidak bertegur sapa dengan korang dan korang terasa dengan penulisan miza sepanjang miza ber-blogging. miza mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ampun dan maaf dipinta buat semua. miza dah maafkan semua sekali jika korang ada buat salah. Kita semua manusia biasa yang sering melakukan kesalahan kan ? hee ='] 
Nak duit raya ? meh la singgah rumah miza. tak jauh pun dekat Batu Pahat, Johor je. Pintu rumah terbuka luas untuk korang =D hehe nanti kalau nak singgah beraya bagi tahu dulu la ye. senang nak prepare apa yang patut. 
Alhamdulillah Cik Chokie's Blog berwajah baru. hehe dia pun nak raya juga. Miza design sendiri. mybe lepas PMR baru makeup, so biarkan dulu. hukhuk memandangkan miza Calon PMR takut takde waktu. harap korang faham. Cik Chokie's blog raya lama sikit la yer. hee
ehem ehem miza nak bagi pesanan sikit ni ingat ye kawan-kawan yang disayangi sekalian JANGAN MAIN MERCUN, NANTI TAK RAYA PULA sian korang. Jaga diri baik-baik :) Kepada kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman tu, drive kereta hati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Miza doakan perjalanan korang berjalan dengan lanjar dan selamat pergi dan balik. Amin. 
kepada Calon SPM yang nak percubaan miza ucapkan Good Luck
Do The Best ok :)
and tidak lupa kepada Calon PMR ingat PMR tak lama lagi.
Raya raya juga, Ilmu jangan dilupakan tau. 
TAKE CARE. ღ
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Salam Kemerdekaan yang ke-54.
 










