Nov 3, 2012

Saya rasa mahu dan saya perlu cuba untuk memilikinya.

Assalamualaikum..
Creadit : Google
Hai korang, Sihat ? Alhamdulillah kalau sihat. Tinggal lagi seminggu je sekolah, dan terus cuti. *horeyy sorak kegembiraan :D Tahniah kepada yang sudah cuti tu. Cuti cuti jugak jangan lupa tahun depan saya Nur Hamizah binti Mohd Idgihat sudah SPM >.<". By the way, miza tak ada idea nak update ape sebenarnya =.=" Tadi tengok cerita kartun yang akak miza download. Sumpah comel gila kartun dia.

Habis tegok je cerita tu terus open Paint Tool Sai. Miza try lukis totoro yang besar bawah ni. Then open Photoshop pulak. Hahaha actually nak tunjuk hasil kerja ni. Saya rasa saya sudah berjaya buat format gif. Tak tahu la ok ke tak, seriusly tak reti nak design macam mana T.T buat kali pertama.

Terasa simple ada, karang nak letak lebih lebih takot serabot. >.< Try and error right ? Kalau ada sebarang yang mahu katakan atau memberi pandangan, comment je. Miza terima dengan terbuka :) First time ni.
Hai ! Saya Cik Chokie blog kepada Nur Hamizah. Selamat Datang, Senyum sokmo :D
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.

Oct 7, 2012

Rasa nak menangis, pening pening T.T

Assalamualaikum ...
Sejak sejak akhir ni miza asyik nak nangis je, tak tahu lah kenape. Banyaknya keje lahkan *macam ada anak 10 aku rasa =.=". Tak lama lagi nak final exam pulak tu. Study tak lagi, busy dengan kerja kursus akaun. Tak apelah itu kan tugas dan amanah miza. 
Kalau kita nak berjaya, kita memang perlu banyakkan usaha :)
Man jadda Wa jadda ! Siapa yang usaha dia lah yang dapat hasilnya .
Tahun ni ibu dan abang miza dapat menunaikan haji, Alhamdulillah. Ayah tak dapat pergi sebab ayah miza sakit, kena buat dyalisis. :') Sekarang ni tak ada ibu... miza la yang jaga ayah, ayah jaga miza. huhu :') Miza doakan ibu dan abang serta semua jemaah haji dapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik. Amin !

Doakan kejayaan miza. Tengah seram sejuk ni., tinggal seminggu je lagi. By the way, good luck adik adik PMR yang akan hadapi PMR selasa ni .

sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.


P/S : Rindu ibu :'/
Start final exam 15.10.. mula mual dah exam akaun >,<

Sep 30, 2012

Ini mungkin sejarah mengenai kegemokkan saya :)

Assalamualaikum

Apa khabar iman hari ini ? Semoga iman kita sentiasa dalam peliharaan Allah. Ehem eham tak payah ditanya kemana hilangnya miza. Wohoaa final exam dah nak dekat, doakan miza ehh kawan-kawan >.< *tinggalkan buku sekejap lepaskan rindu dekat blog :* Hai kawan-kawan *lambaikan tangan.

Jalan-jalan tadi terhantuk meja, baru miza teringat suatu kisah pada zaman dahulu.. Al-kisah ~

Ehh, dulu gua gemuk lah jugak. Bahasa sopan chubby :P Tak tahu la pulak, sekarang ni miza gemuk ke tak. Diriku merasa diriku sudah kurus. Agagaga tapi miza dapat rasakan miza kembang balik apabila dipuji cikgu yang miza ni dah kurus XD *Nah mangkuk tandas ! muntah puas puas.

Ohh pipiku sangat lah tembam dan mukaku bulat. Masa frist time miza ternampak gambar ni miza boleh tanya ni siapa, ehh *tampar kepala korek biji mata pasang balik* Boleh gua tak kenal jasad gua sendiri, nasib rohnya tak melayang :3 Comelkan ? I'm cute and i konw it xP *nah longkang! muntah hijau cepat.

Dulu DULU masa sekolah rendah time raya, mesti ikut ibu pergi marhaban. Marhaban tempat miza malam, time ni gua rajin, siap ayah miza cakap miza ni orang vvvvvip. Haha apa best pasal marhaban masa kecik-kecik ni ? Nak bercerita la ni. 

Paberet miza masa dulu kalau ikut ibu pergi marhaban mesti bawak beg plastic. Perghh kalau kecik tak pelah jugak. Nah ! ambik kau sekali bawak besar punya beg pelastik minah ni bawak. Tak dapat bawak yang besar mesti beg yang kecik tu bawak banyak-banyak. Tujuan utamanya adalah, akan ku angkut segala makanan-makanan yang ada untuk dibawa pulang. Kanak-kanak lain sebok mengejar duit raya, miza ? sebok mengejar makanan yang terhidang. Nyumm nyumm.

Ohh nikmat kekenyangan. Sudah la masa di rumah tuan empunya rumah dah makan. Marhaban mesti la banyak rumah. Fuhh bayangkan lah berapa banyak miza angkut XD *buat muka dopocen. Bila balik sambung makan lagi, katanya di rumah orang malu di rumah sendiri mahu. Wakaka mungkin ini penyebabnya aku kelihatan comel. Berakhir sudah kisah sejarahku. TAMAT ! :)

Kan dah cakap miza dah kurus :P bulewwkkk ! *tutup muka pakai tangan meow meow* ke atau sama je ? :3

Mar 24, 2012

Segmen : Jom Kongsi Kisah Zaman Kanak-kanak Kita

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 
Click pada banner atas ni kalau nak join sekaki.
Hai korang. Hope semuanya sihat lah ye. Hari ni miza nak join satu segmen yang dianjurkan oleh Cik Dalila. Zaman kanak-kanak memang sangat indah, terasa nak patah balikkan masa je kan ? Hari ini miza nak imbas kembali dengan korang korang ke suatu alam yang diseleputi lendiran hijau like a cendol. Mavelet ! haha. Jom la ikut. Tidak akan membahayakan sesiapa pun :)
Al-kisah  . . . . .
Miza ni anak bongsu , adik beradik tiga orang je. Kakak, abang dan miza. Miza tak berapa rapat dengan kakak miza masa kecik-kecik. Yela dia terlalu besar lagi pun jarak umur 6tahun. So miza lebih suka menyebok dekat abang sebab jarak umur 3tahu je. Kemana dia pergi mesti nak ikut skali.

Masa miza budak-budak dalam darjah 1, Miza, abang, afif dan ijam suka lepak dekat suatu tempat ni. Masa ni, pemaju yang buat rumah tu dyorang tambah lagi taman dekat belakang rumah miza. So bila dah siap but belum ada orang duduk. Kitaorang suka lepak bawah longkang rumah baru tu. Besar lah jugak longkang tu. Dulu badan kecik boleh la muat =p

Tah tak tahu kenapa suke sangat lepak dekat longkang tu. siap main kejar-kejar lagi. Hahaha and suatu hari ni kitaorang buat piknik dalam ni --' miza, afif dengan ijam pacak tiga naik basikal. Pelikkan ? Ijam yang kayuh basikal. Kesian dia dah la keding kena buli plak tu. Miza selit at tengah-tengah, Afif duk belakang skali. Macam mana nak gambarkan pun tak tahu hahaha. Abang pulak tunggu dekat longkang sorang-sorang. So kitaorang pergi kedai beli makanan.

Bila dah siap makan. Konpem lah pergi main. Main kejar-kejar, sembunyi-sembunyi. Boleh dikatakan setiap rumah baru tu kitaorang main dekat situ. ok tamat sudah cerita pasal 'budak longkang' ni.

**************
Masa kecik-kecik jugak miza ni seorang yang penakot. Miza paling takot dengan lori tilam tilam. Haha sebab ibu cakap ibu nak jual miza. T_T haish. kalau dengar je lori tu lalu konpem mencicit lari masuk bilik sembunyi dalam almari. Haha Masa miza form 2 abang miza ni memang suka sangat sakat menyakat dari dulu sampai sekarang. Dia cakap miza ni anak kutip sebab miza ni tak sama macam kaka dengan abang. Sebab diaorang besar miza sorang je kurus . kehkeh. Demm ! Menangis meraung la miza golek-golek. huhu. Akteli banyak lagi kisah zaman budak hingusan miza ni. Kang karang panjang-2 tak ada sape baca. -_-' 

Harapan miza untuk kekejaman kanak-kanak ibu bapa terutamanya jaga lah anak anda sebaik mungkin. Kalau anak tu masih kecil lagi jangan biarkan anak anda pergi berseorangan ke kedai atau bermain. Teman lah mereka. And kepada anak-anak sekalian dengar lah cakap ibu bapa. Kalau mereka tak bagi keluar rumah, tolong lah jangan melawan. Takot allah murka. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.
Zaman budak hingusan korang pulak macam mana ? Hahaha Miza zaman budak longkang . :3 err =3='
Ce kongsi ce kongsi :D
P/S : Wa rasa dah macam karangan -_-' terasa nak buat ayat karangan wa yang selalu tu je . err huhu

Mar 12, 2012

Bila aku tengok kau je blur , bila kau tengok aku je aku blur --'

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 

Hai korang , blog kembali menyepi ditemani dengan labah2 yang membuat rumah yang ingin bermadu asmara dekat blog ni . Biar lah mereka kan? Makhlu tu pun nak hidup gak, macam kita sebagai manusia nak membiakkan generasi dia. #hohoho abaikan miza merepek ape. --' skali skala. Hari ni miza nak guna ganti diri 'AKU'. Da lama aku yok yoo oo baikkan ? hari ni nak mengganas jap . huahuahua *gelak kejam sambil pegang parang* #Dyorang tak takut pun lah =3=

Pada petang yang indah ditemani dengan hujan yang renyai-renyai ditambah pula angin sepoi-sepoi bahasa *ya allah sedapnya dibuyai mimpi bersama aaron ajis bermadu asmara* yang mengatakan aku berkurun lamanya meninggalkan suami dan anak-anak mencari nafkah untuk menyara kelurga tercinta. Aucaaakkkk mama dah balik ! ohh rindunya dekat jiran tetanggaku yang baik hati semuanya.  Kuberlari bagaikan awan nano yang mengibas rambut gerbangnya untuk mendapatkan dia. Kupelok erat-erat dirinya dan kucium dahi dan pipinya yang gebu tanda aku rindu padanya. Lalu aku berkata "Awak saya rindu awak" sambil menangis teresak esak.



Dengan hati yang melanda kerinduan terhadapnya, aku terus meluahkan segala perasaan yang kupendam selama ini. Tapi apakan daya tidak semua dapat kuluahkan sebab bila aku melihat wajahnya aku selalu terdiam lalu mukaku akan bertuka wajah menjadi. . . .

Sambil gigit bibir menahan kegeraman ! Idea wa da wa perap lama sangat sampai leh wat jeruk . Aku tak tahu nak bebel ape . Sebab aku tengah blur --' Ohh demm ! mencik ! korek korek korek idea . ok miza mintak maaf sebab entry ni mengarut T_T jangan baling lori at miza . baling makanan tak pe :3 *tak baik membazir*

korang pernah alami macam ni tak ? hohoho =3= rasa nak baling je kan computer ni . boleh dapat komputer baru . ok la miza tahu korang bosan dengan miza . wuwuwuw *nangis guling2* tak pelah . Baik miza hadap buku. kerja melambak kot . Korang jangan la bosan dengan miza . Sebelum nak hadap buku meh la miza nak ziarah jiran tetangga . Mana tahu dapat skandle barukan ? :D

P/S : Hari ni otak tak betoi sangat tu yang mengarot. Maaf tau. Ketandusan idea T_T. Miza tahu miza mencarot. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam :')

Feb 26, 2012

Kenapa mesti korang membencinya ?

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 

Hai korang, ape khabar ? Sihat tak hari ni ? Alhamdulillah kalau sihat, kalau tak sihat tu makan ubat ye sayang. Sambil golek golek depan telebisyen ni tengah pening buat persamaan perakaunan tetibe jelma soalan ni lagi yang sering bermain dalam kepala hotak miza ni . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ?

Kenapa kalau kite rasa selesema, pening, demam dan dalam istilah mudah iaitu sakit kite mesti cakap "mencik ! mencik ! mencik" ? "tak suke ! tak suke !" ? Bukankah allah turunkan penyakit dekat kita itu suatu nikmat tanda allah sayangkan kita ? Kerana penyakit itu adalah penghapus dosa dosa kecil. Tidak tahukah anda ? :')

Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukurlah wahai sayang sayangku sekalian, bukan semua orang allah turunkan nikmat sebegini. Selagi mana kita bersaba dan redha insyaallah allah akan hapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kite lakukan sebab manusia tidak pernah lari untuk membuat dosa. Ucapkanlah alhamdulillah kerana allah telah turunkan nikmat kepada kite sebagai orang islam.

K la korang pape pun jadikan sesuatu itu sebagai pengajaran dan iktibar untuk diri kita. Miza nak kena siapkan homework ni. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dah serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite bejumpe lagi. Renung-renungkan dan selamat beramal. hihi ^_^ wassalam.

Jan 26, 2012

Tua-tua la mesti kena sweetkan ? :D

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 

Hai korang, apa khabar ? Da lama miza menyepikan ? Ya Allah dekat sebulan tak update blog Cik Chokie ni . Sorry sangat, seyesly form 4 da tak sama macam form 3 dulu. Jadul pact gile. seyes nak hadap computer pun xsempat. hihi. Dulu 8 subjct je sekarang 10 subjct. hayoo insyaallah saya boleh :) 

Miza kan lau jalan-jalan or santai-santai depan rumah suka sangat lau tengok makcik pakcik or atok nenek ni jalan bedua-dua or naik moto sama-sama pelok-pelok . haha sweet je kan ? Itu bukan buang tabiat ok, time tua2 la makin mengeratkan hubungan yedak ? 

Nenek Peace Yaw ! ^_^V haha virago betul nenek ni
Ce tengok sweet je atok ngan nenek ni kan ? siap main belon ag at taman tu fuhh so sweet :D . hehe seyes miza suka sangat tengok macam ni. Nak sangat nanti bila tua kekal kebahagiaannya . Tak nak masa muda-muda je panggil ayang abang, darling baby, and so on . Tapi bila tua dah tak paggil macam tu lagi --' siap berengkau aku lagi . tamoa tamoa . Nak sampai tua panggil ayang ayang . kehkeh 

Atototo so sweet :D hehe seronok kan bile tengok mak ayah kite dan keluarga kita bahagia . heee
Miza mintak maaf jika ada tersilap bicara tersalah menulis . Yang baik datang dari Allah yang kekurangan datang dari miza sendiri . Sekian, wassalam.

P/S : Kekurangan mood nak up to date blog --' busy bila dah masuk form 4 nih . Mengalahkan budak exam besar . :3

Jan 2, 2012

Alhamdulillah sahabat sejati Allah temukan untukku

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah, yang Maha pemurah, lagi Maha mengasihani. 
Assalamualaikum . . .
Kadang-kadang kita terfikir bahawa kita boleh bersendirian dengan ditemani oleh air mata, tetapi sebenarnya seorang sahabat sejati itu penting untuk kita luahkan segala suka dan duka :')
By the way, walau ape pun berlaku hanya allah yang peratama . sebenarnya kita memang boleh hidup bersendiriankan ? Sebab Allah swt sentiasa ada dengan kita, sentiasa bersama hambanya .Walau pun kite tidak menadah tangan, Allah maha mengetahui . Sebab mengetahui itu adalah antara sifat Allah swt :)

Seorang , dua orang mahupun ramai sahabat dan rakan kita itu semua adalah anugerah allah kurniakan untuk kita . Alhamdulillah allah mengurniakan miza sahabat yang sudi berkongsi suka dan duka, ada yang suke membuat orang lain tertawa, menasihati sesama sendiri and so on .
Terima kasih sahabat kerana engkau sentiasa ada di sisiku kala diwaktu aku senang dan susah serta suka dan suka .
Sekarang ni dah masuk tahun 2012 kan ? Belum terlambatkan nak wish at korang semua Selamat Tahun Baru. Semua orang pasang azam masing-masing. Pape pun insyaallah kita akan tercapai azam kita. Azam miza ? Banyak la jugak yang miza pasang azam. Pape pun yang penting miza nak tinggkatkan iman miza kepada allah, nak memperbaiki ibadat miza, n insyallah nak khatam Al-quran lagi . Insyaallah akan terlaksana :) insyaallah nak jadi yang terbaik di sisi Allah dan kita semua akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah swt . Amin .