Dec 19, 2015

Apa itu Geoinformatik ?

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalamualaikum semua and hai. =)

Field work yang ketiga: Survey by using stadia tacheometry. Alat tu namanya "Theodolite".

Hari ni miza nak share tentang kos yang miza ambil sekarang ni. Kebanyakkan orang tak tahu pun kos Geoinformatik ni. Bila orang tanya,

"Miza ambil kos apa sekarang ni?"
"Geoinformatik."
"Haa? Apa tu?"

Jujur dulu pun miza blur gak nak terang kat orang tentang kos miza ni. Dulu, miza mampu jawab

"Alaa kerja kat tepi jalan tu, yang ukur-ukur tu."

Actually, kos ni bukan kerja ukur jalan tu je huhuu. Bidang dia luas. Even baru 1 sem miza kat UTM ni, alhamdulillah la serba sedikit dapat pencerahan tentang kos ni dari pensyarah walaupun banyak lagi ilmu yang perlu miza dalami. And Yes makin hari makin jatuh cinta dengan kos ni. :*

"Semakin seseorang itu berilmu, semakin panjang akal fikiran dia, dan semakin banyak benda yang dia tidak tahu."
Apa itu Geoinformatik ?

Geoinformatik ini adalah GEO + INFORMATIK.

GEO = of or relating to space / kawasan bentuk muka bumi.
INFORMATIK = Maklumat.
Senang kata,

GEOINFORMATIK = Data bentuk muka bumi yang kita perolehi, kita transfer kepada sebuah maklumat dan maklumat itu kita sebarkan kepada pengguna.
Geomatik dengan Geoinformatik 2 benda yang berbeza. Masing-masing ada bidang tugas dan kepentinggannya. *Geomatik miza cerita lain la ea insyaAllah.

Geoinformatik ni kami more to technology. Senang kata macam waze, google maps, google street view is one of bidang kerja geoinfo ni.

Dalam kata lain, geoinformatik ni juga bidang kerjanya adalah penghasilan peta.

Dari bentuk muka bumi sebenar kita ambil data dia, lepas tu kita transfer jadi sebuah makumat dalam betuk peta menggunakan software.

Geoinformatik ni juga fokus kepada sistem GIS (Geographic Information System) dan RS (Remote Sensing).

Miza ingat lagi, masa matrik pensyarah miza cakap kalau nak masuk UTM pointer kena 3.50 above. Tapi miza alhamdulillah dapat 3.44 PNGK time tu. Alhamdulillah Allah pilih dan izinkan miza masuk kos ni dan kos ni adalah pilihan kedua miza. Pilihan pertama miza pilih Geoinformatik kat UTM juga.

Buat masa ni tu jela perkongsian yang miza nak share. Hope dapat la beri gambaran serba sedikit buat adik-adik SPM, matrikulasi, asasi, kawan-kawan akak akak abang abang diploma yang nak isi upu.

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tanya kat ruang comment ni. InsyaAllah miza cuba jawab and insyaAllah miza try untuk kosngsikan pengalaman sem 1 miza kat lain post.

P/S: Sekarang ni tengah study week. 29/12 dah start final. Doakan ea. Allah Yuftah Alaikum ^_^

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

45 comments:

  1. ayah dulu biasa guna benda tu!! hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tatau laa sama tak. tapi ala ala teropong gitu. hisk~~ maaf andai salah

      Delete
    2. Ehh hahaha tak apa. Sesama belajar. Hihi alat ni pun banyak jenis sebenarnya. Nanti kirim salam ayah ecah ea :)

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. hebat juga ye course ni. belajar mengkaji bumi, buat peta. mmng perlukan pengetahuan yg sangat banyak :D
    kalau saya yg dapat course ni taktaulah boleh ke idok
    all the best kak miza!

    ReplyDelete
  3. selamat belajar babe. luas pemandangan course ni, nampak ciptaan ALLAH yang sangat-sangat luas, MashaALLAH

    ReplyDelete
  4. ohhh ok pakcik qila pun amik course ni huhuhu comel je bila dia cerita dkt qila hihihik
    maceh miza for this! huhuhu

    ReplyDelete
  5. oo geoinformatik namanya.. igt teropong apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alat tu namanya Theodelite. Fungsinya untuk cari bearing sesuatu kawasan. Hehehe

      Delete
  6. Heee yui bru tau ni..
    Selalu psl qs jeee. Hehe

    ReplyDelete
  7. Teringat dulu kecik2 selalu teringin nak main kamera tu yang pakcik punya.. Tak tahu benda tu harga ribu riban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang beribu harga. Tu kalau rosak atau accident yang menyebabkan benda ni rosak. Perghhh menangis nak kena ganti. koh koh koh

      Delete
  8. baru tau pasal geoinformatik ni.
    thanks for sharing miza. good luck final :)

    ReplyDelete
  9. ohhh baru tahu.
    unik laa. akak ni memang dah dijodohkan hadap account je kott.. hahah xD
    goodluck for final miza :)

    **lamanya tak singgah sini. wuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki masing-masing Allah dah tetapkan. Hihihi. Jazakillahu khairan jaza akak sayang.. Hahaha dah habis final baru reply. lulz.

      Delete
  10. Salam :) boleh sy tahu ttg subjek2 yang akan kite blaja slm kos ni? Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Saya bagi tahu untuk tahun 1 je dulu eh. Sebab tahun 1 ni lebih kepada fundamental. InsyaAllah kalau fundamental kita kuat, untuk tahun berikutnya kita akan mudah untuk faham.

      Kita akan belajar mengenai
      Physical Geography je,
      Applied Physic for Geoinformatin (Orang tak pernah belajar fizik pun boleh score serious!),
      Introduction in Geoinformation,
      Survey and Mapping,
      Programming (Kami belajar guna language Python),
      Principle of photogrammetry and Remote Sensing,
      Mathematic in Geoinforamti (More to logic sebab GIS lebih banyak menggunakan perisian dan komputer, dan kiraan bumi)

      Lebih kurang macam ni la. Nanti untuk tahun berikutnya setiap satu tu akan lebih mendalam dan ada subjek elektif. Mean ke arah mana yang kita minat. Harap dapat bantu awak ^_^

      Delete
  11. Salam :) boleh sy tahu ttg subjek2 yang akan kite blaja slm kos ni? Hee

    ReplyDelete
  12. macam kenal je bangunan belankang tu..kalau kat utm jb.. blok c08 ke? opss.silap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kat UTM JB. Tu bangunan C06. Hehehe. Tempat wajib untuk budak GIS belajar kat kerja lapangan. >.<

      Delete
  13. macam kenal je bangunan belankang tu..kalau kat utm jb.. blok c08 ke? opss.silap ke?

    ReplyDelete
  14. Asaalamualaikum. Boleh saya dapatkan contact number lect yg mengajar di situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. maaf baru reply. awak boleh contact saya secara personal through email nanti saya bagi pada awak. miza.idgihat@gmail.com

      Delete
  15. Saya dpt result 3.08...agak2 nk dpt study kat UTM boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah boleh based on bidang pengajian yang awak pilih. Macam mechanical rasanya 3.50 ke atas. Kalau macam course geoinformatics ni 3.00 ke atas boleh mohon. Nasihat saya awak mohon je ikut awak minat. InsyaAllah dapat ^_^

      Delete
  16. mcm mana dgn peluang pekerjaan???adakah ia terhad atau meluas???

    ReplyDelete
    Replies
    1. meluas dik peluang kerja bidg ni..

      Jabatan Ukur
      Jabatan Tanah
      Jabatan Kerja Raya
      Petroleum
      Jabatan Perhutanan
      Firma Pengukuran
      Firma ICT / GIS
      Pensyarah Universiti
      Firma Pengurusan
      Firma Alam Sekitar

      ha..nmpk byk tu peluang..gaji pun best..jom wsp la nak dgr details akak terang..
      www.wasap.my/601116930576

      Delete
  17. Maaf kak tumpang tanye. Apa bahan rujukan yg akak gune selama berada di sem 1 dan sem lain. Saye newbie dlm kos ni dan tak tahu bahan rujukan ape yg saye saye perlu. Saye dri form 6 jadi pemahaman saye berkaitan kos yg perlu diambil masih kosong. Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya pn x tau.. sngat kos ni.. sbb sya dari form 6 juga.. kalau ada rezeki dpt masuk lah sept ni..?..

      Delete
    2. Syaa pun sme.. Insha Allah jupe

      Delete
  18. Maaf nak tanyaa.. utk course ni kebanyakannya kita akan berada di kajian lapangan atau dalam kuliah?

    ReplyDelete
  19. hai..nice blog adik...good info tq share ..menarik bidg geomatik ni.dn luas juga peluang kerjayanya.. ade adik 2 nak tau lebih bolehla wsp sis bantu bg info ...skrg ade intak utk sijil dan juga diploma....dik bole mntk keje kt sini..

    Jabatan Ukur
    Jabatan Tanah
    Jabatan Kerja Raya
    Petroleum
    Jabatan Perhutanan
    Firma Pengukuran
    Firma ICT / GIS
    Pensyarah Universiti
    Firma Pengurusan
    Firma Alam Sekitar

    ha..nmpk byk tu peluang..gaji pun best..jom wsp la nak dgr details akak terang..
    www.wasap.my/601116930576

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥