Apr 26, 2014

Belajar masak demi 'Masa depan'.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Hahaha saya tak nak mengaku ! xP
Actually, semalam miza start belajar masak. Maksudnya buat awal sampai akhir. Sebab selama ni bila masak je miza suka lari-lari. Hahahaa. Buat sarapan sampailah untuk lauk tengah hari. Sarapan buat nasi goreng dan macam biasa mesti ibu ada sekali. Faham-faham jelah apabila seorang ibu bersama kita memasak dia punya bebel. Hihi comel je ibu ni. And miza cakap dengan ibu,

"Ibu pergi la duduk depan. Tak perlu duduk dapur pandai la mimi (panggilan dekat rumah) masak. Kacang je ni".

"Tak nak ! Nanti buat tak jadi. Nak buat nasi goreng jadinya mee goreng pulak nanti".

Haha. Boleh gitu ? And in littlel my heart was like Aaaa 'pergi la depan. pergi la depan'. Hahaha. Untung kau miza ada ibu nak guide kau. Kalau tak terkontag kanting dekat dapur. Ahaks.
Tengah hari pula masak asam pedas ikan mayong. Fuhh nasib yang ni kurang sikit bebelnya. Baru tahu nikmat memasak ni bila orang lain makan dia cakap sedap dan bertambah-tambah. Yeayy yeayyy. Alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu kena pulak malam tadi ayah buka tv alhijrah, forgot that title tapi pasal perempuan ni kira anak orang biasa-biasa means bukan anak orang kaya tapi pandai banget la masak. Memang ummmppp ! Lelaki ni anak orang kaya, anak dato' dan datin. Ayah dan mak dia nak jodohkan dengan orang kaya, cantik la perempuan tu lulusan luar negara. Tapi bab masak. Huhuhu. Tapi lelaki tu tetap pilih perempuan biasa tu. -penerangan lebih kurang macam tu la ceritanya-

Tup tup suara ayah kedengaran...

"Haa tengok tu perempuan kena pandai masak. Lelaki ni tak pandang paras rupa. Janji pandai masak boleh cair habis. Nak nak masakan pebretttt dia. Macam ibu. ". Hihihi. Then ibu pula mencelah..

"Kalau cantik mana pun, belajar tinggi mana pun kalau tak pandai masak. Hati-hati takut suami cari lain. Macam kawan sekolah ibu masa mengajar dulu isteri dia cuma pandai masak jenis sup dengan kicap je. Last-last cari lain. Lepas tu dia cakap baru rasa nikmat hidup".

Kihkih. InsyaAllah i'll try my best ibu. Doakan anak ibu ni yang bernama Nur Hamizah bt. Mohd Idgihat jangan malas-malas. Biar aura rajinnya datang jangan bermusim tapi tiap masa. Aamiin.

Oh ya, kita sebagai orang perempuan ni, lelaki pun kena belajar masak. At least benda-benda simple pun ok la. Jangan tak tahu langsung. Bukan pasal kawin ke apa. But about the future. Ibu, mak,umi, mama kita bukan hidup selamanya. Sampai masa Allah akan ambil kembali hak Dia. That's why ibu selalu pesan,

"Belajar masak ni biar kerana Allah. Baru berkat. Masak dengan penuh kasih sayang. Belajar ni untuk kemudahan mimi juga. Nanti kalau ibu dah tak ada boleh masak sendiri rasa balik masakan ibu. Tak lesap macam tu je resepi turun-temurun ni. Tak ada la makan dekat hari-hari dengan Aji no motor pun banyak. Jalan pun cepat.".

Mana taknya, beli makanan segera dimasak dengan cara segera dihidangkan dengan segera makan segera, mati... apa tak segera kerana mempunyai bahan-bahan pengawet ? Haaaa renung-renungkan.

chαηεℓ
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam 

19 comments:

  1. petang miza,kak nini ni kalau nak masak yang simple-simple bolehlah,yang up sikit,memang tak pandai. tapi,takpelah,boleh belajar lagi kan?hehe. bestnyer,kalau akak pandai masak macam ibu akak,uwaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tak apa kak. Selagi ibu kita hidup gunakan sebaik mungkin untuk menuntut ilmu memasak ni. Akak boleh ! Yakin ! Allahhuakbar ! :D

      Delete
  2. hahah. betol sangat. perempuan bljr tinggi mana pon masak kene pandai. :D

    ReplyDelete
  3. selalu sangat buat macam gambat kat atas tu hahaha.
    teringat masa first time nak masak telur, meletup letup xD

    ReplyDelete
  4. Selalu je beraksi macam dalam gambar time masak. Hihi.
    Nak pro jugakk masak! Yg penting,jgn malas okeyyy :D

    ReplyDelete
  5. ecah macam tu lah masa mula2 masak -.-'' sbb trauma kaki mellecur kena minyak panas.. sobsob

    ReplyDelete
  6. inshaAllah . lama2 pandai :) betul laa tu apa kata mak ayh miza . masak dengan kasih syg mask dgn ingin mdpt berkat Allah . inshaAllah bertambah sedap masakn kita . n mak akak selalu pesan dkt akak , smbil masak2 tu bykkan berdoa n selawat . insahAllah sedap hingga menjilat jari nanti . hehe . akak pun nak masak2 kari bagai tu memg x pass lg . suka lupaa bubuh santan time bilaa . haha . masak simple tu boleh laa :D

    ReplyDelete
  7. dulu akak macam tulah pesennya bila nak masak kakaka tapi sekarang steady je walaupun takut sikit hahaha. goodluck for you and me too :3 moga ilmu memasak main bertambah nanti hehe

    ReplyDelete
  8. hahaha. ee dah selalu buat macam tu miza =3
    aar jugak kan. so segera lah kita pandai masak. mihmihmih.

    ReplyDelete
  9. gmbar kat atas tu,suami sy suka buat macam tu..dah mcam nak pegi berperang kalau die dduk dapur..hehe

    ReplyDelete
  10. hehehe.. terasa nya diri ini... akak xpandai masak, tapi akak tahu resipinya camne... boleh x? hehe

    ReplyDelete
  11. kyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hi mizah hehehehe <333333
    heheehehe.qila pun rasa mcm nak halau je umi dr dapur so takde lah nanti gelabah hahahaha confirm nnt takjadi heee~~~~

    ReplyDelete
  12. ahahahahahah dahlah bab2 masak ni saya fail. -.-"

    ReplyDelete
  13. hahaha :D. sangat lawakk :D btw df penah kot mcm tu hee

    ReplyDelete
  14. Terbalik pula dengan aku, kalau aku lagi nak mak duduk sekali kt dapur kalau memasak, kalau tak memang tak jalan.. mak nak rehat sekejap kt depan suruh gorengkan pun nak tanya juga, boleh angkat ke? letak apa lagi ni? letak banyak mana? etc2.. agaknya mesti annoying melayan :/

    ReplyDelete
  15. hee.. kalau belajar masak dengan mak..bebel itu normal..

    ReplyDelete
  16. hehe. kelakar ahh. entry miza ni buat akak mengimbau zaman lepas spm. akak pun baru nak belajar masak masa tuhh. before this tolong sikit dahh lesapp. hahaha. samaa sangat. btw, kipidup mizaaa :D

    ReplyDelete
  17. ni kena mengaku. hazy pun dolu-ii ada jugak buat macam gambar tu !
    tapi lama-ii tak buat dah XD

    ReplyDelete
  18. sampai sekarang akak duk buat macam dlm gambar tu hahaha *gelak tutup mulut*
    best sebenarnya memasak ni
    nak-nak bila lengkap semua bahan2 ada

    Rasa puas bila makanan yg kita masak tu orang makan habis & cakap SEDAPNYAAAA
    kita yang tak makan lagi pun terus kenyang bila dengar camtu hehe :p

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥