Feb 21, 2014

Doktor kata tak ada harapan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Maaf dalam minggu ni agak busy. 20/2/2014 hari Khamis, bawak ayah pergi hospital untuk check tulang rusuk ayah yang patah tu. Miza ada cerita sikit dalam entri ni macam mana ayah accident (mimpi pelik). Alhamdulillah ok. But i don't know why doktor tak tengok pun hasil X-ray. Maybe because ayah cakap dia dah tak ada sesak nafas and bunyi bersin dia dah ok. Hahaa. Serious gelak bila dengar ayah bersin masa mula-mula accident. Mihmihmih.

Semua benda ni miza buat dengan ibu berdua. Kakak dengan abang dah balik Uni masing-masing. Alhamdulillah nasiblah Allah itu ada. Dia lah yang bantu mempermudahkan segala urusan, bagi kekuatan, bagi kesihatan. Syukur sangat. Yelah ibu pun dah tua, umur ibu 62 tahun ni. Dah tak berapa nak kuat. Tapi miza yakin kok, Allah itu sentiasa bersama kita. Allahhuakbar ! :felido:

Sebelum hari Khamis, hari Selasa 18/2/2014 pergi hospital bahagian ortopedik. Nak check perkembangan kaki kiri ayah. Macam biasa pergi buat X-ray dulu. Dah X-ray, balik semula ke klinik pakar 2. Memang banyak lah hasil X-ray yang dia keluarkan. Penuh meja doktor tu. Miza dalam hati gembira la sebab tengok macam ok. Yelah miza mana la faham sangat nak tengok hasil ujian x-ray tu macam mana.

Mula-mula doktor tu cakap
"Tulang pak cik tak ok lagi ni. Patutnya kena masuk besi. Sebab kalau simen dia takkan sembuh"

"Tapi doktor, hari tu masa dekat wad selama 28 hari tu. Doktor pakar tak berani nak buat operation sebab risiko tinggi. Ayah ada sakit jantung, paru-paru dah mula masuk air, sakit buah pinggang. First day masuk wad doktor nak masukkan skru pun 3 kali tunda." - Miza

"Hm. Tulang pak cik ni open frecture. Lagi pun jenis yang pecah kecik-kecik tu. Ibarat kaca jatuh ke lantai." Dapat imagine tak macam mana ? Allahhuakbar.

"Ni pun dah sebulan lebih baru tumbuh sikit sangat tulang barunya. Lagi pun hari tu tempat ni luka. Takut ada jangkitan kuman. Ok la bulan depan datang lagi. Kita ambil darah dulu 3/3/2014. Lepastu 10/3/2014 kita lihat perkembangannya."

Korang dapat bayangkan tak, setiap hari ayah akan tanya tak lama lagi kaki ayah akan sembuh. Dengan yakinnya miza bagi tahu ayah insyaallah bulan 3 dah boleh buka. Then ayah dah boleh jalan. Tapi doktor kata tak ada harapan ? Serious hari tu balik dari hospital ayah diam je.

Balik rumah ayah cakap, sayu je suara ayah.
"Ibu, adik.. ayah minta maaf sebab banyak susahkan ibu dengan adik. Ayah minta maaf selalu marah adik."

Allah. yaa mungkin ayah tertekan. Tapi adik tak kisah sebab kita kan ada Allah :') LaillahaillAllah.

Alaa itu cuma kata manusia jee. Doktor kan buat ramalan. Bukan dia ada kuasa pun. Apa lah sangat kata manusia. Dia cuma berkata-kata. Ulang taip cuma berkata-kata. Hm faham? Hahahaa.

Miza yakin dengan Allah yang lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah yang lebih berkuasa. Insyaallah dengan izin Allah dan bantuan Allah pasti sembuh. Allah yang beri kesakitan, Allah jugalah yang menyembuhkannya. =')

Usaha -> Doa -> Tawakal -> Berserah diri kepada Allah -> Yakin dengan kuasaNya.

Wahai hati dan iman, kau kuat ! kau tabah ! Moga kau redha atas setiap ujian Allah dan bersyukur atas setiap nikmat Allah. Allah sentiasa bersama. Yakin ! Berserah pada Allah. Doa ! Doa senjata kau. Allahhuakbar !
Apabila Allah mencintai seseorang hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu sabar dan redha, maka Dia akan memilihnya menjadi kekasih-Nya. - Hadis Riwayat Ibnu Majah-
Insyaallah moga kita dipilih untuk menjadi kekasih Allah. Subhanallah. Aamiin ya Allah.


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

14 comments:

  1. dik.. ALhamdulillah adik seorang yang berfikiran positif.. yes.. ayah adik tengah stress tu... sebagai ketua keluarga, mestilah dia tak nak susahkan keluarganya... insyaAllah, Allah selalu bersama dengan orang yang bersabar dan percaya kepada-Nya.. keep your faith to Him okay :)

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan segalanya. Insya Allah. Jangan pernah putus harapan. Doa doa dan doa :)

    ReplyDelete
  3. akak! ayah! emak! stay strong xD in sya allah Allah ade dgn kita selalu

    ReplyDelete
  4. pagi . :) saya doakan ayah miza sihat . bnyak2 kan berdoa . doa sy mengiringi kalian sekeluarga . aminn :'D

    ReplyDelete
  5. miza. sama sama kita dua untuk ayah miza k. bertuah ayah miza dapat anak macam miza. hehehe. kalau dekat dah lama ee datang ziarah =D

    ReplyDelete
  6. Salam kenal..

    Syafakallah to yr father..

    ReplyDelete
  7. insyaallah. kuat semangat. Allah takkan hntr ujian kalau kita tak mampu hadapi. mudah-mudahan ayah miza cepat sembuh. Doa yang terbaik yea. :)

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah, semoga ayah awak bertambah sihat dgn izinNya..Doa anak2..

    ReplyDelete
  9. <3
    :((((
    amin. Semoga kita semua dipilih untuk menjadi kekasih Allah swt... <33333

    ReplyDelete
  10. sedih sy dengar TT^TT
    sy harap ayah miza cepat sembuh dan mak, ayah, and miza diberi kekuatan hadapi dugaan yg Allah beri aamiin..
    setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.. be happy okie lakukan yg terbaik utk ayah supaya cepat sembuh ^__^ insyaAllah...
    btw suruh ayah cuba herbatus sauda... ^___^
    cuba insyaAllah.. mana tau boleh cepat baik dengan izinNya :D

    ReplyDelete
  11. doktor tu manusia.. dia hanya bercakap takde harapan tp yg menentukan Allah.. kita kan punyai doa yg sgt kuat.. syukur ayah miza dah sembuh sikit

    ReplyDelete
  12. Semoga Ayah cepat2 sembuh..sedih dengar cite pasal ayah dia ni :(

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥