Aug 13, 2013

Solat Sunat Dhuha Membuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah sudah menjelang Syawal ke-6. Bagaimana kemeriahan yang disambut ? Semoga kawan-kawan semua sentiasa dalam rahmatNya.

Ada yang sudah mula menjalani ibadah puasa 6 ? Alhamdulillah teruskanlah. Kepada yang belum, rebutlah peluang ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya berpuasa enam hari pada bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun."
Subhanallah. Ok hari ni miza nak kongsikan ilmu miza yang masih cetek ni bersama kawan-kawan sekalian, iaitu mengenai "SOLAT SUNAT DHUHA"

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

RUANG WAKTU DAN WAKTU AFDAL :

Dhuha bermaksud pagi maka ruang waktunya bermula kira-kira 28 minit selepas terbit matahari. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul
7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakam oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah SAW menjelaskan :
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya."
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul
10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).

CARA PELAKSANAAN :

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah  atau . Cara menunaikannya adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.



Surah-Surah :

Al-Fatihah, Qul Ya Ayyuhal Kafirun, Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad.

ataupun

Al-Fatihah, Al Syams, Al-Fatihah, Waduha.

ataupun

Al-Fatihah, Ayat Qursi (7 kali), Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad (11 kali).

Di dalam sujud akhir dibaca :

(40 kali)

ataupun


(40 kali)

Doa Setelah selesai solat Dhuha :


Kalau kawan-kawan nak mudah untuk menghafalnya,  boleh lah dengar alunannya. Click Sini

Dalam satu riwayat Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

SEMOGA BERMANFAAT =D 

35 comments:

  1. Alhamdulillah rindu nak solat dhuha...insyaallah nak berazam pose 6 lepas habes 'peod' ;pp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ^__^ Bagus la kalau macam tu, semoga Allah sentiasa memberkatimu sayang :D

      Delete
  2. moga dapat amalkan...insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dapat lakukan dengan istiqamah. Amin. insyaallah =)

      Delete
  3. terima kaish dear ats perkongsian ini.. insyaallah sama2 kita buat.. :)

    p/s: choki nak minta tolong tu kan, choki email username dan pswd kat email sis .. ini email : pinky_deeno@yahoo.com

    insyaallah sis cuba buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak, alhamdulillah Allah yang gerakkan hati ni ^_^. Mudah-mudahan kita dapat amalkan secara istiqamah. Huhu maafkan miza ye kak susahkan akak ^^"

      Delete
  4. semoga kita dapat istiqamah buat solat sunat dhuha ni..aminnn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah khairan kathira. Amin ya allah. semoga Allah memberkatimu :D

      Delete
  5. Thanks for sharing...insyallah sama-sama kita amalkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Alhamdulillah. insyallah semoga dapat diamalkan secara istiqamah. ^___^

      Delete
  6. terima kasih di atas perkongsian berguna ni.. :)

    ReplyDelete
  7. salam kenal.. perkongsian yang baik.. bersama kita mengamalkannya..
    p.s: akak singgah&follow di sini.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwwah fillah abada abadan ^__^ Alhamdulillah semoga kita dapat amalkan secara istiqamah. Amin. Jazakillah khairan kathira ya akak sayang :D

      Delete
  8. dear.. ini ada cerita sis pasal branula .. ini entri lepas, mungkin chokie tak kenal lagi blog sis masa tu.. baca kat sini : http://dayangdeno.blogspot.com/2013/01/biru-merah-jambu-dan-hijau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jujur miza cakap miza baru kenal akak ^___^ banyak lagi miza belum tahu pasal akak. Terima kasih akak pasal perkongsian ini :)

      Delete
    2. welcome :) takde apa la tu, sis suka berkongsi pneglaman sis.. hihi^^ komen chokie tadi kan.. ha'ah.. branula tu la biasa doktor cucuk kat tangan untuk masuk ubat, masuk air, darah dan segala bagai... biasanya kat lengan atau tanga.. kalau tak boleh kat situ, kat kaki.. kalau tak boleh juga, kat leher, peha.. mcm2 tempat yang ada salur darah.. pernah sis tengok doktor pasang branula kat kepala baby sebab semua tempat tak boleh dah.. tapi baiknya fungsi branula ni boleh masukkan ubat ke badan melaluinya :)

      Delete
    3. Ya Allah sakitnya. Miza tak pernah pula nampak kat bahagian lain. Selalu nampak kat tangan tu je :')

      Delete
  9. Assalamualaikum,
    mari kita amalkan solat sunat dhuha..
    sis suka baca doa dhuha...
    kemana saja sis sentiasa baca doa die..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam wbt. In sha Allah kita amalkan secara istiqamah. Amin. Sama la. Hihi miza hafal bahasa melayunya ja. Arabnya belum terhafal lagi. Selalu baca dalam lagu. Dah terbiasa ^^"

      Delete
    2. takpe, buka lagu UNIC doa Dhuha tu..lama2 hafal juga..
      sis pun dulu terial-kial nak hafal dua2...arab dan terjemahan melayu..huhu..

      Delete
    3. Huhu Insyaallah akan diusahakan ^_^

      Delete
    4. akak reply komen adik kat entri akk tu,

      untuk ucapan salam, sama maksudnya Assalamualaikum, cuma itu salam dari arab, Salam Alaikum ke, As'salam ke, sama je maksud...

      Doa Qunut Nazilah tu ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi oleh Allah dari bahaya. Macam kezaliman, peperangan, kekecaman dan sebagainya lah..dan doa tu dibaca sebelum memberi salam selepas solat.

      Delete
  10. suka doa dia yg dibuat lagu tu..kdg2x boleh terikut2x... :) insya Allah kita amalkan bersama.moga murah rezeki slalu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah dengan miza. Hihi Insyaallah. Amin ya Allah. Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki mu juga. Jazakillah khairan ^_^

      Delete
  11. nice entry.♥ it..selamat hari raya miza.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakillah khairan kak hanie ^_^ Taqabballalah minna waminkum. Salam Aidilfitri juga :*

      Delete
  12. Alhamdulillah =) sgt2 suka entri ni...sy pn xthu tempoh dhuha ni smpai pkul 1..sbb mak bgthu smpai pkul 12 je...syukran2..dpat memantapkan lg ilmu yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallah khairan kathira. Miza selalu buat dalam pukul 10. Ni pun miza tulis sebab dapat daripada ustazah. Jadi miza share la serba serbi ilmu yang ada. semoga bermanfaat ^_^

      Delete
  13. Semoga kita semua dapat melakukannya dengan istiqamah. Thanks sharing ^_^

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah thanks for sharing :)

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥