Wordless Wednesday: Dapat jawab boleh balik.

Bismillahirrahmanirrahim.

Credit: Kampung Monyol - GIANTPOLAR.
HAHAHAHAHAHAHA. lolz~ Dulu tak pernah terpikir nak buat gini :shylaugh:
Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Wordless: Musim nak exam.

Bismillahirrahamanirrahim.


Haaha semua gangguan yang tak semena-mena XD

Allah Yuftah Alaikum !

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Sanah Helwah AYAH ♥

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan kamu.
Allah selamatkan Mohd Idgihat.
Allah selamatkan kamu.

           
 Happy birthday~ Selamat hari jadi~ Sanah helwa~ Piranta naal valtukal~ Zhu ni sheng ri kuai le~ Saengil chuka hamnida~ Ayah kesayanganku, Mohd Idgihat bin Sabikin yang ke 53 tahun.

:125::101::125::101::125::101::125::101:

Semoga saki baki umur ayah diberkati dan dirahmati Allah.

Semoga ayah sentiasa kuat dalam menghadapi ujian yang Allah berikan.

Semoga ayah sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Semoga ayah sentiasa bahagia bersama ibu.

Semoga Allah akhiri kehidupan ayah dengan kalimah, "LaillahaillAllah."
Allahumma Aamiin. 


Gambar ayah yang the latest. Wuu ayah saya sangat handsome aww! Haha maknanya tu muka saya yang the latest juga la. *muka bahagia*. 
Yeaahhh this is my hero. Forever super duper beloved hero and my king in my heart. 

Ayah jugalah orang pertama yang risau kalau anak-anak dia demam ke sakit ke. Allahhuakbar. Besar pengorbanan ayah kepada kami sekeluarga. blogger-emoticon.blogspot.com
Ayah lah wira terhebat di hati adik. You're my superhero untill jannah, ayah. :107:

Gambar raya zaman dulu.  Time ni ayah masih sihat. Gambar sebelum ayah accident. 
*Rindu nak tengok ayah diri. Rindu nak tengok ayah berjalan.* 
Tapi apalah raya tanpa ibu dan ayah. Alhamdulillah saya masih punya ayah dan ibu. 

Dengan ini saya Nur Hamizah Binti Mohd Idgihat ingin mengucapkan,

"Taqabballahu minna waminkum."
"Minna waminkum taqqabbal ya kareem."

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Fi Hifzillah kawan-kawan semua.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Masih punya harapankah aku ?

Bismillahirrahmanirahim.
owner
Allah berfirman dalam surah Az-Zummar, ayat 53, maksudnya:
Katakanlah, "Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya kecuali dosa syirik. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Betapa Allah nak tunjuk kasih sayang-Nya. Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab, ayat 43, maksudnya:
Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan para malaikat-Nya (memohonkan ampunan untukmu), agar Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.
SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahhuakbar. 

Moga Allah akhiri kehidupan kita dengan kalimah

"LaillahaillAllah."

Moga Allah redha.
Moga Allah pimpin kita pulang kembali ke jalan-Nya.

"Jangan pernah engkau rasa putus asa dari rahmat Allah."

"Kadang hidayah Allah dah sampai depan mata kita tapi kita yang mengsia-siakan kedatangannya."

"Ambil peluang. Jangan tunggu sampai esok."

"Kehidupan kita yang paling besar ialah untuk redha Allah. Itu penentu segala-galanya. Orang boleh nilai kita, kita boleh nilai kita, orang boleh perasan diri kita, kita boleh perasan diri kita. 

Tetapi satu keputusan di akhirat, redha Allah atau tidak kepada kita, tentukan siapa kita. Siapa diri kita? Saya boleh bercakap boleh menulis apa saya nak cakap nak tulis. 

Tapi kat akhirat satu keputusan Allah penentu hidup kita. 

Sebab itu jangan pernah kita hidup, buat apa jua sekalipun selain kerana Allah. Tujuan hidup kita kerana untuk kita dapat redha Allah. 

Sebab itu tanam sungguh-sungguh kehidupan kita ialah untuk dapat redha Allah, untuk Allah sayang kita, untuk Allah terima kita. Itu tujuan kita. Allahua'lam"-Ustaz Ebit Lew.

Allah berfirman dalam surah Al- Fajr, ayat 27-30, maksudnya:
Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya Maka  masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku.
Moga ramadhan yang berbaki ini kita rebuti untuk mengambil peluang bertaubat kepada-Nya.
Moga kita semua sentiasa dalam pelukan kasih sayang Allah.

Fi Hifzillah kawan-kawan semua.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Keputusan nak ubah link blog atau tak.

Bismillahirrahmanirrahim.

Owner.
Hari ni dah masuk 19 Ramadhan. Moga Allah pimpin kita erat-erat menuju ke jalan menuju redha-Nya. Aamiin.

Ingat lagi tak hari tu dalam satu post miza dalam bulan ni (Click sini). Miza tanya pendapat adakah miza perlu tuka link blog atau tak kan. 

By the way, Jazakumullahu khairan kathira buat kawan-kawan semua yang sudi kongsikan pendapat dan bagi penenang serta support kepada saya. Alhamdulillah saya terima semuanya dengan hati yang terbuka.




Baiklah, setelah 3 hari berfikir. Mintak pendapat dari kawan-kawan blogger mahupun kawan satu pengajian. Dengan hati yang berbolak-balik nak tukar atau pun tidak. Memikirkn kembali side effect yang bakal diterima. Oleh itu, miza buat keputusan untuk kekal setia dengan menggunakan link


Alhamdulillah ya Allah. Dah dekat 4 ke 3 tahun kut guna link ni. Pernah tukar 2 kali je rasanya. Link awal-awal lagi lah, babyhoneysundhine kot. Hahahahahaa. Anis sahabat miza siap hafal link first blog ni sedangkan saya je dah mula melupakannya. Ahaks.

Walaupun kedengaran macam childish "bebelancikchokie". Tapi tak sangka ada juga yang puji cakap kreatif dan unique. *blushing*. Huhuhu. InsyaAllah akan kekal link tu sampai bila-bila. Nama blog lagi lah dah banyak kali ubah. Hahahaha. InsyaAllah akan kekal juga dengan penggunaan Miza Idgihat. Rare gitu. ^^"

Jazakumullahu khairan kathira buat semua yang sentiasa support blog bebelancikchokie ni. Terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga. Moga Allah balas segala kebaikan anda. Aamiin.

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

"Bila nak ambil lesen?".

Bismillahirrahamanirrahim.


Cerita semalam, 5 Julai 2015, jam 8 pagi lebih kurang. Perjalanan ke pasar senggarang lalu parit botak. Hahahaha. Buat-buat tahu je k. Just imagine ~

Entri semalam yang tak habis taip. So, ni miza just sambung je la nakk eh.

* * * * *

Suasana pagi tadi memang sejuk la. Alhamdulillah hujan tak lebat tak gerimis. Sedang-sedang aja. Pagi tadi pergi pasar setelah kena paksa dengan ibu dengan kakak.. Yela aku tukang angkat barang kut. Ok stop mengeluh.

Alasan malas ikut sebab malas nak iron tudung. Yela nak pakai tudung sarung yang cantik tu ibu tak bagi. K ahhh padahal pergi pasar ikan je pun. Aduhh. Hahaha.

Sepanjang perjalanan pergi entah kenapa aku jadi hyper sangat. Mulut tak reti duduk diam. Ada je yang benda nak cakap. Mungkin setelah aku tahu maksud 'Hamizah' itu seorang yang 'Periang, Gembira, Bijaksana' tu yang semakin hyper super duper banyak cakap plus aktif. Ahaks.

Tiba-tiba akak bersuara,

"Ibu, budak pendek ni dari asyik tidur je kat rumah baik kita hantar dia pergi ambil lesen."

"Mimi nak ambil lesen motor. Yela nanti kat U nak bawak motor lagenda tu pergi sana. Weee."

"Akak nak kau ambil lesen kereta. Nak suruh kau pula hantar ayah pergi dialysis. Pergi pasar ke."

"Nak ambil lesen motor dulu. Tu je kenderaan yang mimi ada sekarang ni. Ngeh ngeh ngeh."

"Alaaa yelaa.. Kita ambil sekali motor dengar kereta sekali."

"Macam tak sempat je. Tiggal 2 bulan je lagi. Bulan 7, bulan 8.. Bulan 9 dah masuk U. InsyaAllah."

* * * * *

I don't know why, setiap kali cuti panjang macam cuti sekolah atau habis matrikulasi ni ada je ujian yang Allah hadirkan. Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun. Ok don't forget say "Alhamdulillah" too.

Dulu masa habis SPM ingat nak pergi ambil lesen, tapi ayah accident pula. Jaga ayah kat hospital 28 hari plus kat rumah lagi. Time tu hanya aku dengan ibu. Kakak study abang study. Dua dua study kat belah utara. Sorang Perak sorang lagi Perlis. Time kakak abang balik dia orang ada jaga gak. Gilir-gilir. (2014)

Sekarang ni habis matrik, ayah masuk hospital lagi hari tu sebab jantung and ibu jari kaki ayah kena potong. Diabeates. Genap 10 hari jaga ayah kat hospital. - Hari ke 10 balik. Tak ada ganti-ganti macam tahun lepas, sebab ibu tak berapa sihat time ni. Abang praktikal kat Kedah. So, akak dengan ibu just datang tengah hari sampai waktu isyak. Berpuasa di hospital aww. Ok satu moment yang takkan dilupakan. (2015)

Apa pun Alhamdulillah. It's mean Allah masih sayang kami kan. ^_^

Sahabat aku cakap, Faris. Ujian yang macam ni, ujian senang Allah turunkan buat hamba-Nya. Kekayaan dan kesenangan hidup tu pun satu ujian. Tapi berapa ramai yang jatuh ? Macam Firaun, Qarun laknatullah tu. Nauzubillah min zalik.

Gambar masa puasa ke-3 / ke-2 tak silap. XD
Sejarah pertama aku bawak motor dari rumah ke bandar tanpa lesen. Semua ni demi abang yang tercinta. Nak pergi poskan motor dia ni dari Johor ke Kedah pakai pos laju. Perjalanan aku, Ayer Hitam - Batu Pahat Memang mengucap jela nakk sepanjang perjalanan. Takut kot kalau-kalau ada roadblock. 

Actually tu pergi dengan kakak. Aku rider, dia duduk belakang peluk aku erat-erat. lolz ~ Hahahaha. Ibu follow pakai kereta. Yela kalau tak acane nak balik ke rumah. Time ni terasa macam tengah racing dengan ibu pun ada. Ahaks XD.

Alhamdulillah. I know, Allah always with us. Allah akan sentiasa bantu hamba-hamba-Nya. Robbi Yassir Wala Tu'asir. Segala-Nya berlaku atas izin-Nya. :)

owner
Doakan miza moga Allah permudahkan untuk ambil lesen eh. ^^,
Jazakumullahu khairan kathira. :*

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .

Kau tak boleh makan aku.

Bismillahirrahamanirrahim.



Kau tak boleh makan aku.
Kau tak boleh makan aku.
Kau tak boleh makan aku.
Masih belum buka puasa.
Lalalalala lalalala lalala ~

Hahahaha. Comel sangat okay. Kalau tak fateh hantar video ni, aku takkan tahu kot. Yela tengok tv pun aku jarang. lolz ~

#Thanksbrofatheh.

Korang masak apa je untuk juadah berbuaka puasa ni ? 
By the way, Happy Iftar guys.

Moga Allah terima segala amal ibadat kita.
Nanti masa waktu berbuka dalam 10 atau 5 minit lagi tu banyak-banyak la berdoa. InsyaAllah tu salah satu waktu mustajab untuk berdoa. ^_^
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa itu ada 2 kegembiraan. Pertama ketika dia berbuka dan kedua dapat bertemu Allah di akhirat nanti.” (Riwayat At-Tirmizi)
Salam Ramadhan Kareem

Maafkan miza. Doakan miza. InsyaAllah ada rezeki kita jumpe lagi. Wassalam.

                                                                 Allahhumma Solli `Ala Muhammad .