Wordless : The way we eat XD

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Agak kalau depan family acane pulak ? Wkwkwkwkwk XD

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Aku penat jadi pendosa.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Aku merenung jauh. Aku pejamkan mata.
Sungguh aku penat. Aku penat teramat sangat.
Makin hari makin tua. Makin hari kematian makin menghampiri.

Sampai bila ? Sampai bila aku nak terusan macam ni ?

Aku penat.
Aku penat jadi seorang pendosa tanpa noktah. 
Bila aku nak pencen jadi seorang pendosa tanpa taubat ?

"Ekeleh lek arr kita manusia. Mana ada manusia yang terlepas dari buat dosa"

Aku seakan tertampar. Aku sedar itu bukan khayalan aku semata. Tapi teguran dari Dia. Yang teramat kasih dan sayang akan diri ini.

Betullah apa yang dia tuliskan.
Kita mengajar anak orang, orang akan panggil kita cikgu. Sebab itu tugas kita.
Kita rawat orang sakit, orang panggil kita doktor atau nurse. Sebab itu memang tugas kita.
Kita betulkan kereta atau motor rosak,orang panggil kita pomen atau makanik. Itu tugas kita.

Tapi..
Kalau kita memang seorang pembuat maksiat yang tegar ?

"Kau selayaknya dipanggil seorang PENDOSA"

Nak tahu sesuatu tak ?
Disebabkan title jawatan 'Pendosa' dah melekat pada diri. That's why apabila kita buat dosa depan Allah terang-terangan mahupun sembunyi dari pandangan manusia,.

Kita hilang. 
Hilang rasa segan. 
Hilang rasa takut. 
Hilang rasa gentar akan azab yang Allah janjikan pada kita jika kita lakukan apa yang Allah larang.

Kerana apa ?
Kerana title 'Pendosa' itu sudah sebati dengan kita. Sebab kita rasa itu memang 'tugas harian' kita.

Memang kita manusia tidak lari melakukan dosa.
Disebabkan kita dah pegang jawatan pendosa tanpa mahu melucutkan jawatan tu.
Tiada rasa bersalah lagi dalam melanggar suruhan Allah.

Mulai detik ini aku cuba. Cuba untuk keluar dari kepungan ini.
Aku berazam aku dah tak nak jadi pendosa.

"Ehh, kejap ! Nak kata kau jadi malaikat la ni ?"

Senyum.
Aku hanya manusia biasa yang kadangkala imannya naik, kadangkala imannya turun.
Kadang turun bukan turun sikit-sikit. Sekali turun, menjunam terus.

Sebak.

Tapi aku yakin.
Disebalik kesungkuran aku itu.
Aku masih punya Allah yang Maha Pengasih.
Masih punya insan yang sudi menghulurkan doa.

Benar.Aku, kita selagi nama manusia takkan lari dari melakukan kesilapan dan juga dosa.
Aku nak keluar. Keluar dari takuq yang lama ini.

"
Apabila mind set mengatakan bahawa diri itu ialah seorang pendosa, maka kamu akan terus menerus melakukan dosa tanpa rasa bersalah. Buat apa nak bersalah, sudah nama pun pendosa, maka tugas kamu ialah menjadi kilang penghasilan dosa.

Bahkan lebih teruk, membuat dosa ialah satu kebanggaan dan kemegahan. Boleh bergelak gembira dengan maksiat sendiri. Sehinggakan sanggup membuat pengiklanan maksiat dosa sendiri percuma secara meluas terutamanya di alam maya. Bercerita dosa maksiat sendiri dengan megah gembira. Tiada rasa segan atas segala maksiat yang telah dilakukan.

Membuat dosa dengan bangga!? Astaghfirullah."

Mulai saat ini aku nak jadi seorang

P.E.N.T.A.U.B.A.T
Pembuat + Maksiat = Pendosa
Pendosa + Taubat = Bukan Pendosa
Pentaubat = Pembuat + Taubat
"Andai anda melakukan dosa namun anda bertaubat, maka tidaklah anda dipanggil sebagai pendosa, tetapi seorang pen-taubat."
Pendosa = Pembuat Dosa + Ego tak nak Taubat.

Bukan Pendosa = Pembuat Dosa + Bertaubat.
Alhamdulillah aku temui jawapan. Dalam al-Quran muka surat 67, surah 'Ali Imran.

Sungguh indah titipan kasih sayang buat hambaNya. Cuba hayati dengan setulus hati, cuba fahami tiap bait kasih sayang Allah ini buat hambanya.

Bismillahirrahmannirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa, (3:133)

(iaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan, (3:134)

dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui. (3:135)

Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal. (3:136)

Inilah (Al-Quran) suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (3:138)

Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) berasa sedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman. (3:139)

Dulu kita gelarkan diri kita: seorang pendosa. Pendosa yang tugasnya membuat dosa. Sudah tentu dengan jawatan itu, telah banyak kita kumpul dosa-dosa. Istilahnya seperti telah kita lakukan segala jenis dosa yang ada, tak ada yang missed.

Nak dengar berita baik?



إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.Al-Baqarah | 222

SubhanAllah. Allahhuakbar. Kasih dan pemurahnya Allah. Kita dulunya pikul dosa-dosa berguni-guni. Tapi dengan kita melakukan taubat dengan sebenar-benar taubat, terus jadi kekasih Allah. 

Notted.
Banyak bertaubat = Jadi kekasih Allah
Dalam ayat Quran itu, Allah bagi nama yang special kepada manusia bukan pendosa iaitu: Tawwabeen, yang bermaksud orang-orang yang bertaubat.

Beruntunglah kerana kalian tidak lagi seorang pendosa. Kalian telah pencen dan letak jawatan daripada menjawat jawatan seorang Pendosa yang tugasnya melakukan dosa. Jadi, setelah menjadi golongan Tawwabeen, maka secara tidak langsung kalian telah menjadi golongan yang dicintai Allah.

Alhamdulillah. Seronoknya rasa.

Tapi ingat kembali dalam surah 'Ali Imran ayat 135,

Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya) (3:135)

Wahai Tawwabeen sekalian, apa yang Allah ingin kata dalam ayat itu ialah, kita sebagai golongan pen-taubat perlulah buat satu perkara, iaitu:


Taubat Nasuha


Taubat. Apakah itu taubat? Nak senang cerita pasal taubat ni, taubat ni apabila kita rasa bersalah dengan dosa, insaf dan mohon ampun daripada segala dosa dan ada azam untuk tidak repeat segala kesilapan dan maksiat. Rukun negara ada lima, maka rukun taubat ada tiga:

1. Rasa KESAL akan dosa yang dilakukan.

2. Minta pengampunan dengan Allah melalui solat taubat dan membasahkan hati dan lidah melafaz

"Astaghfirullahal'azim"

"Astaghfirullahal'azim"

"Astghfirullahal'azim"

"Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"

"Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"

"Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin"

serta memohon maaf sesama manusia.

3. Azam dan tekad tak nak repeat dosa.

Tiap kali nak buat dosa je, pastikan ada hati kecil yang melarangmu dan mengingatkanmu akan azab yang Maha Keras dahsyatnya. Nauzubillah min zalik.

Andai tewas dengan maksiat untuk ke-9, maka bangkitlah dengan taubat nasuha untuk kali ke-10.

Tiada istilah 
"Aku tak layak jadi baik"
"Nak ke Allah pandang aku"

Sayang...
Ingat ni, selagi nyawa belum dijemput oleh malaikan Izrail, selagi itu kita masih punya peluang untuk jadi kekasih Allah.

Ingat lagi janji Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186 ?

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh Kebenaran.

Sehitam mana pun sejarah kita dulu.
Sejahat mana pun kita pada suatu ketika dahulu.
Sejahil mana pun kita dahulu.

Ingat.
Cahaya hidayah ini punya milik Allah.
Allah tak pernah pandang siapa kita yang dulu.
Allah pandang bagaimana hati kita sekarang.

Kerana Allah itu punya sifat
Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah.
Ar-Rahim, Yang Maha Pengasih.

Allah boleh beri cahaya tu pada siapa yang Dia kehendaki.
Selagi kita punya niat ingin berubah menjadi baik.
InsyaAllah Allah pasti akan pimpin kita kejalan yang kita ingini.

Jom sama-sama berubah.
Kita masuk syurga sama-sama ea sayang.

Infiruu !



Maksud Infiruu ialah "Berangkatlah".

Maksudnya, mulalah berangkat walaupun dalam keadaan berat ataupun senang. Berangkat untuk berubah, berangkat untuk bertaubat. 

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.-At-Taubah:41

Senyum.
Lap air mata.

Kalau saya tersungkur, jangan putus dengan doa-doa dari kalian.
Bawa saya kembali ke jalan Ilahi.

Saya sayang awak kerana limpahan kasih sayang Allah.
Ukhwah fillah abadan abada fin Jannah sayang.

Kita Pentaubat.
Kita Tawwabeen.

Bukan
Pendosa


Yang Ikhlas,
Miza Idgihat.
Seorang Tawwabeen.
Seorang Pendosa sejak lahir.
Seorang Tawwabeen sejak berdosa.

Sungguh ini bukan dari diri yang kerdil ini. Segalanya datang dari Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.