Nov 22, 2014

Sanah Helwah Miza.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Nama diberi Nur Hamizah binti Mohd Idgihat. Sentiasa di mamah usia setiap kali menjelang 21 November.

Tepat detik 12.00 a.m malam tadi menunjukkan masuknya 21 hari bulan November 2014. Alhamdulillah saya dah dewasa ! ^_^

Hal ini bermakna umur saya gena 18 tahun dan saya dah boleh Derma Darah :D

Syukur. Alhamdulillah. Ya Allah 18 tahun berpijak di muka bumi Allah ni. Sedar tak sedar mati semakin menghampiri. Persiapan masih diperbaiki. Untuk dibawa ke akhirat nanti untuk bertemu dengan Ilahi :')

Miza yang pakai tudung sarung warna biru gelap depan tu. Hee ^^
Isnin malam Selasa 10.11.2014

Kem Da'ie Muda dianjurkan oleh Sahabat Yadim. 
Mereka sentiasa dihati. Ukhuwahtul Jannah Lillahi Ta'alaa 

Alhamdulillah. Syukur. 

Ya Allah tak tahu nak describe macam mana perasaan time ni. Sebak, Takut. Bibir tak henti istighfar jela time ni sambil tu baca Rabbi Yassir Wala Tu'asir. Yela mana taknya pengurus merangkap fesilatator panggil kami suruh kedepan kata kami ada buat masalah disiplin lah, tak pergi LDK lah tak pergi masjid lah, dengan kena marahnya lagi. Lagi-lagi kata yang ramainya perempuan.

 Lepas tu dia cakap kami tak kena denda. Yang kena budak-budak yang tengah duduk.

Denda kena nyanyi 'Allah selamatkan kamu'. Miza masih blurr lagi time tu. Bila dia orang dah start nyanyi perghh tak payah cakap la. Kalau dah sebak plus takut memang sah lah air mata yang bertakung di kelopak mata yang ditahan-tahan pasti akan berguguran juga akhirnya.

Allah. Jazakumullahhu khairan kathira semua. Syukran buat #sahabatYADIM yang sengaja prangg kami ! :')

Ok ni first time rasa disambut oleh orang luar. Selama ni hanya keluarga. Kawan-kawan pun cuma hantar text paling sweet pun nyanyi lagu 'Happy Birthday'. Hahahaa.

Tu pun dah syukur sangat. Cukup buat hati menjadi gembira. Apatah lagi yang mendoakan dalam diam. Lagi-lagi lah sweet sangat-sangat. Allahhuakbar :'D

Sanah Helwah buat semua sahabat-sahabat miza tak kira la lahir hari bulan berapa. Moga kita semua menjadi Daie (pendakwah) dan Mad'u (orang yang menerima seruan) yang diredhai Allah.
 Ukhuwah Fillah Abdan Abada Fin Jannah 
Nasi jagung + ayam masak merah + pencuk + kuah dalca + rendang daging.
Koktail buah susu cair.

Tabarakallah.. Jazakumullahu khairan khatira buat ibu, ayah, kakak, abang. Terima kasih kakak, ibu masakkan lauk sangat special dan sedap macam ni. Perghh ayah, abang, saya bertambah makan XD

Jazakumullahu khairan kathira buat kawan-kawan, sahabat-sahabat yang kenal mahupun tidak yang mendoakan dalam diam. Moga Allah sentiasa memberkatimu dan menjadi kekasih Allah.

Hari ni dah balik KMJ. Esok dah start kuliah. Maaf sepanjang pengajian berkemungkinan jarang update blog. Mohon maaf atas segala salah silap. Moga Allah redha :')
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Nov 20, 2014

Wordless : Seribu satu harapan bagi seorang ibu.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Mungkin nampak remeh.

Tapi inilah yang menjadi harapan terbesar ayah dan ibu
apabila mereka sudah tua.

Anak yang soleh dan solehah.

Paling tidak bacakan alunan zirkruAllah ditepi telinganya.

That what ibu says.
InsyaAllah i do it

=')
Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya."
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Nov 19, 2014

Wordless : How to pack luggage easier.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Ni pun tahu masa nak packing barang untuk ke UiTM tapi tak jadi tapi pergi ke KMJ. I learn from ibu. Macam-macam boleh sumbat bila macam ni. And i found this via tumblr ^_^
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Nov 17, 2014

Movie Review : INTERSTELLAR.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.




Hari rabu 12/11/2014 sahabat miza, Anis call.
"Miza jom hari khamis ni kita keluar dengan Hasliana sekali. Rindu nak jumpa korang ni. Cepat la tanya mak kau sekarang"

"Ermm, jap lagi la aku tanya mak aku. Nanti aku bagi tahu kau ok."

K fine pagi khamis tu baru miza bagi tahu ibu yang khamis tu nak keluar. Itu yang buatkan anis geram dengan aku. Mihmihmih. And macam biasa my beloved sister akan meng-offer-kan diri untuk jadi driver. That's why i love my sister very very much. 

Sampai je Batu Pahat Mall, kakak letak kita orang depan pintu and give me some money. Sampai mall around 12 p.m. Tak tahu nak pergi mana. Has bagi cadangan nak tengok wayang. Ok seriously tak tahu nak tengok cerita apa.

"Kalau tanya aku, catoon la jawabnya yang aku akan tengok" -Anis.

Jeng jeng jeng. Mata anis tajam pandang satu poster besar INTERSTELLAR.

"Miza has, korang mesti nak tengok cerita ni kan. Lagi-lagi miza ni. Pasal angkasa tu" -Anis.

Miza dah senyum-senyum je time tu.

"Ok kita decide tengok 1 cerita je senang. Tak payah berpecah" -Hasliana


Ok dipendekkan cerita wayang start 1.45 p.m, 3 jam jalan ceritanya. First time masuk panggung tak bawak pop corn. Bajet -,-' k. Fufuffuuu. Seriously mula-mula cerita sumpah ngantok yang amat dengan perut yang kenyangnya. Tiba-tiba sound effect dia kan. Terkejut kau. 

Hahaha seriously miza dalam panggung bising gila dengan has. Anis diam je. Tapi tak ada la cakap kuat sangat. Can imagine ? Wkwkwkwkwkkk. XD

Credit jalan cerita ni kepada : Kerusi Burok.

Kalau korang nak tahu lebih mendalam betapa seronoknya cerita ni saksikan lah :D
Serious, tak rugi pun. Sangat-sangat la best ! Dengan dikaitakan dengan Third Newton Law, Quantum number. Memang best sebab dapat kaitkan dengan apa yang kita belajar. Hee.

Memang kena la dengan jiwa miza yang bercita-cita nak jadi astronomi fizik ni ^^

Ohh yaa, bila tengok cerita 2012, Gravity, Interstellar makin la membuak-buak miza nak gapai impian miza jadi seorang Astronomi. Yeahh saya punya tujuan dan mission saya.

InsyaAllah miza nak buat kajian. Nak cuba bongkar kebenaran disebalik tipu daya orang barat. Cari planet lain untuk selamatkan diri ? Hm.

 Akhirat yang kekal abadi yang Allah janjikan dengan Syurga dan Neraka sudah Allah beri. Hanya tinggal kita untuk buat pilihan.

Doakan miza. :')
Bercita-cita ingin menjadi seorang Astronomi Fizik. Tak perlu sampai ke bulan. Cukup sekadar mengkaji ciptaan Allah di bumi berlandaskan Al-Quran dan hadis. InsyaAllah. Aamiin.
Love my sahabat so much. Kami sahabat. Kami legend. Moga Allah redha 
Kalau korang tahu cerita (movie/buku) pasal angkasa bagi la tahu :)

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

BERSAMA kesulitan ada kemudahan.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan 
Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Seriously i love too much to hear his voice. SubhanAllah.

Hari ni miza nak kongsi sedikit dan membongkar rahsia The Power of Surah Al-Insyirah ni. Perkongsian kali ni pun melalui pengalaman apa yang miza lalui.

Surah Al-Insyirah atau dikenali sebagai surah As-Syarhi atau Alam Nasyrah.

Miza suka sangat surah ni. Benar ya Allah apa yang Allah firmankan. Tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan.

Allahhuakbar, Sebenarnya kita boleh nampak sendiri dan boleh rasa sendiri setiap kesulitan yang Allah hadirkan tu sebenarnya ada kemudahan.

Sering kali kita sebagai manusia merasa berat menanggung sebuah ujian sehingga kita meninggalkannya dan lari daripada masalah. Padahal jika kita bertahan dan bersabar hingga ke akhir ujian, Allah swt telah menyediakan untuk kita sebuah kemudahan dan kemanisan hidup. Maka jika kita lari sebelum masalah itu selesai, tentulah kita hanya berasakan pahitnya sahaja tanpa pernah merasakan kemanisannya.

Ada hamba Allah ni bagi tahu.
"Sebab tulah Allah hadirkan kesulitan kerana sebenarnya Allah nak hadirkan kemudahan buat kita. Cuba bayangkan kalau kita sentiasa berada di 'zon selesa' pasti kita takkan merasai kenikmatan untuk merasai kemudahan disebalik kepayahan itu"

Kalau Allah sendiri yang bagi jaminan terhadap kita. Siap Allah ulang dua kali dalam surah ni. Apa lagi yang kita nak risaukan kata masalah tak boleh diselesaikan ?

'Aku lebih yakin dengan janji dan jaminan Allah daripada matahari yang janji akan terbit keesokkan harinya'

Antara bersama kesulitan yang miza sendiri rasa dalamnya bersama kemudahan semasa peristiwa rumah miza terbakar 13 Disember 2012. Boleh baca kisahnya di entry ini. SubhanAllah sungguh Allah tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dan banyak lagi lah. Time exam. Terlalu banyak pertolongan Allah. Terlalu banyak nikmat yang Allah beri. Allahhuakbar :')
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ?
-Ar-Rahman-
Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambanya.
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
-Al-Baqarah : 186-
Ada satu malam ni miza dengan kawan-kawan buat satu discussion time LDK. Then tiba-tiba i lost my idea to tell them. My friend told me to read surah Al-Insyirah.

"Miza cuba istighfar, selawat and baca surah Alam Nasrah"

I do what she told me. And it's amazing ! Like a magic ! SubhanAllah. Alhamdulillah tak sampai 2 minit atas izin Allah ingat balik idea apa yang nak diluahkan.

My friend smile to me and yeap Islam is very wonderful religious 

My father always told and remember me that
"Kita untung sangat hidup dalam islam sebab kita punya Allah yang sentiasa bersama kita"

Kata kuncinya, NEVER GIVE UP dengan apa jua rintangan dan ujian yang Allah hadirkan. YAKIN dengan janji-janji Allah bahawa pertolongan Allah tu sentiasa ada bersama.

Jangan pernah ragu-ragu walau sekecil zahrah dalam hati mengenai Allah. Kalau ada terdetik cepat-cepat. Istighfar.

Astghfirullahalazim.


Asbabun Nuzul.

Dalam sebuah riwayat, dinyatakan bahawa ketika turun ayat keenam daripada surah ini, Rasulullah SAW bersabda: "Bergembiralah (hai orang Mukmin) kelak akan datang kemudahan bagi kamu, kerana satu keulitan sekali-kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan."


Sumber : Siri Bacaan Ana Muslim (Al-Quran Pertamaku -Juzuk Amma)

Credit : The Owner
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

Nov 15, 2014

Wordless : What is Happiness ?

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.










No one can bring you true happiness except Allah. Seek it from Him alone. -AbdulBary Yahya

Creadit to : The owner

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad

Nov 14, 2014

Doa apabila dianiaya dan dizalimi.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Creadit : Owner
Hari ni miza nak kongsi sedikit pengalaman. Ada satu hari tu handphone miza hilang kena curi. Apa perasaan kita apabila benda paling kita sayang dicuri orang ? 

Mesti rasa first nangis tu dah pasti bagi perempuan. Confirm akan ada terculit rasa nak marah, maki dalam maki doa biar orang tu ditimpa bala (kena petir, dilanggar lori, dll)

Betul atau tidak ?
Tak perlu jawab di sini, tetapi tepuk dada tanya iman dalam diri. 

Yaaa, seriously benda yang sama terjadi pada miza. Kita manusi biasakan kadang iman kita naik, kadang iman kita turun. 

Miza dapat suatu ilmu daripada pengalaman yang miza lalui hari demi hari sekian lamanya hidup menumpang di muka bumi Allah swt ini.

Ada ustaz ni kata masa program Usrah Nurani di ikim.fm
"Adakah kita memperoleh MANFAAT dengan mendoakan keburukan kepada sang penganiaya apabila kita dianiaya?"

*Lidah kelu untuk berkata-kata*
*Otak giat menggerakkan neuron-neuron untuk bersambung dengan lajunya untuk berfikir*

Allahhuakbar.
Benar apa yang dikatakan. Cuba bayangkan apabila kita doakan 'pencuri' itu mati dilanggar lori contohnya. Adakah pencuri tu akan dapat kembalikan barang yang kita sayang tu ?

Pastinya tidak.
Tak ada manfaat apa pun. Rasa puas hati ? Lama-lama akan dikesali. 
3 golongan yang berdoa pasti doanya akan dimakbulkan Allah :
1. Doa orang yang dizalimi.
2. Doa orang yang sedang bermusafir.
3. Doa orang tua untuk anaknya.
-Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibn Majah-
Tepuk bahu sikit.
"Heyy ! Kata nak masuk syurga sama-sama."

Ok jom kita tukar mind set jadi positif. Ambil peluang keemasan ini untuk berdoa mohon pada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Berkuasa.

Allah ada berfirman dalam surah Al-Baqarah : 155-157,
Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya
"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar," 
"(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun" (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)" 
"Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."
Apa yang kita perlu buat apabila ditimpa ujian seperti ini ?

1. Lazimkan lidah untuk menyebut kalimah "Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Rajiun"

2. Muahasabah diri. Fikir positif bahawa setiap benda yang ada pada kita hatta nyawa dibadan kita sekalipun adalah HAK milik kekal Allah swt bukan milik kita. Kita hanya peminjam.

3. Istighfar banyak-banyak.
Boleh jadi ianya adalah teguran Allah buat kita yang sering alpa dalam mengingati Allah.

4. Banyakkan berdoa agar dia diberi hidayah untuk kembali kepada Allah.

5.. Bersangka baik pada Allah bahawa ini adalah teguran daripada Allah untuk kita kembali kepada Allah.

6. Menangislah dihadapan Allah, cuba sedaya upaya ukirlah senyuman dibibir mulusmu itu. Jangan pernah memendam rasa kelak diri akan merana.

10. Buat laporan sebagai ikhtiar. Jangan putus asa. InsyaAllah Allah akan bukakan jalan kesulitanmu itu ^_^

Janji Allah dalam surah Al-Insyirah : 5-6,

Bismillahirrahmanirahim. Maksudnya,
"Maka sesungguhnya BERSAMA kesulitan ada kemudahan, Ku tegaskan sekali lagi sesungguhnya BERSAMA kesulitan ada kemudahan."

Creadit : Owner
Credit : Owner 
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad