Ayah takkan boleh jalan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Malam tu dekat bilik miza telefon ibu. 

"Assalamualaikum ibu, ibu sihat ? Ibu rindu tak anak ibu yang comel ni"

"Kadak (Bahasa banjar maksudnya tidak)"

Normal la kan. Ibu memang macam ni tak suka nak mengaku yang dia sebenarnya rindukan anakanda dia ni. Haha. Suara ibu kedenaran.

"Adik, pagi tadi ibu dengan akak bawak ayah ke hospital check kaki. Doktor bagi 2 pilihan sama ada nak buat operation pasang besi atau tidak."

Miza dengar dengan tekun apa yang ingin ibu katakan.

"Doktor kata kalau tak buat operation keadaan ayah akan macam ni buat selama-lamanya. Takkan boleh jalan. Tapi kalau buat doktor kata keadaan akan 50 50. Sama ada hidup atau mati. Sebab jantung ayah sekarang dah lemah. Orang dealysis tulangnya rapuh"

Tiba-tiba miza mula jadi sebak. Allah.

"Ayah kata kat ibu sendiri, ayah tak nak buat operation. Tak apa la kan adik walau keadaan ayah macam ni"

Time tu miza hanya mampu senyum segaris. Alhamdulillah. Apa pun miza yakin setiap apa yang terjadi ni ada hikmahnya. Miza cakap dekat ibu yang Allah nak bagi ayah rehat. Dah lama ayah banting tulang buat kami sekeluarga.

Allah maha Mengetahui apa yang Dia sedang aturkan. Setiap manusiakan dihadirkan dengan ujian yang berbeza-beza :')

Miza yakin yang ayah dah dapat terima qada' dan qadar Allah. Ayah saya kuat !
 Alhamdulillah seronok tengok ayah. Keadaan ayah sekarang dengan keadaan ayah awal tahun hari tu jauh sangat beza. 

Boleh dikatakan ayah banyak berdikari sendiri. Ayah dah pandai naik katil sendiri, naik kerusi roda sendiri, mandi sendiri. Macam tak sangka. Aku punya gembira susah nak gambarkan.

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana ayah buat sendiri sedangkan ayah berdiri pun tak boleh.

Kat rumah ni ada tong cat yang rendah tu baki cat rumah raya hari tu. Haa kira ayah naik step by step la.

Dan paling best ayah dah mula berkebun dekat depan rumah. Ada la sikit tanah depan rumah ni. Pagi-pagi ayah dah ajak.

"Adik, tolong tolak ayah keluar. Jom tolong ayah. Kita berkebun"

Yeyyy tak lama lagi berbuah la tu. Ayah tanam terung, buah markisa. Kalau dulu, nak ajak ayah keluar rumah memang payah. Tapi kini. Alhamdulillah. Aku tahu ayah kuat nak hadapi ni semua. Ayahkan hero adik dan keluarga kita :'D

Bila tengok wajah ayah, ya Allah sampai bila akan ku dapat lihat wajah ini. Harapan aku, saat Allah menjemput ayah, aku nak aku, kakak, abang yang uruskan ayah sendiri 100% hingga ke liang lahat.

Alhamdulillah insyaAllah esok cukup keluarga Mohd Idgihat dan puan Sepiah 5 orang ^__^
:heart: Kisah ayah accident                     

 :heart: Doktor kata tak ada harapan

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.