Apr 26, 2014

Belajar masak demi 'Masa depan'.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.
Hahaha saya tak nak mengaku ! xP
Actually, semalam miza start belajar masak. Maksudnya buat awal sampai akhir. Sebab selama ni bila masak je miza suka lari-lari. Hahahaa. Buat sarapan sampailah untuk lauk tengah hari. Sarapan buat nasi goreng dan macam biasa mesti ibu ada sekali. Faham-faham jelah apabila seorang ibu bersama kita memasak dia punya bebel. Hihi comel je ibu ni. And miza cakap dengan ibu,

"Ibu pergi la duduk depan. Tak perlu duduk dapur pandai la mimi (panggilan dekat rumah) masak. Kacang je ni".

"Tak nak ! Nanti buat tak jadi. Nak buat nasi goreng jadinya mee goreng pulak nanti".

Haha. Boleh gitu ? And in littlel my heart was like Aaaa 'pergi la depan. pergi la depan'. Hahaha. Untung kau miza ada ibu nak guide kau. Kalau tak terkontag kanting dekat dapur. Ahaks.
Tengah hari pula masak asam pedas ikan mayong. Fuhh nasib yang ni kurang sikit bebelnya. Baru tahu nikmat memasak ni bila orang lain makan dia cakap sedap dan bertambah-tambah. Yeayy yeayyy. Alhamdulillah syukur sangat.

lepas tu kena pulak malam tadi ayah buka tv alhijrah, forgot that title tapi pasal perempuan ni kira anak orang biasa-biasa means bukan anak orang kaya tapi pandai banget la masak. Memang ummmppp ! Lelaki ni anak orang kaya, anak dato' dan datin. Ayah dan mak dia nak jodohkan dengan orang kaya, cantik la perempuan tu lulusan luar negara. Tapi bab masak. Huhuhu. Tapi lelaki tu tetap pilih perempuan biasa tu. -penerangan lebih kurang macam tu la ceritanya-

Tup tup suara ayah kedengaran...

"Haa tengok tu perempuan kena pandai masak. Lelaki ni tak pandang paras rupa. Janji pandai masak boleh cair habis. Nak nak masakan pebretttt dia. Macam ibu. ". Hihihi. Then ibu pula mencelah..

"Kalau cantik mana pun, belajar tinggi mana pun kalau tak pandai masak. Hati-hati takut suami cari lain. Macam kawan sekolah ibu masa mengajar dulu isteri dia cuma pandai masak jenis sup dengan kicap je. Last-last cari lain. Lepas tu dia cakap baru rasa nikmat hidup".

Kihkih. InsyaAllah i'll try my best ibu. Doakan anak ibu ni yang bernama Nur Hamizah bt. Mohd Idgihat jangan malas-malas. Biar aura rajinnya datang jangan bermusim tapi tiap masa. Aamiin.

Oh ya, kita sebagai orang perempuan ni, lelaki pun kena belajar masak. At least benda-benda simple pun ok la. Jangan tak tahu langsung. Bukan pasal kawin ke apa. But about the future. Ibu, mak,umi, mama kita bukan hidup selamanya. Sampai masa Allah akan ambil kembali hak Dia. That's why ibu selalu pesan,

"Belajar masak ni biar kerana Allah. Baru berkat. Masak dengan penuh kasih sayang. Belajar ni untuk kemudahan mimi juga. Nanti kalau ibu dah tak ada boleh masak sendiri rasa balik masakan ibu. Tak lesap macam tu je resepi turun-temurun ni. Tak ada la makan dekat hari-hari dengan Aji no motor pun banyak. Jalan pun cepat.".

Mana taknya, beli makanan segera dimasak dengan cara segera dihidangkan dengan segera makan segera, mati... apa tak segera kerana mempunyai bahan-bahan pengawet ? Haaaa renung-renungkan.

chαηεℓ
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam