Wordless #2 : Meniru time exam.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Cikgu miza ada pesan ni dari pengalaman dia la. Orang yang suka meniru time exam ni, nanti masa peperiksaan sebenar seperti SPM, PMR UPSR, STPM, dll akan susah nak jawab. Pernah dia jumpa seorang calon otak dia tepu tak dapat jawab apa masa exam. Nauzubillah min zalik.

Sekiranya kita pernah lakukan atau sedang, moga Allah cepat-cepat sedarkan kita dan kembali kepada-Nya. Redha dan keberkatan daripada Allah itu penting dalam kehidupan kita.

Buat batch's 96 untuk 20 Mac 2014 ni, moga peroleh keputusan SPM yang cemerlang dan diberkati serta diredhai Allah. Aamiin ^_^

Maaf buat masa ni tak dapat blogging. Tengah tak berapa sihat. Moga Allah limpahkan rahmat buat kamu yang sudi follow, singgah, baca dan comment :')

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Doktor kata tak ada harapan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Maaf dalam minggu ni agak busy. 20/2/2014 hari Khamis, bawak ayah pergi hospital untuk check tulang rusuk ayah yang patah tu. Miza ada cerita sikit dalam entri ni macam mana ayah accident (mimpi pelik). Alhamdulillah ok. But i don't know why doktor tak tengok pun hasil X-ray. Maybe because ayah cakap dia dah tak ada sesak nafas and bunyi bersin dia dah ok. Hahaa. Serious gelak bila dengar ayah bersin masa mula-mula accident. Mihmihmih.

Semua benda ni miza buat dengan ibu berdua. Kakak dengan abang dah balik Uni masing-masing. Alhamdulillah nasiblah Allah itu ada. Dia lah yang bantu mempermudahkan segala urusan, bagi kekuatan, bagi kesihatan. Syukur sangat. Yelah ibu pun dah tua, umur ibu 62 tahun ni. Dah tak berapa nak kuat. Tapi miza yakin kok, Allah itu sentiasa bersama kita. Allahhuakbar ! :felido:

Sebelum hari Khamis, hari Selasa 18/2/2014 pergi hospital bahagian ortopedik. Nak check perkembangan kaki kiri ayah. Macam biasa pergi buat X-ray dulu. Dah X-ray, balik semula ke klinik pakar 2. Memang banyak lah hasil X-ray yang dia keluarkan. Penuh meja doktor tu. Miza dalam hati gembira la sebab tengok macam ok. Yelah miza mana la faham sangat nak tengok hasil ujian x-ray tu macam mana.

Mula-mula doktor tu cakap
"Tulang pak cik tak ok lagi ni. Patutnya kena masuk besi. Sebab kalau simen dia takkan sembuh"

"Tapi doktor, hari tu masa dekat wad selama 28 hari tu. Doktor pakar tak berani nak buat operation sebab risiko tinggi. Ayah ada sakit jantung, paru-paru dah mula masuk air, sakit buah pinggang. First day masuk wad doktor nak masukkan skru pun 3 kali tunda." - Miza

"Hm. Tulang pak cik ni open frecture. Lagi pun jenis yang pecah kecik-kecik tu. Ibarat kaca jatuh ke lantai." Dapat imagine tak macam mana ? Allahhuakbar.

"Ni pun dah sebulan lebih baru tumbuh sikit sangat tulang barunya. Lagi pun hari tu tempat ni luka. Takut ada jangkitan kuman. Ok la bulan depan datang lagi. Kita ambil darah dulu 3/3/2014. Lepastu 10/3/2014 kita lihat perkembangannya."

Korang dapat bayangkan tak, setiap hari ayah akan tanya tak lama lagi kaki ayah akan sembuh. Dengan yakinnya miza bagi tahu ayah insyaallah bulan 3 dah boleh buka. Then ayah dah boleh jalan. Tapi doktor kata tak ada harapan ? Serious hari tu balik dari hospital ayah diam je.

Balik rumah ayah cakap, sayu je suara ayah.
"Ibu, adik.. ayah minta maaf sebab banyak susahkan ibu dengan adik. Ayah minta maaf selalu marah adik."

Allah. yaa mungkin ayah tertekan. Tapi adik tak kisah sebab kita kan ada Allah :') LaillahaillAllah.

Alaa itu cuma kata manusia jee. Doktor kan buat ramalan. Bukan dia ada kuasa pun. Apa lah sangat kata manusia. Dia cuma berkata-kata. Ulang taip cuma berkata-kata. Hm faham? Hahahaa.

Miza yakin dengan Allah yang lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah yang lebih berkuasa. Insyaallah dengan izin Allah dan bantuan Allah pasti sembuh. Allah yang beri kesakitan, Allah jugalah yang menyembuhkannya. =')

Usaha -> Doa -> Tawakal -> Berserah diri kepada Allah -> Yakin dengan kuasaNya.

Wahai hati dan iman, kau kuat ! kau tabah ! Moga kau redha atas setiap ujian Allah dan bersyukur atas setiap nikmat Allah. Allah sentiasa bersama. Yakin ! Berserah pada Allah. Doa ! Doa senjata kau. Allahhuakbar !
Apabila Allah mencintai seseorang hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu sabar dan redha, maka Dia akan memilihnya menjadi kekasih-Nya. - Hadis Riwayat Ibnu Majah-
Insyaallah moga kita dipilih untuk menjadi kekasih Allah. Subhanallah. Aamiin ya Allah.


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

What i want to be. The ambitions.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Saat malam sepi aku mendongkkan kepalaku ke langit bertemankan kucing-kucingku yang sentiasa setia menemaniku, Nomel dan Kontot. Aku melihat bintang-bintang dan bulan terang menerangi kegelapan malam, aku teringat cita-cita yang aku pendam selama ini.

' Cita-citaku bukan lah untuk menjad seorang ustazah. Tapi lebih kepada menjadi seorang Astronom Fizik. Tak perlu sampai ke bulan. Cukup sekadar mengkaji ciptaan Allah di bumi berlandaskan Al-Quran dan hadis. Insyaalllah Aamiin. '

Terasa kuat dalam diri nak ceburkan diri dalam bidang tersebut setiap kali membaca Al-Quran lalu Allah berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 15,
Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (dikembali setelah dibangkitkan)
Tapi apabila mohon borang UPU dan SPA tak tahu dalam bidang apa astronomi ni. Haih. Huhuhuu. Siapa tahu yang sudi membantu ? ^_^ Bila baca balik firman Allah tu ada pasang niat nak jadi seorang pengembara. Eheee. Doakan ea. 

Sejak jaga ayah selama 28 hari di hospital terdetik nak jadi pegawai perubatan. Ingatkan nak ambil fisioterapi sebab bila tengok doktor Hafiz bin Hassan yang handsome tu hari-hari datang ajar ayah buat pergerakkan. Mihmihmih. K kidding. Ahaks.

Hmm tapi apabila fiki-fikir balik macam nak ambil perubatan dalam bahagian Midwifery (Pebidanan) ala yang sambut kelahiran bayi tu atau pun nak ambil bahagian Obstectrics & Gynaeology (Perbidanan & Sakit Puan).

Erk ! Kenapa ambil tu ? Tak takut ke ? 

Tahukah anda bahawa bidang perubatan tersebut dikuasai oleh ramai kaum lelaki ? Bila nak bersalin doktor lelaki yang sambut. Bila kita alami kesakitan pada bahagian sulit wanita doktor lelaki yang periksa. Ada kaum perempuan yang menceburi bidang ni tapi tak ramai. Dapat bayangkan tak ? Ngahaaa blogger-emoticon.blogspot.com

Allahhuakbar. Hati ni seolah-olah ditarik oleh Allah untuk menceburinya. Ni pun perasaan sepeti ditarik-tarik bila kakak miza cakap itu ini pasal perempuan. Seolah-olah diriku dipanggil-panggil untuk jadi doktor perbidanan / sakit puan. Allah.

aziyan:

Surah Al-Insyiqaq: 19
" Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)"
Begitu satu-satu proses.
Beruntung mereka yang menjadikan Allah sebagai paksi, dan hati yang mahu mengambil pelajaran dari setiap kejadian.
Kadang aku bisu, memilih susun-susun kata untuk disuarakan pada Tuhan.
Tapi aku tahu, Tuhan lebih dulu tahu apa yang ada di dalam hati manusia.
Lagi, tanpa noktah..tanpa rahasiah, hati itu sering berbicara sama Tuhan. 
selamat menempuh segalanya dengan tabah dan matang, jiwa.

kemuliaan itu tidak bersama mereka yang merasakan diri mereka sudah cukup baik, tapi kemuliaan itu bersama mereka yang sentiasa mencoba untuk menjadi yang lebih baik.

Semoga bashirah kita tidak terhijab, bahkan melihat setiap penciptaan dan aturan sempurna Tuhan - dengan iman. 
alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Hm. Masih dalam dilema. Astronomi ? Fisioterapi ? Perbidanan ? Sakit Puan & Perbidanan ? :face16:

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Mari fahami maksud surah Al-Fatihah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Insyaallah video ni memudahkan kita mahupun anak-anak kecil untuk memahami dan mengingati sekali terjemahan surah Al-Fatihah ni. Aamiin. Jom bernasyid. Comel je suaranya =D
Apa khabar wahai iman dan hati ? Semoga iman dan hati kita sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin.

Insyaallah jika kita cuba memahaminya, kita akan belajar untuk memberi tumpuan (khusyuk) dalam solat. Yup mulut berbicara sama Allah dalam bahasa arab, hati pula cuba memahami apa yang dibicarakan. Insyaallah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahhuakbar !:felido:

Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.

Surah ini juga dinamakan Ummul Quran atau Ummul Kitab kerana merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.

Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.
Semoga Bermanfaat Untuk Kita Semua 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Jangan lupa berus gigi esok pagi. Night guys.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Patut lah selama ni sedap je berus gigi pagi-pagi. Rasa manis, masam, pahit, tawar, memang sedap lemak-lemak gitu. Hahaa. :slurpp:

P/S : Pasni pakat bungkuih berus gigi dengan ubat gigi dalam plastik. Ahaks 


Selamat Malam semua. Sebelum tidur, solat isyak dulu, ambil wuduk, baca doa, mengucap dua kalimah syahadah. Sweet Dream. Semoga Allah redha 

Psttt, agak ada rasa geli-geli tak esok pagi nak berus gigi? Muahahhaa. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Giveaway Birthday Azhafizah

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Tak tahu la kenapa suka sangat join last-last minit. Hukhukhuk nak dapat top referral memang tak ada harapan. Ekekeke apatah lagi entry kreatif. Memang langsung tak. *Sedut hingus dalam-dalam*

Sempat lagi siapa nak join sebab tarikh tutup 7 Feb 2013 - 11.59 p.m. Kita masih ada lebih kurang 13 jam lagi nak join untuk memeriahkan lagi GA kak Azhafizah. Rasa even dah pukul 11 malam nanti pun masih sempat. Tak apa, kak fiza baik hati orangnya :D

Hadiah pun lumayan dan sudah semestinya hadiah-hadia tersebut merupakan hasil seninya.

Click banner untuk join. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Berapa jari yang kita berjaya lakukan ? Let's try this.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Dah cuba try test ? Berjaya buat jari yang mana? Kalau dapat buat semua, caya lah. Memang super. Thumbs up ! Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan  :bling:

*Clap clap clap* Heee 

Tapi

tapi

tapi

tapi

Mungkin ramai yang berjaya buat seperti di atas. Miza tak semua dapat buat. Hukhuk 
*Menghela nafas panjang* *Tundukkan muka lalu menitiskan air mata* :nangis:

Tapi. . . berapa ramai yang mampu dan berjaya angkat takbir cukup lima waktu, Maghrib, Isyak, Subuh, Zuhur, Asar ?

Dalam seumur hidup tidak pernah tinggal ? 
Dalam setahun tak pernah tinggal ?
Dalam sebulan tak pernah tinggal ?
Dalam seminggu tak pernah tinggal ?
Dalam sehari tak pernah tinggal ?

Diri kita bagaimana ? Solat kita bagaimana ? Adakah kita termasuk dikalangan orang yang berjaya ?
Adakah dilakukan selelasi sahaja azan dilaungkan ?
atau
pertengahan waktu ?
atau
akhir waktu ?

*Pandang diri* Muhasabah diri. Allah dah cukup baik kepada kita. Setiap hari Dia berikan kita nikmat. Setiap hari. Tapi kita masih liat nak ikut suruhannya dan tinggalkan larangannya. Apa lagi yang kita inginkan ? Apa lagi ?
Allahhuakbar. blogger-emoticon.blogspot.com

Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar.
Aamiin ya Allah.  


Jom kita kembali, kembali kepada-Nya. Mari kita sahut seruannya untuk menuju kejayaan :')

Allah, bimbing lah kami ke jalan redha-Mu. Jangan biarkan kami berada di dalam kemurkaan-Mu. Batulah kami ya Allah. Sungguh Hanya kepada Engkaulah kami sembah, Hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Aamiin ya Allah.

SENTAP ? SAMA LAH. MAAF :'( 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Facebook A Look Back.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



'





Pagi tadi terjumpa video ala-ala macam throwback kisah kita dekat facebook. Dari awal kita sign in sampai sekarang.  Argh yang tak boleh blah, kenapa post miza yang jiwang juga yang terpang-pang. Ahaks *tutup muka, gelak sorang-sorang*
Kalau kawan-kawan nak juga boleh :99: ni, tapi pastikan korang kena sign in facebook dulu. Seriously dah macam tengok wayang. Mihmihmih. XD
Selamat mencuba kawan-kawan :D

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Bila fikir-fikir balik, Mark Zuckerberg buat video tayangan semula macam ni dekat dunia. Video kita dekat akhirat macam mana la ye agaknya ?

Allahhuakbar. Allah tayangkan semula permainan video kita di dunia. Masa tu, orang sekeliling tak ada pun yang ambil kisah. Masing-masing buat hal sendiri. 

Yang sedang berlarinya dengan jarak matahari sejengkal, yang direndam dengan peluh sendiri.

Astghfirullahalazim. Ya Allah selamatkan lah kami daripada azab kubur dan azab nerakaMu. Sungguh kami tidak layak akan syurga-Mu, tapi kami tidak sanggup menanggung azab neraka-Mu. 

Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar, Allahuma ajirna minnar naar.
Aamiin ya Allah. blogger-emoticon.blogspot.com

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Dua perkara yang perlu kawal dalam diri.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Ada dua perkara yang perlu kita kawal dalam diri, Iaitu :

1. Marah.
  • Kalau kita ada rasa nak marah, cepat-cepat ambil wuduk, istighfar, tengah diri terus duduk, jika duduk baring. Insyaallah atas izin Allah.
  • Kalau kita marah disebabkan ada orang usik diri kita, jauhkan diri dari orang tu.
atasi rasa marah

2. Takut.
  • Kalau ada rasa takut, cakap pada diri,
"Allah lagi Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Allah Maha Besar, Dia yang wajib aku takutkan. Apa yang ada di bumi ini semuanya hanyalah makhluk Allah seperti aku."
  • Then kalau takut juga sentiasa sebut "ALLAHHUAKBAR !". Ni lah yang miza lakukan apabila rasa takut hadir dalam diri. Insyaallah rasa tu akan hilang. Apabila sebut Allahhuakbar, insyaallah syaitan, jin akan lari lintang-pukang.

Tapi ada takut yang perlu kita wujudkan sentiasa dalam diri. Iaitu 

Takut kepada Allah. Takut untuk melakukan dosa, takut untuk melakukan maksiat, takut jika aku lakukan Allah pasti murka akan diriku

Insyallah mudah-mudahan kita semua dapat mengawal dua perkara ni dalam diri, iaitu marah dan takut. Ya Allah, kuatkan hati dan iman kami ya Allah, bantulah kami dan berilah kami kekuatan serta lindunglah kami dalam lindungan rahmat dan kasih sayang-Mu. Allahhumma Aamiin.


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.