Mimpi pelik.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Semoga kita semua sentiasa dalam keadaan sihat serta dalam lindungan rahmat Allah SWT.

Tahun baru 1.1.2014 sebenarnya keluarga miza Allah beri ujian. Pagi tu dalam pukul 10 lebih kurang dapat panggilan banyak juga la and ada la juga yang datang rumah bagi tahu ayah miza accident depan kampung Parit Haji Ali, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Accident motor dengan kereta.

Ayah naik motor, then ada kereta keluar sempang ayah tak dapat nak elak sebab sebalah kanan ayah ada lori traler. Nak tak nak terpaksa hentam kereta tu

Nasib masa tu adik beradik miza ada. So kami semua terus pergi ke hospital dekat wad kecemasan.

Teruk tak teruk la. Tulang rusuk kiri patah macam retak la 4 batang dengan kaki kiri patah (open fracture).

Tapi alhamdulillah dah balik rumah dah. 4 minggu genap dekat hospital. Hari selasa, 28.1.2014 balik.

-----------------------------------------------

Masa hari pertama ayah masuk hospital, 1.1.2014  abang dengan ibu yang jaga ayah kat hospital. Miza dengan kakak balik.

Malam tu dah siap mandi, solat Isyak, ambil wuduk terus tido. Time tu miza tido kat ruang tamu bentang tilam sorang, kakak dalam bilik. Dekat pukul 11 atau 12 la miza tidur.

Dalam mimipi tu miza rasa macam dekat hospital. Miza dekat dalam sebuah bilik. Sunyi sepi, tak ada siapa-siapa. Hanya ada miza dengan seorang bayi. Ada seorang bayi then miza pegang. Miza dukung dia. Lepas tu miza letak dalam katil bayi yang selalu kita tengok dekat hospital tu. Nasib tak susukan. Allah.

Dah letak miza pergi mana tah lagi sebuah bilik, jalan.. ada rasa macam seram sejuk la. 

Allahhuakbar, bangun-bangun dalam pukul 1 ke 2 ke 3, tak berapa ingat, pandang cermin dapur macam nampak benda putih. Terus baca apa-apa ayat.

Ingatkan pada hati, "Kau hanya boleh takut pada Allah ! Allah sahaja ! Allah ! Allah SAHAJA yang dapat melindungi kau"

Then terus masuk bilik sambung tido. Esok pagi kakak tanya kau perasan tak abang balik semalam ? Miza cakap Tak.

Siap-siap pergi hospital cerita dekat ibu dengan abang. Ibu tanya,

Dia ada menyusu dekat badan ke ?

Tak ada.

Kalau ada bahaya, sebab ustaz cakap benda tu masuk dalam badan.

Abang malam tadi masa balik rumah nak ambil baju untuk esok dalam peralanan macam ada benda ikut and ada rasa meremang gak. Wallahhu A'lam.

Ustaz ada cakap kalau kita mimpi ular, bayi tu adalah jin. Wallahu A'lam. Tapi alhamdulillah dah tak ada mimpi apa dah. Allahhuakbar =')




Ada ustaz ni pesan pagar diri kita daripada ini semua sebelum tidur, 

1. Ambil wuduk
2. Baca ayat 3 Qul ( Surah Al-ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
3. Baca ayat Qursi
4. Baca doa tido.
5. Mengucap 2 kalimah syahadah

And jangan lupa surah surah Al-Mulk =)

Insyaallah, dengan izin Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

Wordless Wednesday 1

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Mulanya tahun 2014 nak buat Wordless Wednesday ni  :face52:

Biarkan gambar bercerita. . .
Happy Blogging Semua :face64:


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

Menaip gunakan tetikus baru rare.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Ujian hari ini.
Tak sangka boleh rosak keyboard laptop miza.
Ahahahaaaa.

Bila tekap button huruf jadi tak betul. Sukar untuk diterangkan.
Sedang mencari keyboard kabel cucuk dalam rumah ni.
Itu pun kalau jumpa dan boleh guna lagi la.
Hohohoho.

Jadi buat masa ni terpsaksa guna On-Screen Keyboard.

Bayangkan, menaip menggunakan tetikus.
Jari ku menari-nari.
Rare gitu. =P

Salah satu cara didik diri supaya SABAR apabila menip guna tetikus. Eheee ^_^

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Maaf menghilang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.



Maaf blog ni lama tak di update.
Maaf sebab menyepikan diri.
Maaf sebab lama tak melawat blog kawan-kawan macam dulu.
Maaf untuk segala-galanya.

Doakan miza, semoga semangat blogging itu hadir kembali.
Doakan miza kuat untuk tempuhi ujian yang Allah berikan.
Doakan iman dan hati sentiasa tabah dan redha.

Moga Allah membalas jasa baik kawan-kawan semua. Moga Allah mempermudahkan segala urusan kita di dunia mahu pun di akhirat.

Maaf buat kawan-kawan semua.
Insyaallah, jika Allah izinkan miza akan cuba tunaikan apa yang tak tertunai.

Harap dapat dimaafkan.

-----------------------------------------------------------------

"Actually aku sendiri tak tahu apa yang aku alami sekarang ni"

*Allah rebah*

Allah ada. Kau yang kata tu. Kau yang percaya macam tu. Jadi kenapa bersedih lagi?
Sayang, Allah ada.
Cari Dia.
Rasa dakapan Dia.


*Senyum dalam linangan air mata*
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.