Alhamdulillah my result PSPM 1.

Bismillahirrahmanirahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.


Maaf lama tak update blog. Alhamdulillah baru cuti sempena hari natal. Cuti sampai sabtu ni (27/12/2014) and this is first time kolej mewajibkan semua pelajar balik. Tapi wallahua'lam buat kawan-kawan yang tempatnya dilanda banjir. Moga Allah tabahkan hati mereka. Allah.

Alhamdulillah 10 Desember 2014 diumumkan keputusan PSPM 1 iaitu result final sem 1 siswa, siswi seluruh kolej matrikulasi di Malaysia. 

Hahaha. Seriously tak tahu kenapa the whole day miza rasa tenang sangat-sangat time tu. Langsung tak ada perasaan. Memang tenang la hati ni. Cuma 30 minit nak pergi ambil result ada rasa berdebar sikit. Tapi bila nampak madem Noraini, Mentor praktikum (class) miza bagi result dekat classmate, balik semula tenang tu.

Ehh, bukan ke ketenangan tu satu nikmat ? Say what sayang ?
"Alhamdulillah"

Pandainya dia. Aiwahh ! ^_^

Seriously masa cikgu nak bagi result tu  mata laju jeling gred dulu. Nampak ada 'A'. Ya Allah terus sebut Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Then madem bagi sehelai kertas kuning kat miza. Mata terus pandang pointer. 

Nak tahu ke ? Alhamdulillah

Dengan izin Allah miza dapat keseluruhan pointer...
CGPA : 3.44

Fizik : A
Kimia : B+
Sains Komputer : B+
Matematik : B

Tak tahu nak describe macam mana perasaan time tu. Nak kata nangis, tak. Cuma rasa syukur yang tak terhingga. 

"Tak terkilan sebab tak dapat 4.00 ? "
"Wallahua'lam. Rasa tak terasa. Allah tahu yang terbaik buat hambanya"

*SENYUM*

I think i know why Allah berikan 'ketenangan'. Maybe disebabkan Moto Hidup yang miza pegang sejak masuk KMJ.

"Tidakkah aku ingin menjadi manusia yang sentiasa bersyukur?"

Malam sebelum dapat result tu tak silap, masa baca al-Quran. Macam tak sangka Allah hantarkan satu peringatan yang cukup indah. Allahhuakbar
Iaitu, surah Ibrahim ayat ke-7
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. 
Alhamdulillah masa UPS (exam mid-sem), dengan izin Allah miza dapat 2.90. And yup miza pegang janji Allah. 

See ? Allah dah bagi jaminan dekat hambanya. 
Janji siapa lagi yang kita nak harapkan dan yakin selain janji Allah yang Allah takkan pernah mungkiri ?

Semua orang mengharapkan straight A. 
Semua orang mengharapkan Four Flat.
Semua orang. Ok Semua orang.
Termasuk saya.

Ibu ayah selalu pesan,
Kejayaan terbesar bukan mencapai 4 flat / straight A.
Tapi kejayaan yang dapat keredhaan dan keberkatan Allah.

Kalau Allah dah redha, Allah dah berkat insyaAllah kebahgiaan dan ketenangan akan hadir. ^_^ Percayalah.

Allah ada berfirman dalam surah Ibrahim ayat 216
Boleh jadi apa yang kamu benci itu suatu yang baik untuk kamu dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu suatu yang buruk bagi kamu. Allah mengetahui dan kamu tidak mengetahui.
Jangan pernah putus asa dengan Allah. Teruskan usaha. Jangan mengalah. Anggap kita semua adalah pejuang. Shahid sedang menanti dihadapan kita. Allah menanti kita dengan penuh setia.

Tak apa cuba lagi, cuba dapatkan 4 flat. Ramaikan umat Islam yang meraih kejayaan. InsyaAllah Islam akan dipandang tinggi. Kita orang Islam untung sangat-sangat. Sebab apa ? Sebab kita punya Allah. 

Tanam dalam diri.

Kalau bukan kita yang kembalikan kegemilangan Islam siapa lagi ?


Legend mana boleh putus asa ! :'D







Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Allahhumma Solli `Ala Muhammad.

16 comments:

  1. Ya Allah . alhamdulilah . cantik result tu sygg :) truskan usahaaa . Allah sentiasa dgn miza ... semoga berjayaa adik akk sorg ni :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itu pun atas izin Allah kak. Allahhukabar. InsyaAllah saya akan teruskan usaha. Aamiin. InsyaAllah buat akak juga. Miza sayang akak <3

      Delete
  2. Alhamdulillah :) dapat 3 something ke atas memang besryukur sangat dahh :)

    ReplyDelete
  3. Bagusnya miza ni, positif sangat! Akak suka dengan semangat miza. result akak rabu depan, Entahlah. Tak tau la berapa yang akak akan dapat dapat, tapi setimpal la kan dengan usaha. Best of luck miza, may Allah ease everything for you dear :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. tahniah tau miza. suka dengan semangat miza. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. jelly aje tengok result awak ni. hehehe Tahniah (:

    ReplyDelete
  6. wah tahniah~ semoga cemerlang lagi di masa hadapan

    ReplyDelete
  7. fuyooo hebatnya miza. akak xpna dpt pointer setinggi itu.. wuuu
    tahniah syg :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, tahniah miza ! sem 2 ada lagi. there's still room for improvement. teehee

    ReplyDelete
  9. Tahniah ya Miza. Teruskan usaha :)

    ReplyDelete
  10. tahniah awak. n selamat bercuti. :")

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah mizah! I am sooo happy for u mashaallah sister u r soo pandai oi alhamdulillah.. ples update more!!!!! I want to know more and muhasabah more bcs ur writing is so inspiring :')
    Thanks mizah for sharing hehe

    Congrats! Btw!
    Uhibbu jiddan!

    ReplyDelete
  12. Wuuu tahniah miza my sis ! :D
    Rindu blog ni. Rindu miza sekali. Huhu

    ReplyDelete
  13. Tahniah syg...wah best nya semangat awak 😍

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥