Siapa binatang siapa manusia ni ? Allah :'(

Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad Sollallahu A'laihi Wa Sallam serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Photo: Scarlett.

Nama ibu kucing yang menyelamatkan 5 ekor anaknya daripada dijilat api di tempat tinggalnya. Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. 

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.

Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.

Allah. :')

Scarlett.

SubhanAllah. Hebat kuasaMua ya Allah.
Indah cukup indah. Allahhuakbar :')

Bandingkan pula dengan kisah seorang anak soleh, Mohammad Akhil Mustaqim Rashidy. Allah :'(

Bayangkan kesakitan yang ditanggung si kecil apabila pelakunya bukan penjenayah tetapi ibu kandung dan bapa tirinya sendiri di dalam rumahnya sendiri yang dirasakan tempat paling selamat baginya.

Lebih perit kesakitan dan derita saat pukulan demi pukulan singgah di kulit si kecil terpaksa ditahan sehingga saat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“Mak, adik tak buat dah.. sakit,” itulah raungan terakhir Mohammad Akhil sebelum pergi selama-selamanya.

Bayangkan apabila panggilan “mak” bukan lagi sebagai mengharapkan kasih sayang tetapi ia adalah panggilan merayu meminta belas supaya si emak berhenti memukulnya.

Menurut sumber yang enggan dikenali, mangsa dibawa ke Hospital Ampang dalam keadaan cedera parah.

“Mana tidaknya, kaki kirinya patah, seluruh badan lebam dan melecur, ada kesan baru dan lama,” katanya memetik laporan akhbar Harian Metro 28 Mei 2014.

----------------------------------

Siapa lagi binatang ? Mana ayah kandungnya ? Kenapa takda satu ahli keluarganya perasan yang dia dah lama kena dera ? Moga Syurga tempatmu adik Akhil Mustaqim Rashidy.

Ya Allah kurniakan lah hidayah buat ibu dan ayah adik Akhil Mustaqim Rashidy supaya kembali kepangkal jalanMu ya Allah agar tiada lagi seksaan yang dilakukan oleh mereka. Aamiin.

Kepada yang dah berkeluarga, bakal berkeluarga. Ingatlah anak ini anugerah Allah. Titipan amanah daripada Allah untuk kita jadikan khalifah di bumi Allah ini. Anak yang soleh dan solehah adalah salah satu saham bagi kita untuk menuju ke syurga Allah.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kita jumpe lagi. Segala kekhilafan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam

19 comments:

  1. Ya Allah, menyayat hati. Sedangkan haiwan juga tau nilai kasih sayang, ini pula manusia. Semoga peristiwa ini dapat dijadikan iktibar oleh kita semua. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Allahhuakbar. Bila manusia berfikir melebihi akal tu lah jadinya :'( InysaAllah mudah-mudahan kan adda :')

      Delete
  2. ya Allah..sedihnya. tapi,memang kenyataan kan,semoga adik tu ditempatkan disyurga,amin

    ReplyDelete
  3. kisah scarlett tu mmng menyayat hati. ibu kucing pun sanggup gadaikan nyawa utk 5 ekor anak dia, yg ibu manusia ni pegi gadaikan nyawa anak tanpa belas kesian. dah penat2 lahirkan anak tu boleh pulak dia bunuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la manusia yang tidak menggunakan akal sebaik mungkin. Bertindak mengikut nafsu bukannya akal :'(

      Delete
  4. kucing pun sayang kat anak-anak dia. manusia?
    sedih la cerita ni... kesian budak2 yang kena dera . Sebab tu before nak kahwin ke apa ke, kena siapkan diri dengan ilmu .
    Semoga ibu bapa yang suka mendera diberi hidayah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu hazy. Ilmu tu bukan kena cari sebelum kawin je. Lepas kawin dah ada anak cucu pun wajib cari. Aamiin :')

      Delete
  5. Ya Allah. Baca kisah Scarlett tu rasa nak nangis. Baca kisah manusia tu lagilah rasa nak menangis. Moga syurga untuk adik Akhil.

    ReplyDelete
  6. sebak farah baca pasal kucing tu.

    ReplyDelete
  7. hmm sedih ah ugh geram qila haih.
    sabar sabar.
    and btw, bagi qila kan.
    entah lah, binatang memang baik.
    tapi manusia suka membinatangkan manusia.
    kenapa?
    padahal yelah, tengok ibu kucing (which is binatang) takde pun lah nak bunuh anak sendiri...
    tapi manusia ni tak berperikemanusiaan.
    bukan masalah manusia ni perangai cam binatang.
    binatang pun tak mcm tu.
    lagi teruk, maybe?
    hm hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan miza sokong baby qila. Hm Bila manusia sekarang ni lebih akalnya dari fikiran tu yang jadi lagu tu. :'(

      Delete
  8. SubanaAllah., sedih bc cerita nih. tgokla kucing lebih myayangi anaknya. tp manusia. Ya Allah. xnk anak tuu bg jela kat org len yg lg memerlukn kasih syg kn lebih baek =)

    ReplyDelete
  9. hmm . sdgkan haiwan pn tahu syg anak . inikan pula sepatutnya manusia yg lbihh berakal blh fikir baik dan buruk .. Allah ... kejam sgt parents adik tu .. moga adik tu berbahagia di syurga Allah :')

    ReplyDelete
  10. Ya Allah sampai melecur badan budak nih. Parents dia simbah acid ke apa

    ReplyDelete
  11. Allahuakbar! sedangkan haiwan pon sayangkan anak.. manusia pulak semakin kejam..

    ReplyDelete
  12. Bintang yang tak ada akal fikiran pon sayang kat anaknya tapi manusia...allahuakbar :'( btw nice sharing sis :)

    ReplyDelete
  13. sedih tau :'( kawan akak tanya, apa yang mak dia fikir sampai buat macam tu.. Ya Allah, manusia sekarang :(

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.

Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥