Sep 29, 2013

Melupakan bukan kerana membenci.

Assalamualaikum. . .


Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Apa khabar iman kita hari ini ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. Assif jiddan kepada semua yang hadir ke blog miza ni jika tiada entry yang akan diupdate. Harap dapat dimaafkan. 
"Aku melupakan bukan kerana aku membenci,
tetapi aku melupakan kerana aku punya tujuan,
iaitu aku ingin mencapai kejayaan yang cemerlang." 
Masih ternigiang-ngian ditelinga apabila sahabatku sendiri berkata,
Siapa lagi yang nak kembalikan kegemilangan Islam 
dan
mengegakkan syiar Islam kalau bukan diri kita ?
Ayuh, bangkitlah wahai umat Islam sekalian. Allahhuakbar !
Paling penting apabila sudah hampir menjelang waktu peperiksaan ni dekatkan diri kepada Allah, jauhkan maksiat, jauhkan perkara yang sia-sia, banyakkan latihan. Insyaallah Allah akan bantu. Niat itu penting, niat bukan untuk peperiksaan, tetapi niat kerana Allah.
Yakin pada diri, yakin pada Allah, bersangka baik kepada Allah kerana Allah pernah berfirman "Sesungguhnya aku mengikut sangkaan hambaku"
 JANGAN MENIRU SEMASA PEPERIKSAAN YA KAWAN-KAWAN !

Hanya sia-sia saja kalau meniru. Sesungguhnya kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Biarlah result kita macam mana sekalipun, asalkan result kita tu diredhai Allah ^◡^

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
"Ya Allah, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan"
 Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan cemerlang + Kejayaan yang diredhai Allah. 
 Insyaallah kejayaan milik kita. 

Ok la kawan-kawan semua, miza mohon maaf ya sebab miza dah buat keputusan buat masa ni miza nak lebih utamakan SPM yang hanya sekali dalam hidup. Doakan kejayaan miza dan kawan-kawan seperjuangan yaa. Jazakumullah khairan kathira. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua.

Kepada yang membenci, ku kirimkan doa agar dirimu sentiasa dirahmati dan diberikan hidayah oleh Allah. Maafkan segala salah silapku yang pernah aku lakukan sama ada sengaja mahupun tidak.

Kepada yang menyayangi, ku berdoa agar dirimu sentiasa disayangi dan dicantai Allah yang maha pengasih lagi maha penyang.

Kepada yang merindui, ku titipkan salam buat dirimu yang jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Semoga Allah menambatkan perasaan rindu dan sayangmu yang kuat kepada Allah dan rasul junjungan Nabi Muhammad SAW di dalam hatimu.

Kepada yang sentiasa mendoakan dalam diam, ku berdoa agar Allah sentiasa memimpinmu ke jalan yang diredhainya. Amin ya Allah.

Aku tidaklah sejahat yang kamu katakan, dan bukan pula sebaik yang kamu fikirkan. Aku hanya insan biasa, hamba Allah yang sangat lemah. Mohon ampun dan maaf atas salah dan silap. Allahhuakbar. 

Bittaufiq Wannajah fil imtihan! Ya rabbi najjihna fil kulli imtihan fid dunya walakhirah. 
Ya Tuhan berikanlah kami kejayaan dalam setiap ujian di dunia dan akhirat. Amin.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Sep 18, 2013

Anggap la ini satu sedekah.

Assalamualaikum. . .


Segala puji bagi Allah tuhan mentadbir seluruh alam, selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarganya dan para sahabat.

Apa khabar iman kita hari ni ? Sihat semua para pembaca yang singgah ni ? Alhamdulillah kalau kita dilanda sakit kerana itu kan merupakan tanda Allah sayangkan kita. Hehe. 

Sejak-sejak nak SPM ni makin kerap pula layan blog, lawat blog sana sini. Cuba melawan nafsu tapi. . . Allahhuakbar ! Insyaallah akan cuba dikuatkan semangat. >_<

Tahu ~ benda ni selalu disebut-sebut dekat blog blogger-blogger lain iaitu Link di Shoutbox yang berada di sidebar blog masing-masing. Al-maklum lah kalau dah ada yang singgah blog kita lagi-lagi yang siap puji letup-letup tu sah timbul rasa excited kita nak terjah balik.

Tapi, yang selalu membuatkan blogger lain tak puas hati, geram, marah adalah apabila kita nak balas kunjungan yang hadir dan nak 'click' link blog tersebut tiba-tiba. . . . .  . . . . . . . . . . link-nya di-link-kan kepada link tabung blog kawan-kawan. 

Tak dinafikan bahawa dulu miza ada juga rasa macam tu. Tu yang buat caption atas shoutbox XD
Jujur Allah Maha Melihat
Hehehehe. Tapi, hari ni miza sedar kerana miza lupa selama ni bahawasanya rezeki itu kan Allah yang punya. Setiap kali kita click link itu sama ada dengan rela hati mahu pun tak sengaja anggap la itu sebagai satu sedekah kita buat si 'dia'.

Reset minda kita. Fikirkan yang positif. Buat kerana Allah. Insyaallah pahala ganjarannya. Sama-sama kita memperbaiki diri kita.

Asif jiddan, maafkan miza jika ada salah dan silap mana yang terguris. Tak ada niat nak kaitkan dengan yang hidup atau pun yang sudah mati. Kembali kepada point utama iaitu untuk diri sendiri.
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Sep 14, 2013

Apa itu 'Jazakallah Khairan Kathira ?". Mari kita amalkan.

Assalamualaikum. . .


Apa khabar kawan-kawan? Semoga sihat selalu disamping rahmat Allah. Apa khabar iman kita hari ni ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin 

Sejak kebelakangan ni miza suka membudayakan seni bicara bahasa arab dengan kawan-kawan sekeliling miza. Miza mula jatuh cinta akan kelembutan bahasa arab ni melalui sahabat karib kesayangan miza.ni. Nama anak gadis ni ialah Raja Nursyuhada atau lebih mesra dikenali sebagai Syada. Ini blog dia click dan ini tumblr dia click. Subhanallah semoga segala amalmu diterima Allah wahai sahabatku :')

Miza sering kali menggunakan perkataan Jazakallah khairan atau Jazakillah khairan atau Jazakumullah khairan untuk menggantikan ucapan Terima Kasih dan Thanks. Alhamdulillah ramai la juga yang tanya apakah maksud disebalik perkataan yang indah itu.

Dah lama niat nak kongsikan. Actually miza belajar ini pun daripada seorang blogger ni. Sebab time tu tengah meng-google. Jadi rasa tertarik pula.

Selalunya apabila ada yang memberi sesuatu pasti kita akan cakap Terima Kasih, Thanks, Arigato dan sebagainya.

Sebenarnya ada kelebihan ucapan "Jazakallah khairan kathira" ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan malah dapat mendoakannya juga. Macam pepetah Melayu ada berkata bahawa sambil menyelam minum air.

Oleh itu, mari kita amalkan ramai-ramai. Semoga memberi manfaat 
Jazakallah khairan kathira (untuk seorang lelaki)
Jazakillah khairan kathira (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan kathira (untuk ramai)
Ini pula adalah maksud disebalik ucapan tersebut :
Jazakallah khairan = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu. 
Jazakallah khairan kathira = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 
Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini : 
Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
Wa iyyakum (untuk ramai.

Ini pula adalah maksudnya :
Dan ke atas kamu juga
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.
Semoga Bermanfaat =D 

Sep 12, 2013

Tutorial Tittle Sidebar Kedua-dua ada hover.

Assalamualaikum. . .

Apa khabar iman kita hari ini ? Harap tuan yang membaca ini juga sihat sentiasa dalam rahmat Allah. Firstly, miza mohon maaf kepada pembaca yang sudi singgah Cik Chokie's Blog ni. Al maklum lah apabila dah habis trial SPM ni, satu satu subjek dapat result. Alhamdulillah. Jadi pembetulan confirm la kena buat. Agak busy sebab lepas ni kena lebih focus :')

Hmm actually agak tekilan sebab terlepas apa yang dihajatkan. Pape pun miza ucapkan Tahniah buat kak Jijah sebab selamat lahirkan Khalifah comel di muka bumi ni. Nak tahu siapa dia ? Click love ni 

Tadi masa on blog ni ada terbaca comment akak deno yang comel ni.
Tittle sidebar sebelum disentuh :

Tittle sidebar apabila disentuh :

Ok jom kita mulakan tutorial ni. 

1. Dashboard  Template  Edit HTML

2. Akan keluar seperti ini, click number 13.

3. Tekan Ctrl F dan cari h2 { atau /* Headings

4. Copy paste code bawah ni di bawah code /* Headings atau ganti code h2 {
h2 {
text-align:center;
font: 13px arial;
color: #616161;
border-top: 3px solid #FFACAC;
border-bottom: 3px solid #FFACAC;
background: url(Icon Sebelum Hover);
background-position:bottom right;
background-repeat:no-repeat;
background-color: #FFDCDC;
padding: 3px;
}
.sidebar h2:hover {
text-align:center;
font: 13px arial;
color: #616161;
border-top: 3px solid #95CEFF;
border-bottom: 3px solid #95CEFF;
background: url(Icon Selepas Hover);
background-position:bottom left;
background-repeat:no-repeat;
background-color: #DCE9FF;
margin:1em;
padding-left: 50px;
-webkit-transition-duration: 2s;
font: 13px arial;
color: #616161;
}
5. Perkara yang perlu ditukar :
 Biru : Tukar colour dan border sebelum hover
Mereh : Tukar icon sebelum hover
Coklat emas : Tukar colour dan border selepas hover
Pink : Tukar Icon selepas hover
Tukar colour click .
Tukar border : Solid, Dashed, Dotted. 
Tukar icon click   
 
P/S : Jika nak dikongsikan, dipersilakan. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.