Aug 20, 2013

Trial SPM sudah bermula.

Assalamualaikum. . .

Apa khabar pembaca blog Cik Chokie ? Sihat ? Semoga sihat selalu. Apa khabar iman kita hari ni ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin 

Entri kali ni miza nak menyusun sepuluh jari seandainya ada sakitkan hati para pembaca, terguriskan hati dengan setiap kata-kata yang ditaip. Miza mohon maaf sangat sangat.

Kepada blogger-blogger yang sudi singgah dan berkunjung serta meninggalkan jejak ribuan terima kasih miza ucapkah. Semoga Allah membalas kebaikan kalian dan memberkati kehidupan kawan-kawan semua. Amin. 

Miza mohon maaf buat beberapa minggu ni kemungkinan blog Cik Chokie akan terabai sementara waktu, maaf juga buat masa ni juga miza tak dapat balas kunjungan kawan-kawan semua. Tapi.. Insyaallah habis trial SPM miza akan cuba sedaya upaya untuk menjejaki kawan-kawan yang sudi singgah.

Miza mohon restu, mohon dihalalkan segala-galanya, mohon dimaafkan segala salah dan silap yang pernah dilakukan kepada kawan-kawan semua. 

Kawan-kawan dan pembaca blog Cik Chokie tolong doakan kejayaan Nur Hamizah binti Mohd Idgihat serta rakan-rakan seperjuangan yaa. Doakan kami dipermudahkan untuk menjawab, doakan kami dikuatkan ingatan, doakan kami dapat menjawab dengan tepat dan betul, doakan kami semoga Allah dan para malaikat sentiasa ada di sisi kami untuk membantu kami, doakan kami diizinkan Allah supaya berjaya dengan cemerlang. :') Allahhuakbar !

Jazakumullah kahiran kathira buat kawan-kawan semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kebaikan kawan-kawan semua. Semoga Allah sentiasa merahmatimu dan memberkatimu dunia dan akhirat. Amin =')

"Ya Allah ya tuhanku, engkau berilah kejayaan yang cemerlang kepada Nur Hamizah binti Mohd Idgihat agar mendapat 10 A+ dalam trial SPM dan SPM pada tahun 2013. Tidak dilupakan juga kepada diri dan rakan-rakan seperjuangan SPM agar memperoleh kejayaan yang cemerlang dan mendapat straight A's + ya Allah. Izinkanlah kami dan mereka semua untuk memiliki kejayaan yang engkau redhai. Jauhkan lah kami daripada sifat angkuh, sombong, dan riak dalam diri kami, sesungguhnya sifat itu membawa kemudaratan kepada diri kami dan kemurkaan mu ya Allah. Ya Allah. . . engkau perkenankanlah doa kami ya Allah. Hanya padamu kami memohon pertolongan. Hanya mu ya Allah yang dapat bantu kami. Engkau permudahkanlah urusan kami. Amin ya Allah"
Ya Allah engkau rahmatilah kepada mereka yang sudi mendokan kejayaanku serta rakan-rakan seperjuanganku. Engkau permudahkan lah segala urusannya. Amin :') 

Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakan:
Tak perlu bimbang, tak perlu takut, tak perlu risau. INGAT ! kita orang islam kita punya Allah. Allah kan ada bersama kita. Jangan pernah ragu-ragu. Sentiasa BERSANGKA BAIK dengan Allah. Yakin 100% ! ^_^
 Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan cemerlang + Kejayaan yang diredhai Allah. 
 Insyaallah mudah-mudahan. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

Aug 13, 2013

Solat Sunat Dhuha Membuka Pintu Rezeki

Assalamualaikum. . .

Alhamdulillah sudah menjelang Syawal ke-6. Bagaimana kemeriahan yang disambut ? Semoga kawan-kawan semua sentiasa dalam rahmatNya.

Ada yang sudah mula menjalani ibadah puasa 6 ? Alhamdulillah teruskanlah. Kepada yang belum, rebutlah peluang ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya berpuasa enam hari pada bulan Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun."
Subhanallah. Ok hari ni miza nak kongsikan ilmu miza yang masih cetek ni bersama kawan-kawan sekalian, iaitu mengenai "SOLAT SUNAT DHUHA"

Solat Dhuha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

RUANG WAKTU DAN WAKTU AFDAL :

Dhuha bermaksud pagi maka ruang waktunya bermula kira-kira 28 minit selepas terbit matahari. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul
7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.

Waktu afdalnya ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi SAW yang dirakam oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah SAW menjelaskan :
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya."
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul
10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu' karangan Imam Nawawi).

CARA PELAKSANAAN :

Jumlah rakaat solat Dhuha adalah  atau . Cara menunaikannya adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.



Surah-Surah :

Al-Fatihah, Qul Ya Ayyuhal Kafirun, Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad.

ataupun

Al-Fatihah, Al Syams, Al-Fatihah, Waduha.

ataupun

Al-Fatihah, Ayat Qursi (7 kali), Al-Fatihah, Qul Huwallahu Ahad (11 kali).

Di dalam sujud akhir dibaca :

(40 kali)

ataupun


(40 kali)

Doa Setelah selesai solat Dhuha :


Kalau kawan-kawan nak mudah untuk menghafalnya,  boleh lah dengar alunannya. Click Sini

Dalam satu riwayat Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.

SEMOGA BERMANFAAT =D 

Aug 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari perantauan ku memohon ampun dan maaf.

Assalamualaikum. . .

"Taqabballallahhu minna waminkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua)"

Bahang kemeriahan Syawal kian memuncak.

Macam mana persiapan raya kawan-kawan ? Tentu meriahkan. Alhamdulillah. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Tinggal sehari saja lagi nak raya. Malam ni malam terakhir terawikh bagi Ramadan pada tahun 1434 hijrah.

Allahhuakbar. Pilunya rasa. 
Ya Ramadhan . . Jangan engkau pergi tinggalkan kami. Ya Ramadhan aku sangat merinduimu. Ya Allah ketemukan lah kami bersama malam Lailaturqadar mu ya Allah. Bangkitkanlah kami paada malamnya untuk bertahajjud kepadamu. Ya Allah ketemukan lah kami dengan Ramadhan yang akan datang. Amin ya Allah

Ohh yaa, sebelum tu mija nak share sikit ilmu, ustaz miza ada cakap menurut imam Ghazali kalau awal Ramadhan jatuh pada hari Rabu dan Ahad, malam Lailaturqadar akan jatuh pada malam ni.

Yaa malam ni malam ke 29 Ramadhan. Insyallah mudah-mudahan kita umat islam dapat berjumpa bersamanya. Allahhuakbar.


Jadi kesempatan mija nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Miza menyususn 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya sepanjang miza berblogging ini penulisan miza ada menyakitkan hati kawan-kawan, ada mengguriskan perasaan kawan-kawan. Miza mohon maaf sangat atas salah silap yang mija pernah lakukan.

Semoga perkenalan kita ini sudah lama mahu pun baru berkenalan atau kenalan antara kita tidak berpanjangan , mudah-mudahan kita kekal bersahabat serta bersaudara hingga ke syurga Allah. Amin :')


Pesanan ringkas : Kepada yang akan pulang ke kampung halaman mahu pun sudah pulang miza doakan kamu semua selamat pergi dan balik serta sentiasa dalam lindungan Allah swt. Hati-hati semasa memandu. Baca DOA mohon pada Allah jangan lupa yaa. 

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.