Rasa nak menangis, pening pening T.T

Assalamualaikum ...
Sejak sejak akhir ni miza asyik nak nangis je, tak tahu lah kenape. Banyaknya keje lahkan *macam ada anak 10 aku rasa =.=". Tak lama lagi nak final exam pulak tu. Study tak lagi, busy dengan kerja kursus akaun. Tak apelah itu kan tugas dan amanah miza. 
Kalau kita nak berjaya, kita memang perlu banyakkan usaha :)
Man jadda Wa jadda ! Siapa yang usaha dia lah yang dapat hasilnya .
Tahun ni ibu dan abang miza dapat menunaikan haji, Alhamdulillah. Ayah tak dapat pergi sebab ayah miza sakit, kena buat dyalisis. :') Sekarang ni tak ada ibu... miza la yang jaga ayah, ayah jaga miza. huhu :') Miza doakan ibu dan abang serta semua jemaah haji dapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan balik. Amin !

Doakan kejayaan miza. Tengah seram sejuk ni., tinggal seminggu je lagi. By the way, good luck adik adik PMR yang akan hadapi PMR selasa ni .

sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Wassalam.


P/S : Rindu ibu :'/
Start final exam 15.10.. mula mual dah exam akaun >,<