Feb 26, 2012

Kenapa mesti korang membencinya ?

Bismillahirrahmanirrahim .
Assalamualaikum . . . 

Hai korang, ape khabar ? Sihat tak hari ni ? Alhamdulillah kalau sihat, kalau tak sihat tu makan ubat ye sayang. Sambil golek golek depan telebisyen ni tengah pening buat persamaan perakaunan tetibe jelma soalan ni lagi yang sering bermain dalam kepala hotak miza ni . Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ? dan kenapa ?

Kenapa kalau kite rasa selesema, pening, demam dan dalam istilah mudah iaitu sakit kite mesti cakap "mencik ! mencik ! mencik" ? "tak suke ! tak suke !" ? Bukankah allah turunkan penyakit dekat kita itu suatu nikmat tanda allah sayangkan kita ? Kerana penyakit itu adalah penghapus dosa dosa kecil. Tidak tahukah anda ? :')

Daripada Abu Said al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

“Tidak menimpa seorang Mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersyukurlah wahai sayang sayangku sekalian, bukan semua orang allah turunkan nikmat sebegini. Selagi mana kita bersaba dan redha insyaallah allah akan hapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kite lakukan sebab manusia tidak pernah lari untuk membuat dosa. Ucapkanlah alhamdulillah kerana allah telah turunkan nikmat kepada kite sebagai orang islam.

K la korang pape pun jadikan sesuatu itu sebagai pengajaran dan iktibar untuk diri kita. Miza nak kena siapkan homework ni. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dah serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite bejumpe lagi. Renung-renungkan dan selamat beramal. hihi ^_^ wassalam.