Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Nah Kad raya untuk awak =D
Miza buat sendiri untuk awak.


Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri sepuluh jari miza susunkan memohon ampun dan maaf kepada kamu semua, sama ada yang mengenali diri ini atau tidak. miza mintak maaf if miza ada lukakan hati korang, terguriskan hati korang dengan kata-kata miza yang buat korang tak senang, sombong dengan korang, tidak bertegur sapa dengan korang dan korang terasa dengan penulisan miza sepanjang miza ber-blogging. miza mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Ampun dan maaf dipinta buat semua. miza dah maafkan semua sekali jika korang ada buat salah. Kita semua manusia biasa yang sering melakukan kesalahan kan ? hee ='] 

Nak duit raya ? meh la singgah rumah miza. tak jauh pun dekat Batu Pahat, Johor je. Pintu rumah terbuka luas untuk korang =D hehe nanti kalau nak singgah beraya bagi tahu dulu la ye. senang nak prepare apa yang patut. 

Alhamdulillah Cik Chokie's Blog berwajah baru. hehe dia pun nak raya juga. Miza design sendiri. mybe lepas PMR baru makeup, so biarkan dulu. hukhuk memandangkan miza Calon PMR takut takde waktu. harap korang faham. Cik Chokie's blog raya lama sikit la yer. hee

ehem ehem miza nak bagi pesanan sikit ni ingat ye kawan-kawan yang disayangi sekalian JANGAN MAIN MERCUN, NANTI TAK RAYA PULA sian korang. Jaga diri baik-baik :) Kepada kawan-kawan yang pulang ke kampung halaman tu, drive kereta hati-hati. Ingatlah orang yang tersayang. Miza doakan perjalanan korang berjalan dengan lanjar dan selamat pergi dan balik. Amin. 

kepada Calon SPM yang nak percubaan miza ucapkan Good Luck
Do The Best ok :)
and tidak lupa kepada Calon PMR ingat PMR tak lama lagi.
Raya raya juga, Ilmu jangan dilupakan tau. 
TAKE CARE. 


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Salam Kemerdekaan yang ke-54.

Lucky Number Cik Chokie's Blog

Assalamualaikum

Hello blogger yang di sayangi, Chokie dah lepas dari penjara, tengok lah at header tuh hehe. Sepuluh jariku susun memohon ampun dan maaf sebab dah lama tak update. miza trial PMR. sebelum tuh, miza nak ucapkan terima kasih banyak banyak sebab korang bagi semangat at miza nih. HHI sayang korang sangat. Ingat lagi tak masa at entry miza nak trial tu miza cakap miza tengah cari lucky number ? Alhamdulillah. hajat sudah tercapai nak memiliki number ni dan sekarang sudah melebihi number ni pun. hehe. terima kasih sangat at korang semua yang sudi follow Cik Chokie's Blog. nak tahu lucky number yang terpilih ? ehem ehem. 
666, 696,700 
cantikan kan number-number ni ? hihi paling suke yang 696 tuh . boleh main terbalik-balikkan dia. awak ... saya harap awak suka lah ye. tahniah sebab awak terpilih. Awak amik lah award tak berapa nak cute tapi comel gorgeous ni. hehe

AWARD FOR MY LUCKY NUMBER
Award untuk awak comel . HHI  #pftt doodle tuh gemukkan saya buat ?
haha saje nak bagi dia comel *dengki* ='D
Miza nak bagi someting selain award di atas dekat si manis macam gula-gula kapas ni. hehe, semua sama ja natang yang nak diberikan. hee kalau miza terlebih baik, insyaALLAH untuk awak pun ada. doa doakan lah yer miza nih terlebih baik . kita mulakan sesi perkenalan satu persatu yer . =D



Lucky Number 666 
UnderSKEMA :) ]
Tuan blog di beri nama Shafina Sofian. manis sangat orangnya. Pemilik blog UnderSKEMA :) . Dia pemilik nombor lucky number 666. jom kawan kawan kita pergi usya blog cik adik manis nih . hehe . aip aip sebelum tu miza ada someting nak bagi dia. huhuhu "sorry awak sebab buat awak tak tido lena malam tadi :P" . hehe hanya sekadar apa yang saya mampu untuk memberikannya. Saya harap awak suka.

awak. saya mintak maaf sebab curi gambo awak .
hehe saya copy balik apa yang tertera di header awak seblum ni.
Awak amik lah saya buatkan khas untuk awak ='] awak tak nak pun awak simpan je ok.


Lucky Number 696 
Tuan blog yang bernama Shedameor. Seorang gadis yang sangat bencikan ikan keli atas dasar kepalanya yang seperti ular tapi sudah bertukar kealegikannya itu dan mula meminati dan teramat sukakannya ! fullstop :P hehe begitu lah kata nya. Gadis yang memiliki blog yang unik nama diberkannya iaitu Pondok Buruk. Nama blog je macam tu but blog dia cantik tau. macam nombor yang dia miliki tuh. Tak percaya ? usya lah sendiri. hehe macam mana ? dah usya ? tulah miza cakap tak nak percaya. miza nak bagi someting juga dekat si gadis ayu nih.

Simple jekan miza buat ? huhu tak tahu nak design macam mana . time ni langsung tak idea. kering. hehe but ni First time miza design header macam nih *bangga siket* terfikir sebab blog dia warna hitam hehe. kaka kaka. miza harap kaka suka. =']


Lucky Number 700
 [ Mr Pelangi ]
Tuan blog di beri nama Bella. Seoarang gadis comel yang memiliki blog yang bernama Mr Pelangi. Gadis comel nih dia SPM rasanya. sebab dekat blog dia tulis dia berumur 17 tahun dan ambik aliran GRAFIK BERKOMPUTER . Aliran yang dia minat . I wish U luck in SPM . selamat maju jaya kaka comel . amin. ehem-ehem . nak bagi juga nih.. 


hehe . miza harap kaka pun suka lah ye. maaf kalau ada kekurangan di situ. kaka simpan je ok ? buat kenang-kenangan. HHI. sayang awak. tahniah ye.

P/S : awak, awak, dan awak. terimalah penghargaan a.k.a kenangan tak seberapa saya untuk awak. miza nak ucapkan tahniah buat awak awak dan awak. hehe. awak amik lah award dan header tu. copy paste je ='] miza menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekira ada kekurangan di situ .
Awak awak dan awak... sebulum awak amik atas ni dulu. boleh miza mintak tolong ? mudah je . awak tolong comment mengenai Cik Chokie's Blog pedas pedas boleh ? keluarkan segalanya. please. hehe miza perlu kan bantuan anda untuk memperbaikinya lagi. Terima Kasih awak. sayang awak. 
------------------------------------------------------------------------------------

Ala .. awak majok ke sayang ? untuk awak pun ada lah. kalau awak nak awak amik je la ye . tak kisah. memang miza buat khas untuk follower-follower kesayangan Cik Chokie. hehe suka lah tu sebab doa termakbul. muahahaa. ehem ehem ala malu la. huhu awak nak juga ? oky oky miza bagi. hehe miza nak bagi awak icon shout box untuk awak ='] dan miza dulu ada buat cursor [Click sini]

http://i1085.photobucket.com/albums/j424/miza_sash/Untitled-1-6.png
http://i1085.photobucket.com/albums/j424/miza_sash/Untitled-2-5.png
http://i1085.photobucket.com/albums/j424/miza_sash/Untitled-3-1.png
http://i1085.photobucket.com/albums/j424/miza_sash/Untitled-4-1.png
http://i1085.photobucket.com/albums/j424/miza_sash/Untitled-5.png
Pesanan ringkas : awak nak ? awak amik je. awak tak nak ? awak simpan je. hehe muahh ! awak copy je code tuh ok ? Cursor tu pun awak copy je sebab miza da letak link full. Miza sayang awak semua. Terima kasih sebab sudi menggunakan hasil tangan budak comel ni. haha *perasan* .
#pffttt tetibe semangat nak try melukis doodle suda datang. sorry saya masih kanak-kanak yang perlu banyak belajar sesuatu. Try and Error memang sangat berguna untuk diri miza dan maybe untuk awak juga. dapat belajar dan belajar. hehe

Happy blogging awak ^_^V
Selamat Hari Raya ='D

Debaran kian terasa trial PMR menanti.

Assalamualaikum


Sticky Entry : buat sementara waktu :D
Sebelum tangan miza memulakan kata-kata. Sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Semakin terasa debaran yang akan dihadapi bagi calon-calon PMR 2011. Masing-masing bersiap sedia untuk pergi berperang yang akan mereka hadapi. sama lah yang dihadapi oleh Nur Hamizah a.k.a Cik Chokie yang akan berperang juga. ehem-ehem bagi calon-calon PMR korang dah siap sedia belum nak hadapi peperangan besar nih ? mudah-mudahan segala kelengkapan peperangan dah cukup. tinggal lipat gandakan usaha, tawakal serta doa ibu ayah dan guru-guru bagi mengiringi perjuangan kita nanti.

Miza nak mintak maaf. "saya Nur Hamizah, JA001K060, Pemangsa PMR 2011" sebab tu lah miza sekarang nih jarang update. maafkan miza. tengok lah kak Limah pun dah marah miza. suruh miza pergi study. tengok lah tuhh dia sampai hati dia kan ? penjara miza, tak nak bagi miza lepas, nak suruh hadap buku. huhu yalah kak Limah buat tuh semua pun sebab dia nak yang terbaik untuk miza juga. - 'fikir positif lah budak' Lepas result PMR keluar nanti hanya satu persoalan dan pertanyaan yang akan ditujukan iaitu "PMR dapat berapa A ?" miza harap miza dapat berikan jawapan yang terbaik =') 

Jom korang sama-sama lah kita menadah tangan dan mengAMINkan. mudah-mudahan kita diberkati dah dirahmati ALLAH. percaya lah ALLAH sentiasa ada disisi kita.
" Bissmillahirohmannirahim... ya ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani, berikanlah kami calon-calon PMR, SPM dan STPM 2011 mendapat keputusan yang cemerlang..mudah-mudahan kami mampu menggembirakan guru-guru dan ibu bapa kami..berikan lah kami daya ingata yang kuat.. permudahkanlah kami untuk menjawab nanti.. bantui lah kami ya ALLAH hanya engkau sajalah yang boleh membantu kami. AMIN YA ROBAL ALAMIN."
PMR, SPM dan STPM. mudah-mudahan doa kita akan bersama-sama mengiringi kejayaan kita...insyaALLAH. Doakan miza yer. 18 Ogos 2011 miza akan trial

Creadit : Doddle kak Limah -- wanhazel *tq bub bagi. chokie jaga baik2 nih =) heee*
P/S : Chokie sedang mencari lucky number untuk follower Cik Chokie's Blog. insyaALLAH kalau sampai pada lucky number. lepas trial miza ada suprise untuk anda. masih mencari-cari. mana tahu anda yang chokie cari ? Follow la kalau sudi, follow dgn ikhlas. tq =D
Sebelum mengundur diri miza nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.  Menjelang Ramadhan ini, mari reramai DELETE dosa, UPLOAD pahala, DOWNLOAD kesabaran, UPGRADE keimanan, BROWSING kebaikan,UPDATE amalan, SHUTDOWN permusushan, RESTART persaudaraan, selalau ONLINE kan hati kita dijadikan kebaikan. Beware of VIRUS satan supaya SOFTWARE hati dan jiwa kita menjadi tenang dan FREE daripada kemaksiatan

GOOD LUCK kawan-kawan . Do the best ok. pastikan trial ni kita dapat buat yang terbaik dan PMR sebenar kita dapat buat lebih baik. InsyaALLAH .


WORK HARD , BRING REWARD . STUDY SMART ,  STUDY HARD