Tanda si dia 'poket kering'

tiada kena mengena antara yang hidup dengan yang mati.

Assalamualaikum..

hello u all..hari ni aq nak bukak isu pasal 'lelaki sukar berterus-terang mengenai masalah kewangan' tadi aq bukak lah yahoo mail.. banyak tol email masuk.. haish.. aq pun tak tahu  bila lah semua tu nak habis baca..  paz tuh aq bukak lah.. email yang satu ni.. best pula aq baca pasal yang aq nak tulis ni... dia bagi tips macam mana nak tahu tanda bila *si dia "poket kering"* so aq nak share ngan u all..

oky oky .. kite straight to the point.. setuju atau tidak, perkara paling sensitif dalam kehidupan lelaki apabila disoal mengenai kewangan. lau tak percaya cube tengok cara-cara mereka. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada korang tentang masalah berkaitan wang ringgit yang mereka hadapi. Tak percaya? Cuba korang tanyakan berapa gaji bulanannya (ini untuk yang sudah serius ke arah perkahwinan). Jika dia seorang yang jujur, tentu dia tidak teragak-agak memberitahu korang, mungkin saja dia akan menunjukkan 'payslip' gajinya sebagai bukti.

tidak ada ribut taufan, sikapnya tiba-tiba berubah. Daripada seorang yang ceria, menjadi seorang yang pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani korang, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit. Sebagai kekasih, korang seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.. korang perlu bertindak membantunya dengan tidak merengek-rengek mengada-ngada meminta itu ini yang bukan di dalam lingkungan kemampuannya

Persoalannya: “Adakah si dia sudah poket kering , tetapi malu untuk memberitahu” atau “Apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Sila perhatikan sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:

Tanda # 1 - Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama korang.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.”
Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.
Tanda # 2 - Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang. Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan.”
Tanda # 3 - Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa korang ke gerai murah.
Tanda # 4 - Pulang awal
Selepas menjemput korang dari pejabat, dia terus membawa korang pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa korang keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”
Tanda # 5 - Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah. Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya...”
Tanda # 6 - Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila korang menyuruhnya membelikan sesuatu untuk korang. Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”
Tanda # 7 - Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”
Maksudnya, dia mengajak korang ke tempat-tempat yang tidak memerlukan modal.
Tanda # 8 - Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika anda mengajaknya makan di luar. Dengan kata 'menemani', ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja korang. Bila si dia berkata begitu, sudah pastilah tidak mahu makan seorang diri, bukan begitu?
Tanda # 9 - SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon korang, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS. Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”
Tanda # 10 - Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya... kenapa nih?”
Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada anda tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan korang faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.
Sebenarnya, petanda-petanda begini boleh dijadikan ukuran kestabilan kewangan bakal suami korang. Jika tanda-tanda begini amat kerap ditonjolkannya, korang dinasihatkan supaya lebih berhati-hati. Tanda-tanda ini menunjukkan, sama ada bakal suami korang seorang yang 'kedekut' atau kedudukan kewangannya memang tidak setabil. Mengahwini seorang yang kedekut, anda berisiko makan hati lembu berulam jantung pisang.


Sebaliknya, mengahwini seorang yang tidak stabil dari segi kewangan, korang sebenarnya menempah krisis yang mungkin korang tidak dapat tangani di belakang hari. Bukankah seorang suami bertanggungjawab menyediakan nafkah apabila berkahwin? Jadi, kedudukan kewangan bakal suami mesti mantap tetapi tidak semestinya mewah.


Anda mempunyai dua pilihan :
# terus kekal dan 'bimbing' bakal pemimpin anda [Amaran! not recommended at all]
# tak payah susah-susah.... anda memang patut angkat kaki!
semoga denagn tips yang aq dapat, dan aq kongsikan dengan korang.. harap ianya dapat memberikan manfaat kepada kite. sebelum aq menutup kata bicara buat yang terakhir, aq nak mintak maaf at sesiapa yang terasa, atau kecil hati. aq mintak maaf sangat-sangat. *creadit 'kan' at ermm... entah. huhu. member yg anta email =.='*


SELAMAT BERAMAL. MAAF YER =.=' 

16 comments:

  1. haha.. selalunya habiskan masa di rumah je.. nak enjoy takdak duit.. huu!

    ReplyDelete
  2. sng citer xde duet toksah la nk bercouple, couple ni utk org yg byk duit jer.. hanya sekadar komen, jemput ke blog sy..

    ReplyDelete
  3. amboi . . hahaha . . law kak fie , blah aje . . bukan sbb poket kering . . kak fie takut poket kering tapi nk jd materialistik . .

    ReplyDelete
  4. nice info.
    :)




    jemput singgah belog fyna.
    ada segmen.
    senang je.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/
    0_o

    ReplyDelete
  5. @cik kacak : HHI yeap2 ada tips ^^' tgk at apeh ada x.. huhu

    ReplyDelete
  6. @aPIP: no comment.. huhu p ada betulnya jugak ckp apip ni (:

    ReplyDelete
  7. @Nur Afie : haha.. betul gak pe kak fie ckp.. bile da jd cm ni plus pentgkn diri lagi susah T,T kite gk yg merana. kan kan kan ? ^^'

    ReplyDelete
  8. @fyna: hehe.. thank fyna (: orite.. t chokie singgah blog fyna ^^

    ReplyDelete
  9. hahaha . . betul betul betul . . baru putih mata nanti . .

    ReplyDelete
  10. @Nur Afie : haha.. betul2.. so kena dari sekarang lah doa mintak at ALLAH supaya dapat jodoh yang sebaik mungkin di sisi allah :) hee

    ReplyDelete
  11. you're too young to talk about marriage lah my dear. but somehow ur info is useful :)

    ReplyDelete
  12. @QeenaMeena : hehe sorry ^^' kite berkongsi (: thank.

    ReplyDelete

Just leave your comment, suggestion, or anythings.
InsyaAllah i will reply it.


Jazakumullahu khairan kathira.
Moga memperoleh manfaat. Moga Allah redha :)) ♥